Social Icons

Monday, October 11, 2010

کرنامو نورول عين (Bab 4 & Bab 5)


Bab 4

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Pertama kali menatap surat Nurul tu, mie rasa sebak sangat hingga akhirnya tak mampu menahan air mata dari mengalir membasahi pipi. Jatuhnya air mata itu bukan kerana sedih tetapi kerana gembira dan terharu. Pernah terdetik dalam hati kecil mie suatu ketika dahulu semoga Allah temukan mie dengan seorang perempuan solehah yang hatinya masih berpegang teguh pada agama dan adab. Walaupun itu hanya sekadar bisikan dari hati kecil ini, barangkali itu juga adalah secebis doa yang telah Allah makbulkan untuk mie, siapa tahu kan???
Dalam keadaan sebak dengan air mata yang menitis mie tak boleh nak berkata – kata, namun hati masih mampu dan tak putus–putus mengucapkan syukur pada Allah kerana dipertemukan dengan Nurul, rasa terharu sangat dengan apa yang telah Allah tetapkan untuk mie.
Sebelum mie pergi lebih jauh lagi terlebih dahulu jutaan kemaafan mie pohonkan dari Nurul seandainya kehadiran mie selama ini telah menimbulkan pelbagai keresahan dan ketakutan di hati Nurul, tidak pernah terlintas di hati mie untuk menimbulkan perasaan demikian di hati Nurul namun apa yang berlaku sukar untuk mie tepis.
Nurul…
Terlebih dahulu mie nak ucapkan terima kasih pada Nurul kerana sedikit sebanyak telah mendidik mie untuk lebih memahami apa itu sebenarnya cinta dan kasih sayang yang halal. Pertama kali mengenali Nurul membuatkan hati mie rasa berdebar–debar, mie dapat rasakan hamba Allah yang bernama Nurul Ain ini adalah seorang gadis yang solehah dan masih berpegang teguh pada adab dan agama, ini membuatkan mie ingin lebih mengenali Nurul.
Nurul..
Walaupun lepas ni kita tidak lagi berhubung seperti biasa tapi itu bukan halangan buat mie, mie takkan lupa untuk sentiasa berdoa agar dipermudahkan jodoh antara kita serta dijauhi dari dugaan, semoga Allah memberkati ukhuwah yang terjalin ni dan diakhiri dengan satu ikatan yang sah. Jika Nurul fikir cara ini adalah yang terbaik untuk ukhuwah kita mie sedia untuk mengikutinya, apa yang mie lakukan ini adalah semata–mata kerana mie inginkan keberkatan dalam ukhuwah ini semoga ianya direstui Allah swt.
Mie akan sentiasa berdoa agar Allah tidak membolak balikkan hati mie dari mengingati Nurul, mie akan setia menanti hingga terbuka pintu hati Nurul untuk terima mie, sama2 la kita berdoa ye.. jangan lupa untuk solat hajat, ishtikharah semoga Allah beri petunjuk pada kita dan mie dah pun buat semua tu, insyaAllah mie akan sentiasa lakukan itu semua dalam usaha untuk memohon kerahmatanNya semoga dipertemukan jodoh antara kita. Mie bersyukur pada Allah kerana dipertemukan dengan Nurul Ain yang banyak membimbing Mie dalam mengenal erti sebenar cinta. InsyaAllah mie takkan lupakan segala nasihat yang Nurul berikan tu, semua itu amat bermakna buat mie.
Akhir kata jaga diri, jaga iman dan jaga hati, cukuplah zina hati yang berlaku setakat ni, tak perlu mie ulangi kesilapan yang sama kan. Maafkan mie jika ada kata - kata atau tulisan mie yang menguris hati dan perasaan Nurul. Mie akhiri coretan ni dengan secebis doa yang tak pernah lekang dari mulut mie setiap kali lepas solat, semoga doa ini juga sentiasa bermain di bibir Nurul juga setiap kali menunaikan kewajipan 5 waktu, semoga kita sentiasa berada dibawah naunganNya, insyaAllah…

“ Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatan ku untuk menyintaiMu

Ya Muahaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh
hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar
tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku
padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu”

Insan kerdil
Muhammad Suhaimie



Untuk kesekian kalinya Nurul Ain membaca surat berbentuk Microsoft word yang diterimanya dari insan bernama Muhammad Suhaimie. Surat itu dihantar melalui emelnya. Lelaki itu dikenalinya di ruang chat room semasa dia masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir satu ketika dahulu. Lelaki itu meminati dirinya. Tidak pernah lelaki itu meminta untuk melihat dirinya. Sebaliknya lelaki itu terus-menerus mahu mengenal hati budi dan pegangan agama yang dimiliki oleh Nurul Ain terlebih dahulu. Tetapi tatkala Lelaki itu menyuarakan hasrat hatinya terhadap Nurul Ain, Nurul Ain tegas menyatakan bercouple bagi lelaki dan perempuan yang belum berkahwin adalah salah di sisi islam dan Nurul Ain meminta lelaki itu melupakan dirinya kerana khuatir tercetus zina hati di hati lelaki itu terhadap dirinya. Bukan Nurul Ain mahu menolak lelaki itu, cuma masa itu mereka masih menuntut di Universiti. Jika boleh Nurul Ain mahu menumpukan sepenuh perhatian pada pelajarannya terlebih dahulu. Pesan ustazah sewaktu dia di bangku Sekolah sentiasa menjadi pegangan hidupnya “Jangan hati kamu diberikan kepada insan yang tidak halal untukmu, kerana takut maksiat yang bakal tercipta, berikan hatimu pada insan yang halal untukmu kelak keberkahan Ilahi menjadi madah saluran kebahagianmu dunia dan akhirat, insyaallah”. Sepertimana Firman Allah dalam surah Al-Isra’:32, Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk’.

Hasil penolakan hubungan itu, surat terakhir dari Muhammad Suhaimie diterimanya. Serentak dengan itu juga, Muhammad Suhaimie menghilangkan dirinya sehingga sekarang.
‘Ya Allah, Seandainya benar dia milikku, maka satukanlah hatinya dengan hatiku. Jika tidak Ya Allah, redhokanlah hatiku, kerana sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang tidak aku ketahui, Amin Ya Rabbal Alamin, Doa Nurul Iman dalam hatinya’.

Bab 5

‘Mak cek, Amin nak pergi kedai buku tu sekejap boleh tak?, tanya Amin kepada Nurul Ain setelah mereka berdua duduk di bangku di dalam pusat membeli belah tersebut’.
‘Boleh, tapi kalau ada orang tak kenal cuba pegang Amin, Amin terus lari dekat Mak cek yea. Mak cek tunggu Amin dekat sini. Jangan lama-lama tau, jawab Nurul Ain sambil tersenyum’.
‘Naaaaaaammmmmm… jawab Amin panjang sambil berlari ke arah kedai buku di hadapannya’.
Nurul Ain cuma tersenyum memerhatikan gelagat anak buahnya itu.
Tiba-tiba datang seorang anak kecil didalam lingkungan 10 tahun mendekatinya, “Assalamualaikum kak, sapa anak kecil itu”.
“Waalaikumussalam, balas Nurul Ain sambil menghadiahkan sebuah senyuman kepada anak kecil dihadapannya itu”.
“Kak, akak nak beli kismis ni tak? Murah je kak, satu seringgit, bicara anak kecil itu”.
Petahnya dia bercakap, Nurul Ain terharu melihatkan keadaan anak kecil itu, timbul rasa kasihan yang amat sangat. Nurul Ain mengeluarkan not RM10 dan menghulurkan kepada anak kecil itu.
“Akak nak beli berapa ni? 10 kotak ke kak?, tanya anak kecil itu sambil menunjukkan kotak-kotak kismis yang berada didalam beg galasnya”.
“Tidak. Akak tak nak kismis tu, akak ikhlas bagi duit ni, ambillah, bicara Nurul Ain sambil tersenyum”.
Tanpa mengucapkan terima kasih anak kecil itu terus berlalu begitu sahaja, Nurul Ain memerhatikannya sehinggalah anak kecil itu keluar di kaki lima pusat membeli belah tersebut. Tanpa disangka anak kecil itu memberikan duit tersebut kepada peminta sedekah yang berada di situ. Nurul Ain begitu terkejut dengan tindakan tersebut, tapi dia diamkan sahaja mungkin itu ayahnya. Nurul Ain cuma tersenyum memerhatikan gelagat anak kecil itu.
‘Mak cek pandang siapa tu? tanya Amin tiba-tiba’.
Hampir terlepas buku yang berada di tangan Nurul Ain kerana terkejut dengan kedatangan Amin yang secara mengejut di sisinya. Pipi Amin ditariknya lembut.
‘Terkejut Mak cek tau. Lain kali bagi salam dulu. Kalau Mak cek pengsan tadi macam mana?, jawab Nurul Ain’.
Amin Cuma menjilirkan lidahnya.
‘Sowie… balas Amin pendek’.
Nurul Ain ketawa kecil melihat muka anak buahnya yang comel itu. Mereka kemudiannya bangun untuk pulang ke rumah. Semasa di tempat meletak kereta, Nurul Ain melihat anak kecil yang menjual kismis duduk di bangku yang berada di situ dengan muka sedih. Perlahan Nurul Ain menghampiri anak kecil itu.
“Banyak dah dapat jual? tanya Nurul Ain sambil menghadiahkan sebuah senyuman kepada anak kecil itu”.
“Baru 2 kotak kak. Adik cuma ada RM2 je kat tangan ni, balas anak kecil itu perlahan”.
“Duit yang akak bagi tadi kan ada?, Jadi sepuluh ringgit tambah dengan dua ringgit semuanya dua belas ringgitlah. Tak gitu? balas Nurul Ain kembali”.
“Oh! Itu saya dah sedekahkan pada pakcik tu, balasnya sambil menunjukkan kepada pak cik peminta sedekah yang berada tidak jauh dari mereka”.
“Pakcik?? terkejut Nurul Ain mendengar jawapan tersebut”.
“Jadi dia bukan ayah adik ke?, tanya Nurul Ain ingin tahu”.
“Bukanlah kak, ayah saya dah lama meninggal dunia, balasnya sambil tersenyum”.
“Habis kenapa adik bagi duit tu pada pakcik tadi, akak bagi kat adik, tanya Nurul Ain meminta kepastian”.
“Maaflah kak. Akak bukan beli kismis saya. Mak saya pesan kalau orang bagi sedekah jangan ambil, dia kata saya kuat lagi, saya bukan cacat macam pakcik tu. Nanti mak marah bila dia lihat saya ada duit RM10, tapi kismis ni tak habis pun dijual. Tapi akak jangan risau sebab saya kata kat pakcik tu tadi yang akak bagi sedekah pada dia. Jadi, Insyaallah, kalau akak ikhlas, pasti Allah bagi akak ganjarannya di akhirat sana, terang anak kecil itu panjang lebar”.
YA ALLAH!!, terkejut Nurul Ain mendengar ucapan yang panjang lebar dari anak sekecil itu. Tanpa semena-mena air mata Nurul Ain mengalir dan tanpa disangka dipeluknya anak kecil dihadapannya itu.
‘Kak, apa ni kak?, bicara anak kecil itu yang terkejut dengan tindakan Nurul Ain yang tiba-tiba memeluknya tanpa dia mengetahui sebabnya’.
‘Maafkan akak ye dik, menyedari tindakannya yang secara spontan itu, segera Nurul Ain meleraikan pelukannya’.
‘Baiklah berapa kotak kismis yang adik ada lagi?, sambung Nurul Ain’.
‘Ada 20 kotak lagi kak, jawabnya’.
‘Bungkuskan semua akak nak, balas Nurul Ain’.
‘Betul ke ni kak? Dan dengan senyuman yang lebar segera dia membungkuskan kismis tersebut ke dalam plastik dan memberikannya pada Nurul Ain’.
Kali ini Nurul Ain menerima ucapan terima kasih daripada anak kecil tersebut.
Amin yang memerhatikan dari tadi turut menitiskan air mata, tapi cepat-cepat dikesatnya. Betapa dia jugak kagum dengan anak kecil seperti itu.
Sepanjang perjalanan Nurul Ain asyik memikirkan anak kecil itu, siapalah ibunya? Pandai mendidik dan mengatur jiwa muda sekecil itu, walaupun baru berusia 10 tahun tapi begitu teguh pada pesanan ibunya.

Ya Allah, andai diri ini berkahwin kelak dan dikurniakan ulama(anak) biarlah ia jadi seperti anak kecil tadi yang patuh pada pesanan dan ajaran ibunya serta pada-MU YA ALLAH, doa Nurul Ain didalam hatinya’.

0 comments:

Post a Comment

 

MuTiArA HiKMaH..

BiLa 2 dIrI MeNcinTai iLaHi
BeRgAbUnGLAh jiwA BeRsAtULAh hAti.
2 jiwA SaTu cinTa
2 jAsAd sAtU MaTlAmAt
biLA CiNtA KeRaNa ALLAH
bErPiSaHnYa tDk gELisAh
biLA RinDu kErNa yG SaTu
BeRtEmUnYa pAsTi tAk jEmU
UkHUWaH ItU InDaH BiLa bErTeMu&BeRpisAh kErAnA ALLAH

QUITE MOMENT

KiNdNeSs iS A LaNgUaGe tHe dUmB CaN SpEAk AnD ThE DeAf cAn hEaR AnD UnDeRstaNd......... No oNe's painT ThEiR DrEaMS On mE........ sOmEWhErE sOmEoNe'S iS DrEaMiNg....... tHeRe's a lYiNg iN YoUr siLeNcE...... tHe bEgInNiNg iS ThE EnD iS ThE BeGiNniNg..... HoW CoMe, hOw lOnG?...... tElLiNg ridDLeS In tHe dArK...... SpeEdInG Up tO SlOw dOwN..... rEaChInG fOr a hAnD ThAt cAn uNdErStAnD, sOmEoNe WhO FeELs ThE SaMe....... LoVeS&LiVeS - SoMEoNe oWeZ GeT HuRt iN It...

MuTiArA HiKmAh...

DuNiA TEmPaT KiTa mEnYeMaI
AkHiRaT NaNtI TeMpAt kItA MenUai
beRiBaDaHLAh bagAi KiTa aKaN MaTi eSoK HaRi.
kEraNa iTuLaH MaTLAmAt kItA DiJaDiKaN.
dariNYA kIta dAtAnG kepadaNYA kItA PaStI PuLaNg
NaMuN BeKeRjAlAh sEoLaH-OlAh kItA KaN HiDuP SeRiBu tAhUn lAgI
DeMi kEcEmErLaNgAn dIrI DaN PeWaRiS GeNeRaSi naNtI
tAbUrLaH BaKtI SebaNyAk-bAnYaKNyA KpD InSaN
kErAnA GaNjArAn kEbAiKaN PeNuH KeMaNiSaN