Social Icons

Wednesday, April 20, 2011

شافق الله

Nasiruddin yang baru balik dari mengaji berjalan lesu menuju ke sofa. Muhammad Nasarullah turut menuruti langkah adiknya itu. Muhammad Nasarullah mencapai remote tv sementara Muhammad Nasiruddin terus melabuhkan badannya ke atas sofa. 

‘Assalamualaikum, sapa Nurul Iman yang datang dari arah dapur’.

‘Waalaikumussalam, jawab kedua orang anak buahnya itu’.

‘Amboi... balik senyap2... Tak dengar pun salam, aju Nurul Iman’.

Kedua orang anak buahnya hanya tersenyum. Nurul Iman turut tersenyum. Dia Cuma memerhatikan kedua orang anak buahnya itu. Namun tatkala pandangannya terarah pada Muhammad Nasarullah, dia dapat merasakan sesuatu ke atas anak buahnya yang seorang itu. Perlahan Nurul Iman menghampiri Muhammad Nasurullah. Tangannya segera diletakkan ke atas dahi Muhammad Nasurullah.

‘Ya Allah Panasnya,, bisik hati kecil Nurul Iman.

‘Abang, pergi ambilkan mak lang ‘coolfever’, arah Nurul Iman’.

Muhammad Nasarullah yang seakan mengerti berlalu pantas menuju ke dapur. Dia teringat pesan Ibunya, jika demam ada ‘coolfever’ di dalam peti untuk diletakkan ke atas dahi. 

Setelah tercari-cari baru dia menjumpainya. Dia segera berlari ke hadapan. Dengan membaca sedikit Ruqyah ‘coolfever’ itu diletakkan ke atas dahi adiknya. ‘Ya Allah! kebahkan panas badan adikku ini’, doa Muhammad Nasiruddin’.
Nurul Iman yang melihat hal itu tersenyum.

‘Pandainya abang, puji Nurul Iman’.

‘Ummi yang ajar. jawab Muhammad Nasiruddin sambil tersenyum.

‘Abang nak dengar satu cerita tak?, aju Nurul Iman’.

‘Cerita apa?, tanyanya kembali’.

‘Ceritanya begini. Imam al-Baihaqi ada meriwayatkan sebuah hadis iaitu daripada Anas r.a. kata: Rasulullah s.a.w menemui Aisyah r.ha. ketika Aisyah terkena penyakit demam panas seraya berkata, ‘Jangan mengeluh kerana ia diperintahkan. Tetapi jika kamu mahu akan aku ajari beberapa bacaan yang jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan sakit itu darimu. ‘Aisyah berkata, ‘Ajarilah aku’. Baginda bersabda, maksudnya: Ya Allah, kasihanilah kulitku yang nipis dan tulangku yang lembut daripada panasnya kebakaran’.

Muhammad Nasiruddin tersenyum mendengar cerita dari mak langnya. Muhammad Nasiruddin seterusnya mengusap rambut adiknya itu. Perlahan dia bersuara.

‘Adik... mari kita zikir, ajaknya lembut’.

Muhammad Nasarullah sekadar mengangguk lemah. Muhammad Nasiruddin mengambil jari adiknya untuk dijadikan sebagai tasbih sebagaimana yang dilakukan oleh umminya sewaktu dia demam. Nurul Iman yang memerhatikan hal itu hampir mahu menangis. Dia kagum dengan kakaknya kerana berjaya mendidik anak sesoleh Muhammad Nasiruddin dan Nasarullah.

‘Ya Allah, jika ana berkahwin kelak, kurniakan ana ulama(anak) yang soleh dan solehah Ya Allah’, doa Nurul Iman dalam hatinya’.

Monday, April 18, 2011

حکوم مڠواڤ.. واجب-حرام- هاروس-سنة-مکروه


'Huaaaarrrrrgggghhhhhhhhhhhhhhhh... ngantuknya', kata Haikal sambil menutup mulutnya'.

Nurul Iman tersenyum melihat telatah adik bongsunya yang sedang meningkat remaja itu.

'Maaflah kak lang. Ngantuk sangat dah mata Uda ni, terang Haikal bila dia menyedari tindakannya menguap tadi diperhatikan oleh kakak kesayangannya itu'.

Nurul Iman cuma tersenyum mendengarnya.

'Haikal tahu? Menguap boleh jadi
Wajib, boleh juga jadi Haram, sunat Makruh atau Harus tau, ucap Nurul Iman sambil tersenyum'.

'Hah?? Macam mana pulak tu kak lang?, tanya Haikal ingin tahu'.

'Yang pertama, menguap jadi
Wajib kalau kita tahan, ianya akan datangkan mudarat pada kita contohnya dalam satu majlis kita malu sangat nak menguap jadi kita tahan sehinggakan mudaratkan diri kita contohnya boleh pengsan atau sakit kepala. Wajib ertinya, perlu menguap dan kita akan diberi pahala, dan sekiranya tidak menguap ia jatuh dosa',, terang Nurul Iman'.

'Kalau
Haram pulak kak lang?, tanya Haikal dengan penuh minat'.

'
Haram, jika kita pura-pura menguap untuk sakitkan hati orang lain. Contohnya masa dengar ceramah, kita bosan dan benci pada penceramah jadi kita buat-buat menguap dengan isyarat mahu beritahu penceramah supaya cepat habiskan ceramahnya yang bosan itu. Jika kita buat yang ini kita berdosa tapi jika kita tinggalkan ia berpahala, sambung Nurul Iman'.

'Kalau
Sunat pula Haikal, duga Nurul Iman'.

'Kalau
Sunat.. Mmmm.. Haa.. kalau Sunat jika kita ikut menguap cara Rasulullah. Yakni dengan menutup mulut dan membaca ta'awwuz. Hal ini disukai Allah, dan ianya sangat digalakkan dan diberi pahala, jawab Haikal'.

'Anta syatir(Awak bijak) ya akhun, puji Nurul Iman'.

Haikal cuma tersenyum sambil melafazkan Alhamdulillah.

'Kalau
Harus dan Makruh pula kak lang?, aju Haikal penuh minat'.

'Kalau
Harus maksudnya harus menguap dalam mana-mana posisi badan samaada berdiri, duduk atau berbaring. Sementara Makruh pula, jika kita menguap dengan membuka mulut lebar-lebar tanpa menutupnya, hingga dengan itu kelihatan begitu buruk dan cela dipandang orang. Allah tidak suka cara menguap begitu, terang Nurul Iman panjang lebar'.

'Wah! pandainya kak lang. Mana kak lang tahu ilmu ni?, aju Haikal'.

'Dari majalah kesayangan kak lang lah. Apa lagi kalau bukan
SOLUSI, balas Nurul Iman sambil tersenyum panjang'.

Haikal turut tersenyum melihat telatah kakaknya yang manja itu......

'
SOLUSI, Panduan Hidup Bersyariat. Syukran Jazilan, ucap Haikal didalam hatinya'.

Sunday, April 17, 2011

نورول ايمان- باب اخير


Bab Akhir

Pagi itu Ustaz Safwan masuk ke bilik Nurul Iman untuk mengejutkan Nurul Iman solat subuh berjemaah. Lampu bilik Nurul Iman dibuka. Matanya meliar mencari Nurul Iman di atas katil, tapi tiada. Kemudian matanya tertumpu pada sekujur tubuh yang masih lengkap bertelekung berbaring di atas tikar sejadah. Perlahan Ustaz Safwan menghampiri Nurul Iman. Dia tahu malam tadi pasti Nurul Iman melakukan solat sunat. Sudah acap kali Nurul Iman tertidur di tikar sejadah. Selalunya dialah yang akan mengejutkan Nurul Iman.
‘Sayang.. sayang.., panggil Ustaz Safwan perlahan’.
Namun tiada reaksi yang Nurul Iman mahu bangun. Tiba-tiba hati Ustaz Safwan berdegup kencang. Dia dapat merasakan sesuatu. Lantas jarinya diletakkan ke hidung Nurul Iman. Tubuh Nurul Iman digerakkan semula. Dia lantas ke bilik air mengambil sedikit air. Ustaz Safwan meruap sedikit air ke wajah Nurul Iman. Sekali lagi nadi Nurul Iman diperiksanya.
Inna lillahi wa inna illa hirajiuuun..ucapnya lemah’.
Shifwah yang kebetulan lalu di situ mendapatkan Ustaz Safwan. Shifwah memeluk erat Nurul Iman yang berada di pangkuan Ustaz Safwan. Ustaz Safwan cuba menenangkan Shifwah. Tubuh Nurul Iman diangkat dan diletakkan di atas katil. Perlahan selimut diangkat menutup wajah Nurul Iman. Ustaz Safwan cuma menabahkan dirinya. Dia telah berjanji tidak akan menangisi kematian Nurul Iman. Perlahan dia mendail nombor Hafiz.

‘Assalamualaikum, ucap Ustaz Safwan’.
‘Waalaikumussalam, balas Hafiz’.
‘Nurul’ Nurul dah tiada Fiz’.
Inna lillahi wa inna illa hirajiuuun, balas Hafiz tenang’.
‘Nanti aku beritahu ummi. Kami akan ke sana. Assalamualaikum, sambung Hafiz’.
Hafiz tenang menerima berita itu. Hatinya tidak putus-putus berdoa. Sememangnya dia telah bersiap sedia dengan hal itu sejak dari dia mengetahui penyakit Nurul Iman. Keluarganya juga begitu, telah lama bersedia menerima saat itu.
'Ya Allah, tempatkan adikku di tempat hamba-hambaMU yang soleh Ya Allah, bisik hati kecilnya’.

Tepat jam 2.00 petang baru jenazah Nurul Iman selamat dikebumikan.

‘Moga kita bertemu di sana sayang, Insyaallah, bicara Ustaz Safwan di dalam hatinya sesudah dia melangkah keluar dari tapak perkuburan’

Dari jauh dia melihat Shifwah yang sedang menunggunya di kereta. 
 
'Shifwah, kau amanah ku di dunia ini, Insyaallah akan abang cuba laksanakan amanah itu sebaik mungkin, bisik hatinya'.

نورول ايمان- باب 13

Bab 13

‘Aku terima nikahnya Shifwah Binti Abdullah dengan mas kahwinya RM80 tunai, lafaz Ustaz Safwan dengan tenang’. Untuk kali kedua lafaz itu keluar dari mulutnya. Namun dia tenang menerima semua itu.

‘Assalamualaikum, ucap Ustaz Safwan’.

‘Waalaikumussalam, balas Nurul Iman lembut’.

Dia memandang suaminya itu dengan kehairanan. Menyedari hal itu dia bersuara.

‘Abang dah mintak izin dari Shifwah. Malam ni abang nak temankan sayang. Abang nampak sayang pucat tadi. Sayang tak sihat kan?, terang Ustaz safwan’.

Nurul Iman bangun mendapatkan suaminya yang duduk di birai katil. Nurul Iman duduk bersebelahan suaminya itu. Tangan suaminya di genggam erat.

‘Insyaallah, tiada apa-apa. Mungkin penat saja. Abang jangan risaukan sayang yea. Pergilah temani Shifwah. Malam ini untuknya. Pergi yea abang, pujuk Nurul Iman’.

Ustaz Safwan memandang Nurul Iman dengan pandangan yang sayu. Dahi Nurul Iman dikucupnya. Nurul Iman dipeluknya dengan erat.

‘Pergilah’ Jangan begini. Abang tak sayang sayang ke?, Abang pergi yea, rayu Nurul Iman".
Kali ini air matanya jatuh.

Melihatkan hal itu Ustaz Safwan mengangguk lemah. Dia tidak sampai hati melihat air mata Nurul Iman gugur. Perlahan Ustaz Safwan bangun. Namun belum sempat Ustaz Safwan melangkah keluar, Nurul Iman memanggilnya. Langkah Ustaz Safwan terhenti dia berpaling. Nurul Iman menarik tangan suaminya dengan lembut. Lalu dikucupnya tangan suaminya itu.

‘Maafkan sayang dunia akhirat yea abang. Halalkan makan minum sayang selama kita bersama. Terima kasih sebab sudi pilih sayang jadi permaisuri di hati abang, ucap Nurul Iman’.

‘Sayang tak pernah salah pada abang. Abang halalkan segalanya buat sayang. Maafkan abang sama yea. Terima kasih juga sebab sudi jadi peneman abang, insyaallah di dunia dan akhirat, balas Ustaz Safwan’.

‘Assalamualaikum, ucap Nurul Iman’.

‘Waalaikumussalam, balas Ustaz Safwan’.

Sejurus suaminya keluar, Nurul Iman menuju ke bilik air. Dia mahu berwuduk dan terus menunaikan solat sunat. Malam itu dia bertafakur pada Allah. Sedar dan tidak dia tertidur di tikar sejadah.

نورول ايمان- باب 12

Bab 12

Hampir 2 bulan Nurul Iman dan Ustaz Safwan melayari bahtera rumahtangga. Terpancar kebahagiaan di wajah Nurul Iman, walaupun badannya selalu lemah kerana barah yang dihidapnya, tapi itu tidak pernah melunturkan semangatnya untuk melakukan tugas sama seperti isteri yang lain. Kini Nurul Iman sedang sibuk menguruskan walimatulurus untuk suaminya sendiri dengan Shifwah. Ustaz Safwan sentiasa menemani Nurul Iman pergi mendapatkan keperluan untuk barang-barang hantaran jika dia tiada urusan kerja. Ustaz Safwan duduk memerhatikan isterinya dan Shifwah yang sedang memilih baju perkahwinan. Selayang ingatannya teringat syarat yang dikenakan oleh Nurul Iman pada dirinya.

‘Itu syarat Nurul Iman Wan. Setelah 2 bulan berkahwin kau perlu berkahwin dengan Shifwah, ucap Hafiz tenang’.

Ustaz Safwan terkedu. Matanya redup memandang ke hadapan. Fikirannya buntu dengan syarat dari Nurul Iman.

‘Tapi kenapa?. Berat benar syarat itu untuk aku laksanakan Fiz, balas Ustaz Safwan tenang’. Ada getar dalam suaranya. Air matanya bergenang.

‘Kau mampu Wan. Jika kau benar-benar ingin membahagiakan adik aku. Kau terimalah syarat dia. bukankah itu yang kau nak buat untukknya, terang Hafiz’.

Ustaz Safwan membisu seribu bahasa. Lama baru dia bersuara semula.

‘Habis Shifwah bagaimana? Dia dah tahu, soalnya lemah’.

‘Alhamdulillah, sudah. Dia juga tidak bersetuju pada mulanya, tapi sebab Nurul dah pujuk baru dia bersetuju. Sekarang keputusan di tangan kau, balas Hafiz’.
‘Abang… Abang…, panggil Nurul Iman’.

Ustaz Safwan terserentak dari lamunanya. Dia tersenyum memandang Nurul Iman.

‘Ada apa sayang?, soalnya lembut’.

‘Giliran abang pula. Ukur baju, balas Nurul Iman sambil tersenyum’.

Ustaz Safwan menangguk lemah. Perlahan dia bangun menuju ke arah tukang jahit yang setia menunggunya di satu sudut kedai tersebut. Jam 2.00 petang baru semuanya selesai.

نورول ايمان- باب 11



Bab 11
‘Aku terima nikahnya Nurul Iman Binti Mohammad Islam dengan mas kahwinya RM80 tunai, lafaz Ustaz Safwan dengan tenang’.

Bacaan doa diaminkan setelah sah lafaz akad nikah. Nurul Iman memanjatkan kesyukuran. Air matanya mengalir mendengar lafaz keramat dari mulut Ustaz Safwan sebentar tadi. Shifwan yang sentiasa berada di sisi Nurul Iman mengesat air mata yang mengalir dari pipi Nurul Iman.

‘Tahniah kak, bisik Shifwan perlahan’.

Nurul Iman cuma tersenyum. Alhamdulillah, pada hari itu majlis walimatulurusnya berjalan dengan lancar. Segalanya berjalan seperti yang dirancang. Sehingga pukul 11 malam baru Nurul Iman dan Ustaz Safwan dapat masuk ke bilik tidur. Ustaz Safwan memandang bilik pengantin yang telah dihias rapi. Menurut ummi mertuanya itu hasil tangan dari Nurul Iman.

‘Assalamualaikum, sapa Nurul Iman’.

‘Waalaikumussalam, balas Ustaz Safwan’. Dia sendiri tidak sedar bila Nurul Iman masuk ke dalam bilik. Ditangan Nurul Iman ada 2 gelas air susu bercampur madu. Ustaz Safwan tersenyum sendiri.

Setelah menghulurkan segelas susu kepada suaminya yang berada di atas katil, langkahnya diatur ke satu sudut bilik dan duduk di atas sofa yang berada di situ. Ustaz Safwan Cuma memerhatikan isterinya.

‘Sayang, panggil Ustaz Safwan’.

Nurul Iman yang terkejut dengan panggilan baru dari suaminya menundukkan pandangan. Ustaz Safwan Cuma tersenyum melihat gelagat isterinya. Dia sedar Nurul Iman masih malu dengan dirinya. Ustaz Safwan lantas bangun dan duduk di sebelah isterinya.

‘Saya Safwan, suami Puan Nurul Iman yang sah, awak siapa’, aju Ustaz Safwan’.

‘Saya Nurul Iman, isteri Muhammad Safwan yang halal untuknya, balas Nurul Iman sambil tertunduk malu.

‘Jika begitu mulai dari hari ini saya akan panggil awak sayang, Boleh?, soal Ustaz Safwan lagi’.

Nurul Iman cuma mengangguk kecil.

‘Sayang... izinkan abang menatap muka sayang. Kalau sayang asyik tunduk abang tak dapat menikmati anugerah Allah pada wajah sayang, uji Ustaz Safwan’.

Walaupun agak kekok dengan permintaan suaminya itu, namun Nurul Iman gagahi juga menaikkan mukanya buat suaminya itu. Kelihatan rona-rona merah di pipi Nurul Iman lantaran malu.

‘Subahanallah, cantiknya isteri abang, puji Ustaz Safwan’.

Menyedari Nurul Iman yang merah mukanya Ustaz Safwan menarik tangan Nurul Iman menuju ke katil. Ustaz Safwan memadamkan lampu.

‘Sayang, malam ni kita mulakan dengan sesi taaruf
dalam keadaan gelap gelita yea. Kesian sayang. Abang tak sanggup tengok muka sayang merah sebab abang’, usik Ustaz Safwan’.

Malam itu mereka bertaaruf dalam mengenali antara satu sama lain.

نورول ايمان- باب 10


Bab 10

Sudah 2 bulan Nurul Iman di kampung. Walaupun penyakitnya sekali sekala menyerang namun itu tidak pernah melemahkan semangatnya. Dia tidak mahu terus melayan kesakitan yang dihidapinya. Lantaran itu dia menaburkan bakti di rumah anak-anak yatim secara sukarela. Nurul Iman merasa tenang di situ. Dia merasa bahagia kerana dapat mencurahkan kasih sayangnya buat kanak-kanak di situ.

‘Jauhnya menung, Ingat kat pakwe yea?, sapa Hafiz tiba-tiba dari belakang’.

Nurul Iman tersenyum mendengar usikan dari abang longnya itu. Perlahan dia mencubit lengan abang longnya apabila abangnya itu duduk bersebelahan dengannya.

‘Owch!! Adu Hafiz.

‘Berjam Nurul tunggu abang long kat sini. Penat tau, adu Nurul Iman’.

‘Maafkan kekanda, wahai adindaku. Kekanda makan kuih cucur bonda tadi. Tak tahan, sedap sangat. Sebab itulah kekanda lewat menjemput adinda, balas Hafiz sambil berseloroh’.
‘Menyampah’ Malas nak layan budak umur 2 tahun ni, kata Nurul Iman sambil menjeling pada Hafiz.

‘Ok, kalau menyampah, balik jalan kaki yea princess, balas Hafiz.

Nurul Iman memegang lengan abang longnya dengan erat. Dia takut jika abang longnya benar-benar meninggalkannya di situ. Sejak bekerja di Rumah anak yatim itu abang longnya lah yang akan menjemput dia pergi dan balik.

‘Bergurau je lah, takkanlah nak tinggalkan princess abang long kat sini kot, balas Hafiz setelah dilihat muka adiknya sedikit pucat dengan gurauannya tadi.
Nurul Iman cuma tersenyum.

Malam itu selesai solat berjemaah, mereka makan malam bersama. Hari itu abang longnya akan tidur di rumah umminya. Kebetulan kakak ipar dan anak-anaknya pulang ke kampung. Abang longnya tidak dapat turut serta kerana ada urusan kerja. Selesai makan Nurul Iman membawa buah di ruang tamu untuk dihidang kepada ummi, ayah dan abang longnya yang sedang menonton televisyen. Abang long dan ayahnya sibuk membincangkan hal politik. Sementara dia dan umminya cuma memasang telinga. Hampir jam 10.00 malam baru ummi dan ayahnya masuk tidur. Nurul Iman juga begitu. Namun baru Nurul Iman hendak beredar abang longnya bersuara.

‘Kakak, abang long rindu kat kopi yang kakak buat, kata Hafiz tiba-tiba’.

Nurul Iman tersenyum. Dia lantas ke dapur menyiapkan secawan kopi untuk abang longnya itu. Hafiz cuma menghantar Nurul Iman dengan pandangannya. Kotak fikirannya ligat memikirkan cara terbaik untuk menyampaikan hasrat Safwan bagi meminang adiknya itu. Terngia-ngia kata-kata Ustaz Safwan tengah hari tadi apabila Ustaz Safwan meminta berjumpa dengannya semasa makan tengah hari.

‘Aku serius Fiz. Aku betul-betul nak peristerikan Nurul. Bagilah aku peluang untuk membahagiakan dia, aju Ustaz Safwan’.
‘Tapi kau akan menambahkan penderitaan hati dia. Cukup dugaan yang dia tanggung Wan. Jangan dibebani hatinya dengan cinta kau lagi. Lepaskan lah dia Wan, pujuk Hafiz’.
‘Apa salah cinta aku Fiz’ Kau seolah-olah menafikan fitrah manusia yang ingin dicintai, balas Safwan’.
‘Aku tak nafikan fitrah manusia yang satu itu Wan. Tapi untuk apa’ Doktor sendiri telah katakan, Nurul Iman tak kan hidup lebih lama’ Masakan kau mahu berkahwin dengan orang yang akan pergi tidak lama lagi, kata Hafiz dengan tenang’.
‘Jadi kau percaya pada ramalan manusia’.Ramalan yang belum tentu benarnya. Apa kau lupa hidup dan mati seseorang di tangan Allah. Sungguh jika ramalan Doktor itu tepat sekalipun kalau Allah tak berkehendakkan semua itu, ia takkan terjadi. Jika terjadi pun itu semua atas kehendakNYA bukan atas ramalan Doktor tadi, balas Ustaz Safwan’.
‘Kebergantungan kita pada Allah Fiz, bukan pada manusia, sambungnya lagi’.


Hafiz membisu seribu bahasa. Akalnya ligat memikirkan kebenaran kata-kata Ustaz Safwan.

‘Jauh menung.. Ingat kat kak long yea’, baru sehari berpisah dah rindu. Abang long ni manja lah, usik Nurul Iman’.

Hafiz terserentak. Namun dia cuma tersenyum.

‘Nah kopinya. Nurul buat penuh kasih dan sayang khas untuk abang long, usiknya lagi’.

Hafiz menyambut huluran secawan kopi dari Nurul. Dengan lafaz Basmalah dia menghirupnya perlahan. Nurul Iman cuma memerhatikan abang longnya itu.

‘Nak ke? Pandang-pandang pulak. Segan lah abang long nak minum, usik Hafiz apabila dia menyedari Nurul Iman sedang memerhatikannya’.

‘Menyampah, balas Nurul Iman sambil menjeling manja’.

Hafiz tertawa dengan gelagat adik kesayangannya itu. Perlahan dia meletakkan cawan itu di atas meja.

‘Kakak, Abang long cakap sikit boleh, tanya Hafiz’.

Nurul Iman menghadapkan badannya ke arah Hafiz. Nurul Iman Cuma mengangguk kecil sambil menanti butir seterusnya dari abang longnya itu.

‘Kenal Ustaz Muhammad Safwan Haris, sambung Hafiz’.

‘Abang long kenal dia? Mana abang long tahu pasal dia, tanya Nurul Iman kehairanan’.

‘Dia kawan abang masa dekat Universiti dulu, balas Hafiz perlahan’.

‘Ya Allah!! ye ke? Kecil betul dunia ni kan abang long, ucap Nurul Iman’.

‘Kami jumpa masa dekat Hospital. Masa teman kakak dulu. Ingat tak?, kata Hafiz’.
 
‘Maknanya dia tahu pasal Nurul, balas Nurul Iman minta kepastian’.
Hafiz mengangguk perlahan. Matanya redup memandang ke hadapan. Dia cuba bertenang untuk menyatakan hasrat hati Ustaz Safwan kepada Nurul Iman.Perlahan dia cuba mengatur bicaranya.

‘Kakak, Ustaz Safwan nak lamar kakak. Kakak setuju?, kata Hafiz perlahan’.
Nurul Iman cuma diam membisu.. Hafiz turut diam. Agak lama mereka begitu barulah Hafiz bersuara.

‘Kakak tidurlah dulu, dah lewat ni, aju Hafiz’.

Nurul Iman Cuma tersenyum. Selepas bersalaman dengan abang longnya dia bangun menuju ke biliknya.

‘Kakak.., panggil Hafiz’.

Nurul Iman berpaling.

‘Kakak fikirlah dulu yea, Abang long tunggu. Mintak petunjuk pada Allah. Apa pun keputusan kakak, abang long tetap sokong kakak, kata Hafiz sambil tersenyum’.
Nurul Iman cuma membalasnya dengan senyuman tawar. Dia kemudian berjalan menuju ke biliknya. Persoalan tadi sedikit sebanyak mengganggu gugat hatinya. Namun dia percaya ada hikmah di sebaliknya. Sebelum tidur dia melakukan solat sunat. Nurul Iman percaya solat itu bisa menjadi penawar bagi hatinya yang sedang bergundah gulana...

'Tabahkan hati ini Ya Allah, bisiknya di dalam hati'.

نورول ايمان- باب 9

Bab 9

Nurul Iman termenung sendiri. Dia buntu. Shifwah menjauhkan diri darinya. Dia tahu Shifwah benar-benar insaf di atas apa yang telah terjadi. Dia ingat lagi bagaimana Shifwah menangis teresak-esak menceritakan segalanya semasa kepulangannya tempoh hari ke Sabah. Dia tidak menyalahkan Shifwah di atas apa yang telah terjadi. Dia menerima segalanya dengan tenang. Tidak wujud sekelumit perasaan marah atau benci terhadap Shifwah. Bagi Nurul Iman itu semua penyakit hati. Dia tidak mahu hatinya terganggu hanya perkara sekecil itu. Kini, dia terpaksa meninggalkan Shifwah. Surat berhenti sekolah, dokumen kelulusan dari Kementerian beserta surat akuan Doktor berada di tangannya. Esok dia akan membawanya kepada pengetua. Segala urusan di Kementerian Pendidikan untuk perletakan jawatannya sebagai guru telah diuruskan di Putrajaya semasa kepulangannya ke kampung tempoh hari. Penyakit yang dihidapinya menuntun dirinya untuk berhenti kerja awal.

‘Assalamualaikum, kedengaran salam dari luar tiba-tiba seterusnya mematikan lamunan Nurul Iman’.

‘Waalaikumussalam, jawab Nurul Iman dari dalam’.

Nurul Iman kemudiannya bangun membukakan pintu untuk Shifwah. Nurul Iman tersenyum menyambut kepulangan Shifwah di muka pintu. Shifwah tersenyum lemah. Shifwah masih terasa segan berada di hadapan Nurul Iman. Sejak akhir-akhir ini dia sebolehnya ingin mengelakkan diri dari Nurul Iman namun sering gagal kerana Nurul Iman tetap melayan dirinya seperti biasa.

‘Shifwah, panggil Nurul Iman apabila shifwah cuba mengelakkan dirinya dari Nurul Iman’.

Shifwah memandang Nurul Iman sambil tersenyum kelat. Dia tidak mampu mengeluarkan kata-kata pada Nurul Iman sejak dia menceritakan segalanya pada Nurul Iman. Melihat Shifwah Cuma diam membisu, Nurul Iman bersuara semula.

‘Kak Nurul akan berhenti Sekolah. Hari Ahad ni Akak Nurul akan berangkat pulang ke Semenanjung, bicara Nurul Iman perlahan’.

‘Kenapa’ Kak Nurul dah benci dekat Shifwah ke’, balas Shifwah’. Ada getar dalam suaranya. Air matanya mula mengalir.

Nurul Iman merapatkan dirinya pada Shifwah. Dia memeluk Shifwah seeratnya. Hatinya pilu mendengar esakan Shifwah. Perlahan dia memujuk Shifwah. Malam itu Shifwah tidur di sebelahnya. Dia tahu Shifwah terkejut dengan berita perletakan jawatannya. Nurul Iman menyelimutkan Shifwah. Hatinya sebak melihat Shifwah. Perlahan Nurul Iman bangun. Dia mahu menunaikan Solat Sunat Hajat, Cuma Allah tempat pengaduanNYA.

‘Ya Allah berikan kekuatan pada sahabatku Shifwah dalam menghadapi UjianMU, doa Nurul Iman di akhir solatnya’. Amin Ya Rabbal Alamin’.

نورول ايمان- باب 8

Bab 8

Dari jauh Ustaz Safwan memerhatikan sesusuk tubuh di hadapannya. Hatinya berdegup kencang. Dia mengekori gadis di hadapannya dalam jarak yang jauh. Dia yakin itu adalah Nurul Iman. Namun Nurul Iman dihadapnnya itu sedang berjalan dengan seorang lelaki. Lelaki itu lengkap berjubah putih dan bersongkok. Dia yakin itu suami Nurul Iman seperti yang diberitahu oleh Shifwah kepadanya. Langkahnya terhenti apabila Nurul Iman berhenti dan meningalkan lelaki yang berjubah putih itu di satu tempat duduk. Sementara Nurul Iman meneruskan perjalanannya ke hadapan. Langkah Ustaz Safwan diatur kemas untuk mengekori semula Nurul Iman. Namun langkahnya terhenti apabila mendengar namanya dipanggil.

‘Muhammad Safwan Haris’ panggil suara itu’.

Ustaz Safwan menoleh. Dihadapannya adalah lelaki berjubah putih tadi. Tidak disangka itu adalah Hafiz, sahabat sewaktu mereka menuntut di Cairo dahulu. Mereka berpelukan.

‘Ya Allah, Izayyak’ (Apa Khabar’), kata Hafiz’.

Ustaz Safwan yang masih terkedu, Cuma hanya tersenyum tawar. Tidak dia sangka Hafiz adalah suami Nurul Iman. Hafiz menarik tangan Ustaz Safwan untuk duduk di kerusi yang disediakan itu.

‘Buat apa kat Hospital ni’, Siapa yang sakit’, sambung Hafiz lagi’.

‘Mak saudara aku. Dia kena kencing manis, tapi Alhamdulillah, dah boleh pulang esok.. Kau pulak’, aju Ustaz Safwan ingin tahu’.

‘Hantar adik aku ambil ubat, balasnya pendek’.

‘Adik’’ Nurul Iman tu adik kau’, kata ustaz Safwan ingin tahu’.
‘Mana kau tahu nama adik aku, balas Hafiz hairan’.
‘Jadi Nurul Iman belum kahwin lagi’ Betul kan Nurul Iman tak kahwin lagi’, tanya Ustaz Safwan bertalu-talu sambil memegang bahu Hafiz’.
‘Apa kau cakap ni’ Mana kau kenal adik aku, balas Hafiz dengan hairan. Sambil cuba meleraikan tangan Ustaz Safwan dari bahunya’.

Ustaz Safwan Beristighfar.. Dia menarik nafas sedalamnya.

‘Maafkan aku Hafiz. Nurul Iman seorang Ustazah betul’ Dia mengajar di Sabah kan’ Jika benar Kami mengajar di Sekolah yang sama Hafiz. Tapi betul kan adik kau tak kahwin lagi’, kata Ustaz Safwan dengan tenang’.

‘Ya Allah, ye ke’, Bila pulak adik aku kahwin’ Dia tak kahwin lagi lah, balasnya sambil ketawa’.
‘Alhamdulillah, ucap Ustaz Safwan perlahan’.
‘Apa yang Alhamdulillah. Kau pun ambik cuti ke’ Kan sekolah dah mula’, aju Hafiz’.
‘Aku dah berhenti jadi guru. Aku dah jadi pensyarah kat UIA sekarang, balasnya’.

Ustaz Safwan mula menceritakan kisahnya dengan Nurul Iman kepada Hafiz dari awal hingga akhir. Hafiz Cuma mendengar dengan tenang cerita sahabatnya itu.

‘Boleh aku lamar dia Hafiz’, kata Ustaz Safwan setelah mereka berdua terdiam sejenak’.
‘Tidak Wan. Aku tak benarkan. Maafkan aku, balas Hafiz’.
‘Tapi kenapa’ Apa kurangnya aku’, aju Ustaz Safwan’.
‘Takde kurangnya. Kau sahabat aku yang baik. Memang kau layak untuk adik aku, Cuma adik aku sakit Wan. Nurul Iman sakit, balas Hafiz perlahan’.
‘Maksud kau’, tanya Ustaz Safwan kehairanan’.

Hafiz membisu’

‘Apa maksud kau Hafiz’, tanya Ustaz Safwan lagi’.

‘Dia ada Barah Otak. Hidupnya tak lama, balas Hafiz perlahan’. Ada getar dalam suaranya’.

Ustaz Safwan terkedu. Dia bersandar pada kerusi. Air matanya jatuh.

‘Maafkan aku Wan, kata Hafiz sambil memegang bahu sahabatnya itu’.

Lama keduanya membisu. Tiba-tiba telefon bimbit Hafiz berbunyi. Satu message diterimanya dari Nurul Iman.

Assalamualaikum. Abang long, Nurul dah selesai. Nurul tunggu abang long di kereta yea. Nurul nampak abang long berbual dengan kawan tadi. Nurul segan nak datang dekat abang. Nurul dah ada dekat kereta. Maaf andai Nurul ganggu abang long dan kawan berbual.

Hafiz menutup telefon bimbitnya.

‘Wan, aku mintak diri dulu. Nurul dah tunggu aku dekat kereta. Maafkan aku yea, kata Hafiz perlahan’.

Mereka kemudiannya bersalaman. Belum sampai 5 langkah Ustaz Safwan memanggilnya.

‘Fiz, rahsiakan pertemuan kita dengan Nurul yea’ Lagi satu boleh aku mintak nombor telefon kau’, tanay Ustaz Safwan’.

Hafiz mengangguk kecil. Setelah bertukar nombor telefon mereka berpisah dengan haluan masing-masing.
Shifwah berlari-lari anak mendapatkan telefon bimbit yang berada di atas meja studynya. Perlahan peti inbox messagenya dibuka.

Kau pendusta Shifwah. Tergamak kau menipu. Kau mengkhianati sahabatmu sendiri. Apa salah Nurul Iman pada kau’

Shifwah terkesima dengan message Ustaz Safwan yang baru diterimanya. Adakah dia sudah tahu segala penipuannya. Hatinya gelabah. Dia tidak mahu kehilangan Ustaz Safwan. Tangganya lantas menaip untuk membalas message dari Ustaz Safwan.

Assalamualaikum Ustaz.. Kenapa ni Ustaz’ Apa maksud Ustaz mengatakan saya begitu. Apa yang telah saya buat’

Menyedari dirinya membuat tuduhan melulu, Ustaz Safwan beristighfar. Tidak lama selepas itu dia membalas message dari Shifwah.

Waalaikumussalam.. Maafkan saya sebab berkasar. Saya jumpa Nurul Iman di Hospital hari ni. Kebetulan dia bersama abang kandungnya yang merupakan kawan saya semasa kami belajar dulu. Menurut abangnya Nurul Iman belum berkahwin lagi. Kenapa awak tak beritahu saya yang Nurul Iman ada Barah Otak’ atau Nurul Imankah yang suruh awak menipu saya dengan menyatakan dia bakal berkahwin semata-mata ingin menyuruh saya berputus asa terhadapnya.

Shifwah terkejut dengan berita yang baru diterimanya itu. Dia lantas menyelongkar laci meja milik Nurul Iman. Dia mencari sesuatu. Akhirnya dia berjumpa diari merah jambu milik Nurul Iman. Seingatnya, Nurul Iman hampir mahu menangis apabila dia pernah mengugut Nurul Iman yang dia akan membaca diari milik Nurul Iman. Tapi setelah melihat Nurul Iman menangis dia berjanji tidak akan melakukannya kerana niatnya hanya mahu bergurau. Tahulah dia kini rupanya di dalam diari itu tersimpan rahsia besar Nurul Iman. Perlahan diari yang bewarna merah jambu itu diselaknya. Satu-persatu helaian laman diari itu disemaknya. Tiba-tiba tangannya berhenti pada satu tarikh.

7 March 2009 ‘ Dugaan Allah buat diri ini. Doktor sahkan saya mengidap Barah Otak. Ya Allah, Hamba mengerti ujian ini telah diaturkan buat diri ini sepertimana dalam firmanMU dalam surah Al-Hadid, ayat 22:
Tiada Satu pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfudz) sebelum kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

Rasulullah s.a.w juga bersabda:
Segeralah melakukan hal yang bermanfaat bagi dirimu. Mintalah pertolongan Allah dan janganlah bersikap lemah. Jika kamu ditimpa musibah, janganlah berkata: ‘Jikalau aku melakukan begini, tentu akan begini dan begitu’ tetapi katakanlah: ‘Apa yang telah ditaqdirkan dan dikehendaki Allah, pasti terjadi’.

Tabahkan hati ini Ya Allah’’

Shifwah menutup diari milik Nurul Iman. Hatinya bagai disentak. Dia merasa begitu terhina kerana memperlakukan Nurul Iman sebegitu. Betapa dia hanyut dengan cinta manusia dan mementingkan dirinya sendiri. Message dari Ustaz Safwan lansung tidak diendahkannya. Hati dan fikirannya kini cuma tertumpu pada satu nama iaitu ‘Nurul Iman’. Dadanya terasa sebak. Matanya kian kabur.Hampir pukul 3, dia terjaga. Shifwah bangun, hajatnya cuma satu mahu dirikan Qiamulail. Dia berharap taubatnya diterima Allah.

نورول ايمان- باب 7

Bab 7

Sudah sebulan Ustaz Safwan berhenti. Dia telah menerima tawaran menjadi pensyarah di UIA. Shifwah terkejut dengan berita itu apabila sekembalinya dia dari cuti penggal pertama persekolahan. Sementara Nurul Iman masih di kampung kerana awal-awal lagi dia telah meminta cuti 3 bulan tanpa gaji kerana urusan peribadi. Perkhabaran berita Ustaz Safwan disampaikan oleh Pengetua pada hari pertama persekolahan sewaktu perhimpunan pagi. Tiada jamuan perpisahan yang sempat dilakukan memandangkan Ustaz Safwan berpindah semasa cuti sekolah. Shifwah mengerti yang Ustaz Safwan membawa diri kerana cerita bohong yang di cipta olehnya sendiri dengan mengatakan Nurul Iman telah dilamar di kampung, dan bercuti selama 3 bulan untuk berkahwin. Dia ingat lagi kata-kata Ustaz Amir sewaktu dia menanyakan kepada Ustaz Amir perihal Ustaz Safwan.

‘Dia kecewa. Benar-benar dia kecewa Shifwah. Masa saya khabarkan berita tentang Nurul Iman akan berkahwin, dia menangis. Teruk nangisnya. Tak sangka sampai begitu sekali dalamnya cinta dia pada Nurul Iman. Takpelah mungkin tiada jodoh antara mereka. Doakan saja dia tabah, kata Ustaz Amir’.

Shifwah terkedu.

‘Ustaz rahsiakan hal ini dari Kak Nurul yea. Saya khuatir Kak Nurul rasa bersalah nanti, balas Shifwah’.

Shifwah tidak mahu rahsianya terbongkar. Hatinya berasa sakit mengenangkan hal itu. Namun dia tidak akan sesekali berputus asa terhadap Ustaz Safwan. Entah kenapa susah benar hatinya untuk lupakan Ustaz Safwan. Baginya Ustaz Safwan miliki segala ciri-ciri seorang suami yang dicarinya. Namun hatinya puas, sekurang-kurangnya dia dapat pisahkan Nurul Iman dan Ustaz Safwan. Mujur messagenya di balas Ustaz Safwan. Walaupun ada yang tidak di balas tapi sekurang-kurangnya dia dapat mendekatkan dirinya dengan Ustaz Safwan. Dia mahu mengambil berat perihal Ustaz Safwan dengan harapan dapat mencuit sedikit hatinya. Moga dengan itu Ustaz Safwan akan melupai Nurul Iman dan menghargai orang yang mengambil berat tentangnya. Shifwah tersenyum sendiri dengan perancangan yang diatur olehnya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Kak Nurul di skrin telefon bimbitnya.

‘Assalamualaikum, kak Nurul. Amboi ambik cuti tanpa gaji lagi. Tak cukup ke cuti 2 minggu tu’, kata Shifwah dengan panjang lebar’.

‘Waalaikumussalam wbt, Ish.. Ish.. Ish’ tak sempat kita nak balas salam dia. Panjang pulak bebelnya, usik Nurul Iman’.

Berderai ketawa Shifwah di hujung talian. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia begitu pandai berpura-pura bahagia didepan Nurul Iman.

‘Rindu kat adik akak ni.. Rindu kat akak tak’, sambung Nurul Iman lagi’.

‘Rindu lah. Sorang-sorang kat sini, takde orang kita nak sakat. Kenapa cuti lama sangat kak Nurul’ Baliklah cepat yea’, balas Shifwah’.

‘Kan dah beritahu hari tu, kak Nurul ada urusan peribadi. Insyaallah, kalau selesai cepat kak Nurul balik awal yea. Rindu sangat dekat Shifwah, kata Nurul Iman lembut’.

Tiba-tiba timbul rasa syahdu dalam diri Shifwah apabila mendengar ungkapan itu dari mulut Nurul Iman. Betapa mulia diri Nurul Iman berbanding dengan dirinya. Dia rasa bersalah dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh Nurul Iman kepadanya. Kerana Ustaz Safwan, hatinya terhadap Nurul Iman mula berubah. ‘Maafkan Shifwah kak Nurul, Shifwah sayang akak, tapi Shifwah benar-benar cintakan Ustaz Safwan, bicara hatinya sendiri’.

‘Shifwah’ Shifwah.. Shifwah, panggil Nurul Iman bila didapati Shifwah senyap di hujung talian’.

‘Maaf kak Nurul. Mintak diri dulu yea, kita mengantuk sangat. Akak jaga diri baik-baik yea, Assalamaulaikum, balas Shifwah lemah’.

‘Maafkan kak Nurul yea. Baiklah, Shifwah juga. Yarhamukullah (semoga Allah merahmatimu)

Waalaikumussalam, jawab Nurul Iman.

Shifwah mematikan talian telefon bimbit sebaik Nurul Iman menjawab salamnya. Berita Ustaz Safwan telah berhenti tidak dikhabarkannya kepada Nurul Iman. Hatinya kembali tidak tenang. Sungguh hatinya terseksa memperlakukan sahabat yang paling disayangi sebegitu rupa hanya kerana ingin meraih cinta seorang lelaki. Tiba-tiba dia merasa benci terhadap dirinya sendiri. Namun hatinya tetap ingin meraih cinta dari Ustaz Safwan.

‘Salahkah aku memiliki fitrah sebegitu. Mencintai seorang insan bernama lelaki, soal dirinya sendiri’.

Malam itu dia terlena bertemankan air mata’.

نورول ايمان- باب 6

Bab 6

Keesokkan harinya merupakan acara penutup bagi Majlis Sukan antara Sekolah-sekolah Agama. Semua guru terlibat bagi menjayakan acara tersebut. Segalanya berjalan dengan lancar. Majlis berakhir pada pukul 1.00 petang. Selepas itu para peserta mula meninggalkan sekolah menuju ke destinasi masing-masing. Nurul Iman dan Shifwah turut pulang ke asrama setelah segalanya selesai. Walaupun agak letih tapi mereka berasa lega kerana telah berjaya menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka. Selepas ini bolehlah mereka menumpukan perhatian kepada pelajaran semula.

‘Kak Nurul’. Shifwah cakap sikit boleh tak’, tanya Shifwah setelah mereka selesai menunaikan solat isyak’.

‘Tanyalah’ insyaALLAH kalau kak Nurul dapat jawab kak Nurul akan jawab, tapi kalau tak dapat maafkan kak Nurul yea, balas Nurul Iman lembut’.

‘Apa pendapat Kak Nurul tentang Ustaz Safwan, tanya Shifwah’.

Nurul Iman memandang Shifwah sambil tersenyum.

‘Orangnya beragama, baik hati, dan bertanggungjawab. Mmmm’ sesuai untuk Shifwah, usik Nurul Iman sambil tersenyum’.

‘Betul Ke’, balas Shifwah lagi’.

Nurul Iman hanya tersenyum. Dia kemudiannya bangun untuk membuka radio yang terletak diatas mejanya itu. Shifwah hanya memandang Nurul Iman sebelum meneruskan kata-katanya kembali.

‘Kak Nurul tahu, tadi Ustaz Amir beritahu kat Shifwah yang Ustaz Safwan nak melamar Shifwah, sambung Shifwah kembali’.

Nurul Iman berpaling ke arah Shifwah. Dia kemudian berjalan ke arah Shifwah dan memeluknya.

‘Alhamdulillah, Tahniah dik’, kata Nurul Iman’.

‘Tak sabarnya nak makan nasi minyak adik akak ni’, Bila nak lansungnya’, balas Nurul Iman teruja.

Shifwah Cuma tersenyum. Dia memerhatikan Nurul Iman. Dia tidak menyangka dia akan menipu sebegitu dengan Nurul Iman. Hatinya cukup terkejut petang tadi bila Ustaz Amir memberitahu lamaran Ustaz Safwan untuk Nurul Iman. Sedangkan dia sendiri terlalu menyintai Ustaz Safwan. ‘Maafkan Shifwah kak Nurul, bicaranya dalam hati’.

‘Amboi dah menung tu, tak sabar ke nak naik pelamin, usik Nurul Iman’.

Lamunan Shifwan tersentak. Dia cuma mampu tersenyum tawar dengan gurauan itu. Dia kemudiannya meminta diri untuk tidur awal. Tinggal Nurul Iman sendirian di ruang tamu. Nurul Iman tersenyum sendiri. Dia bersyukur kerana Jodoh Shifwah telah sampai. Dia catatkannya di dalam diari miliknya. Dia mula mencatat sesuatu
9 September 2009 ‘ Shifwah, adik kesayanganku dikhitbah Ustaz Safwan. Ya Allah, permudahkan urusan mereka berdua, amin ya rabbal alamin’.

نورول ايمان- باب 5

Bab 5

‘Kak, harap semuanya akan berjalan dengan lancar kan’, bicara Shifwah tiba-tiba’. InsyaALLAH.., balas Nurul Iman sebaik sahaja mereka telah masuk ke dalam bilik’.

‘Yea’ InsyaALLAH’ ammeeennn’, balas Shifwah pendek’.

Selepas itu kedua-duanya terus merebahkan badan kekatil masing-masing. Jika selalunya mereka akan berborak dahulu sebelum tidur tapi hari itu mereka tidak sempat hendak bersuara kerana penat telah membuatkan mereka membatu sehinggalah di pagi hari. Keesokkannya semua guru dan ajk yang bertugas memainkan peranan masing-masing. Nurul Iman jugak tidak kurang sibuknya. Walaupun begitu dia sentiasa tersenyum dalam melakukan tugasnya. Tapi untuk sesi malam nanti dia agak gugup sedikit kerana dia akan bergandingan dengan Ustaz Safwan dalam menguruskan acara nasyid. Dia dan Ustaz Safwan akan menjadi urusetia bagi pertandingan nasyid malam nanti. Nurul Iman terpaksa menggantikan tempat Ustazah Siti Aminah yang terpaksa pulang kerana anaknya dimasukkan ke Hospital akibat terkena demam panas. Jadual penggantian itu diberikan oleh Shifwah sebentar tadi. Namun dia terpaksa menerima tanggungjawab tersebut. Shifwah begitu mengharapkan dirinya agar dapat menggantikan tempat Ustazah Siti Aminah. Teringat dia bagaimana susahnya Shifwah untuk memberitahu akan hal itu sebentar tadi.

‘Kak Nurul’ malam nanti akak takde terlibat dengan apa-apa acara lagi kan’, tanya Shifwah’.
‘Mmmm’ rasanya takde. Kenapa’, tanya Nurul Iman kembali’.
‘Boleh tak kak Nurul gantikan tempat Ustazah Siti Aminah jadi urusetia malam ni untuk pertandingan nasyid, sebab anak dia dimasukkan ke Hospital, jadi dia terpaksa pulang untuk menjaga anak dia tu, terang Shifwah panjang lebar’.
‘Ya ALLAH, ye ke. Kesiannya Ustazah Siti Aminah. Baiklah Kak Nurul gantikan, balas Nurul Iman sambil tersenyum’.
‘Tapi kak’.., kata Shifwah tanpa dapat meneruskan kata-katanya itu’.
‘Tapi kenapa’ Takpe kak Nurul boleh buat, balas Nurul Iman kembali dengan senyuman’.
‘Tapi’. Kak Nurul kena bergandingan dengan Ustaz Safwan. Errr’. Takpe ke’, kata Shifwah kembali’.

Nurul Iman terkejut. Dia sengaja memilih untuk tidak bergandingan dengan mana-mana guru lelaki. Sebab itu dia sengaja memilih untuk mengambil tugas mengendalikan bahagian hadiah kerana bahagian hadiah cuma akan melibatkan guru perempuan sahaja. Shifwah yang melihat Nurul Iman tidak bersuara menyambung semula perbualan mereka.

‘Maafkan kita ye kak Nurul. Kita tahu kak Nurul tak suka tapi dah takde pilihan lain, rayu Shifwah kepada Nurul Iman sambil menggenggam erat tangan Nurul Iman’.

Nurul Iman yang pada mulanya agak terkejut dengan berita penukaran itu cuma tersenyum tawar. Lama Nurul Iman terdiam. Hampir lima minit barulah dia bersuara semula.

‘Takpelah, Shifwah tak salah. Baiklah kak Nurul gantikan tempat Ustazah Siti Aminah, balas Nurul Iman tenang’.

Malam itu selepas solat isyak, pertandingan nasyid dimulakan. Semua pelajar tertumpu di dewan sekolah untuk menyaksikan dan seterusnya memberikan sokongan kepada para peserta dari sekolah masing-masing. Nurul Iman tenang melaksanakan tugasnya, begitu jugak dengan guru-guru lain yang terlibat. Banyak kali jugak Ustaz Safwan duduk berbincang dengan Nurul Iman bagi memastikan pertandingan tersebut berjalan dengan lancar. Nurul Iman sedaya upaya untuk mengatasi sifat malunya ketika Ustaz Safwan datang kepadanya untuk berbincang. Nurul Iman tidak sedikit pun menaikkan kepalanya ketika berbicara dengan Ustaz Safwan. Namun dia cuba meyakinkan dirinya bahawa ianya tidak salah dan tidak ada apa yang patut dimalukan olehnya, lagipun mereka menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada mereka. Dengan kekuatan kata hati itulah Nurul Iman mampu untuk bekerjasama dengan Ustaz Safwan walaupun dirinya hanya memandang kebawah untuk setiap pertanyaan yang ditanya oleh Ustaz Safwan. Tepat jam 11.00 malam barulah pertandingan berakhir.

‘Hai Safwan, senyum semacam je. Ada apa-apa ke ‘, Tanya Ustaz Amir yang perasan dengan sikap Safwan dari tadi’.

‘Takde apa-apalah, sejak bila pulak senyum ni salah Amir, balas Ustaz Safwan sambil tersenyum lagi’.

‘Yea, senyum itu tidaklah salah. Tapi senyum kau tu ada makna, macam aku tak nampak. Dari masa kat dewan tadi aku duk perhatikan hang. Ustazah Shifwah pun perasan tau tak’, kata Ustaz Amir dengan panjang lebar’.

‘Ya ALLAH, ye ke’ Sampai macam tu sekali lekanya aku yea Mir, balas Ustaz Safwan’.

‘Kalau suka kamu cakaplah kat dia, haa’ tak lama lagi ada guru praktikal akan datang daripada UMS. Budak lelaki tau. Kalau dingoratnya Nurul Iman tu nanti melopong lah mulut hang. Masa tu nanti hang nangis air mata darah pun tak dapat aku nak nolongnya, usik Ustaz Amir lagi’.

Ustaz Safwan hanya diam membisu. Apa yang dicakapkan oleh Ustaz Amir sebentar tadi sedikit sebanyak membuat dirinya rasa tercabar. Bukan dirinya tak mahu menyuarakan isi hatinya pada Nurul Iman tapi dia takut cintanya ditolak. Lagipun Nurul Iman bukan gadis sebarangan, dia amat sukar difahami, malah untuk mendekatinya jugak tidak semudah yang disangka.

‘Ya ALLAH, adakah dia benar milikku, bisik hatinya’.

‘Wan’.Wan’ Muhammad Safwan Haris’, panggil Ustaz Amir’.

Safwan terserentak dengan panggilan Ustaz Amir, namun dia dapat men’covernya’. Dia tidak mahu Ustaz Amir perasan bahawa dirinya sedang mengelamun. Dia Cuma membalas panggilan Ustaz Amir dengan senyuman tawar sahaja.

‘Aku nak mandi dulu ni. Ke kau nak mandi dulu ‘, tanya Ustaz Amir’.

‘Takpelah kau mandi dulu, lagipun nak sejukkan badan ni dulu, balas Ustaz Safwan kembali’.

Ustaz Amir meninggalkan Safwan diruang tamu. Dia menuju ke bilik air. Safwan bingkas bangun dan menuju ke meja kecilnya. Dia menekan butang ‘on’ pada radionya itu. Kedengaran lagu ‘Permata yang Dicari’, dendangan kumpulan D’Hearty keudara.
‘Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat dihati
Mendamaikan jiwa ku yang resah ini’
‘Ya ALLAH, jika dia benar milikku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu’


Lirik lagu itu dihayatinya’. Serentak dengan itu dia terbayangkan wajah Nurul Iman. Dia akui sejak akhir-akhir ini wajah itu sering hadir dalam mimpinya. Kadang-kadang dia terpaksa buat-buat lalu dihadapan kelas yang diajar oleh Nurul Iman semata-mata hanya untuk melihat wajah tersebut jika seharian dia tidak melihatkan wajah itu.

‘Wan’. Wan, panggil Ustaz Amir’.

Safwan terserentak dengan suara Ustaz Amir. Namun dia hanya membalasnya dengan sebuah senyuman sahaja, sambil bangun dari tempat duduknya itu.

‘Hai’ jauh sangat menungnya tu, kenapa’ Teringat kat Nurul Iman lagi ke ‘, perli Ustaz Amir’.
Safwan hanya menghadiahkan sebuah senyuman. Dia kemudiannya menuju ke bilik air untuk mandi. Selesai mandi dia melihat Ustaz Amir masih lagi berada di meja tulisnya. Lantas dia ke dapur untuk membancuh dua cawan air kopi.

‘Nah’, kata Ustaz Safwan sambil menghulurkan secawan air kopi kepada Ustaz Amir’.
‘Eh, tak mintak pun. Tapi syukran jazilanlah yea, balas Ustaz Amir sambil tersengih’.

Safwan duduk dimejanya yang terletak bersebelahan dengan meja Ustaz Amir.

‘Oh yea, macam mana tawaran jadi pensyarah kat UIA tu’ Kau dah buat keputusan ke’, Tanya Ustaz Amir bila dilihatnya Safwan kembali termenung dimeja tulisnya’.
‘Belum’, balasnya pendek’.
‘Kenapa’ Apa yang kau nak tunggu lagi. Susah nak dapat tu. Dulu kan kau jugak yang mintak, sambung Ustaz Amir lagi’.

Ustaz Amir sebenarnya tahu kenapa Safwan belum lagi membuat keputusan. Semuanya gara-gara Nurul Iman. Dulu Ustaz Safwan sememangnya beriya-ya hendak keluar dari sekolah tersebut setelah dia berjaya menghabiskan pengajiannya di peringkat master dan rezekinya murah apabila seminggu yang lepas dia mendapat tawaran menjadi pensyarah di UIA.

‘Amir’ kau boleh tolong aku tak’, tiba-tiba Ustaz Safwan bersuara’.

‘Tolong apa cakaplah. InsyaALLAH kalau boleh aku tolong memang aku akan tolong kau, balas Ustaz Amir’.

‘Tolong lamar Nurul Iman untuk aku. Boleh’, sambung Ustaz Safwan tenang’.

‘Boleh’ Apa salahnya, nanti aku bagitahu Shifwah pasal ni, jawab Ustaz Amir’.

‘Esok jugak aku bagitahu kat Shifwah. Dah tu pi tidur. Aku pun nak tidur dulu ni. Oh ye, lagi satu, pasal yang tawaran tu kau fikir baik2 yea, kalau kau takut berjauhan dengan Nurul Iman kau hantar je rombongan meminang cepat-cepat, usik Ustaz Amir’.

Ustaz Amir kemudiannya bangun menuju ke dapur untuk membasuh cawannya. Dia kemudiannya masuk tidur kerana merasa agak penat setelah seharian berjemur di padang kerana dia menguruskan acara olahraga siang tadi. Manakala Ustaz Safwan masih berada di mejanya. Masih memikirkan Nurul Iman, gadis yang ingin dimilikinya.

‘Ya ALLAH, benarkah dia milikku, bicara kata hatinya’.

نورول ايمان- باب 4




Bab 4

‘Ingin aku singkap kembali
Kenangan lalu agar bersemi
Ingin ku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi’



Lagu ‘sahabat’ dendangan Amar di Radio ikim.fm membawa Nurul Iman melayari kembali zaman persekolahannya. Dia begitu merindui sahabat-sahabatnya ketika mereka sama-sama menuntut di Sekolah Menengah Maahad Ahmadi satu ketika dahulu. Saat itu muncul wajah Aishah, Suriana, dan Adziah di benak fikirannya. Kebenaran kata-kata ‘Indahnya berukhuwah kerana Allah’ dirasakan kini oleh Nurul Iman. Kemanisan itu akan disimpan menjadi memori terindah dalam kamus hidupnya. Walaupun sebenarnya ukhuwah itu adalah sesuatu yang sukar ditafsir, namun kata-kata Saidina Ali dipegangnya. Katanya ‘Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat, dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari’. Nurul Iman bersyukur kerana walaupun telah lama meninggalkan zaman persekolahannya namun ukhuwahnya antara Aishah, Suriana dan Adziah masih kekal sehingga kini. Walaupun tidak selalu bertemu mata, namun cukuplah sekadar sms dan emel pengganti diri bertanyakan khabar sesama mereka.

Allahu akbar’. Allahu Akbar’.

Laungan azan Isyak mematikan lamunan Nurul Iman. ‘Astaghfirullah hal azim’, istighfar Nurul Iman dalam hatinya’. Dia lantas bangun dan duduk diatas kerusi kerana dia tidak mahu kelak mayatnya berat jika dia berbaring ketika laungan azan berkumandang. Selesai sahaja azan, dia bingkas bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Hari ini dia tidak ke surau sekolah kerana kerja pembaikpulihan surau sedang berjalan. Para pelajar cuma bersolat di dorm masing-masing buat sementara waktu. Selesai solat Nurul Iman lantas mencapai surah Yassin untuk dibaca, sejak akhir-akhir ini dia terlalu sibuk sehingga meninggalkan rutin hariannya membaca surah yassin. Tambahan pula sekolahnya sedang sibuk membuat persiapan kerana menjadi tuan rumah bagi acara sukan diantara seluruh sekolah agama sekitar Sabah. Sudah menjadi rutin setiap tahun sekolah-sekolah agama sekitar Sabah akan mengadakan acara sukan diantara mereka selama 2 hari. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah acara padang, pertandingan nasyid, acara ilmiah seperti kuiz agama, tulisan khat dan sebagainya. Nurul Iman terlibat dalam menguruskan penginapan pelajar perempuan dan juga hadiah. Mujur beberapa pelajar perempuan membantunya jadi beban tekanan dapat dikurangkan.
‘Assalamualaikum’’. Kedengaran orang memberi salam dari luar. Namun Nurul Iman tetap meneruskan bacaannya, dia tahu diluar sana adalah rakan sebiliknya iaitu Shifwah yang baru sahaja pulang. Kedengaran bunyi orang membuka pintu. Shifwah mendengar suara Nurul Iman sedang membaca surah yassin, lantas dia duduk seketika di ruang depan untuk merehatkan dirinya sebelum masuk ke bilik.Selesai membaca surah yassin, dia melipat sejadah dan telekungnya dan digantung didalam almari. Selepas itu dia keluar di ruang tamu untuk melihat sahabatnya itu.

‘Lambat balik hari ni, tak habis lagi mesyuarat tu, sapa Nurul Iman lembut’.
‘Huhuhuhu’ penat tau hari ni. Hampir nak siap, cuma tinggal senarai hakim je lagi, balas Shifwah’.
‘Jap yea, nanti kita sambung balik, kita nak mandi dulu lepas tu nak solat, tambah Shifwah lagi’.

Shifwah bangun dari tempat duduknya dan menuju ke bilik. Nurul Iman menemani Shifwah dengan pandangan matanya sahaja. Dia membiarkan sahabatnya itu menunaikan tanggungjawab dan amanahnya kepada Rabbul Jalil terlebih dahulu sebelum mereka boleh berbual panjang. Nurul Iman menuju ke meja tulis yang terletak di ruang tamu. Disitulah dia dan Shifwah akan melakukan kerja mereka seperti menanda buku nota dan sebagainya. Di atas meja Nurul Iman tersusun rapi buku nota Pendidikan Islam milik pelajar tingkatan 4 Ibnu Sina yang ingin ditandanya. Di tepi mejanya ada sebuah radio kecil. Dia menekan butang yang bertanda ‘on’ dan ianya terbuka. Kedengaran suara Ustaz Irwan dj bagi Radio ikim.fm ke udara. Memang itulah siaran radio kegemaran Nurul Iman. Dia tidak pernah menukar ke siaran radio yang lain, mujur Shifwah jugak mempunyai citarasa sepertinya. Jadi, tidak ada masalah untuknya mendengar siaran radio tersebut setiap hari di bilik mereka.

Nurul Iman mula menyemak dan menanda nota pelajarnya. Setelah solat Shifwah ke ruang tamu melihat Nurul Iman. Namun selepas itu dia meminta izin untuk masuk tidur dahulu kerana dia merasa begitu penat sekali. Nurul Iman hanya tersenyum. Dia kembali menyambung menandakan Buku Nota pelajarnya. Jam sudah menujukkan jam 11.30 malam. Radio ikim.fm masih lagi keudara. Kadang-kadang Nurul Iman tersenyum sendiri mendengar coloteh Ustaz Irwan yang menghiburkan hatinya. Keesokkannya, ramai guru yang tiada dan meyebabkan Nurul Iman dan guru yang ada terpaksa menggantikan guru yang tiada. Nurul Iman sahaja mendapat 4 kelas untuk diganti pada hari ini. Namun dia sedikit pun tidak merungut. Semasa menanda buku guru ganti di pejabat tadi dia ditegur Ustaz Suhaimi yang selalu menyakatnya.

‘Uishh’ dapat 4 kelas ganti pun senyum lagi Ustazah, hebat betul Ustazah ni, sapa Ustaz Suhaimi dari belakang’.

Nurul Iman yang tidak menyedari kehadiran Ustaz Suhaimi hampir melepaskan buku yang sedang ditandatanganinya. Dia amat terkejut mendengar suara Ustaz Suhaimi dari arah belakang.

‘Maafkan saya, terkejut pulak yea’. Kussss’ semangat, kata Ustaz Suhaimi sambil tergelak’.

Nurul Iman mengurut dadanya, namun dia tetap tersenyum. Dia tahu Ustaz Suhaimi tidak berniat hendak mengejutkannya. Dia tidak membalas gurauan Ustaz Suhaimi tersebut. Dia cuma tersenyum sahaja sambil meminta izin untuk keluar dari pejabat tersebut. Ustaz Suhaimi hanya menghantar Nurul Iman dengan pandangannya. Didalam hatinya dia kagum dengan sifat pemalu yang dimiliki oleh Nurul Iman. Cuma tinggal satu hari sahaja lagi acara sukan akan bermula.Bagi pelajar yang tidak terlibat mereka akan dibenarkan pulang pada hari jumaat nanti. Ini kerana asrama akan digunakan bagi penginapan pelajar-pelajar dari sekolah lain. Cuma separuh pelajar sahaja yang tinggal iaitu peserta, ajk dan beberapa orang penyokong sekolah.

Petang itu mereka menunggu ketibaan pelajar dari sekolah agama yang lain. Seramai 12 buah sekolah Agama sekitar negeri sembilan sahaja yang akan terlibat dalam pertandingan sukan kali ini. Petang itu Nurul Imanlah yang agak sibuk kerana beliau yang menguruskan ketibaan pelajar dan mengambil kedatangan mereka serta menguruskan penginapan bagi pelajar perempuan manakala Ustaz Safwan pula menguruskan penginapan bagi pelajar Lelaki. Mujur mereka dibantu oleh beberapa orang ajk yang terlibat dalam acara tersebut.

‘Assalamualaikum’., sapa Shifwah dari belakang’.

Nurul Iman terkejut kerana tiba-tiba sahaja Shifwah memeluknya dari belakang. Tanpa semena-mena Shifwah menerima satu cubitan kasih sayang daripada Nurul Iman.

‘Aduh ! sakitlah kak, adu Shifwah’.
‘Padan muka,. terkejut akak, kalau akak ada lemah jantung mesti akak dah jadi arwah tau, marah Nurul Iman sambil tersenyum’.
‘Ye ke’ Iman ada lemah jantung, biar betul awak ni Iman. Muda-muda lagi dah kena serangan sakit jantung, sampuk Ustaz Amir tiba-tiba’.

Nurul Iman merasa malu yang amat sangat, dia tidak menyangka yang Ustaz Amir mendengar perbualannya dengan Shifwah. Nurul Iman cepat-cepat berdiri dibelakang Shifwah sambil memandang kebawah. Shifwah yang memahami akan perangai Nurul Iman bertindak menjawab bagi pihak Nurul Iman.

‘Alah dia bergurau je dengan saya Ustaz Amir. Kak Nurul ni sihat lagi. Saja dia berseloroh dengan saya tadi, balas Shifwah sambil tersenyum’.

Ustaz Amir hanya tersenyum mendengar jawapan dari Shifwah. Dia juga hanya sekadar bergurau. Ustaz Amir kemudiannya mengajak Shifwah ke meja yang lain kerana ingin membuat sedikit perbincangan berkenaan juri yang bakal menghakimi dalam pertandingan yang dipertandingkan esok. Sekitar jam 7.00 barulah semuanya selesai. Peserta dibenarkan membersihkan diri sebelum turun ke surau untuk solat Maghrib berjemaah dan seterusnya menikmati makan malam. Selepas solat Isyak semua peserta berkumpul didewan sekolah untuk taklimat bagi acara pagi esok. Hampir jam 12 barulah Nurul Iman dan Shifwah pulang ke bilik mereka.

 

MuTiArA HiKMaH..

BiLa 2 dIrI MeNcinTai iLaHi
BeRgAbUnGLAh jiwA BeRsAtULAh hAti.
2 jiwA SaTu cinTa
2 jAsAd sAtU MaTlAmAt
biLA CiNtA KeRaNa ALLAH
bErPiSaHnYa tDk gELisAh
biLA RinDu kErNa yG SaTu
BeRtEmUnYa pAsTi tAk jEmU
UkHUWaH ItU InDaH BiLa bErTeMu&BeRpisAh kErAnA ALLAH

QUITE MOMENT

KiNdNeSs iS A LaNgUaGe tHe dUmB CaN SpEAk AnD ThE DeAf cAn hEaR AnD UnDeRstaNd......... No oNe's painT ThEiR DrEaMS On mE........ sOmEWhErE sOmEoNe'S iS DrEaMiNg....... tHeRe's a lYiNg iN YoUr siLeNcE...... tHe bEgInNiNg iS ThE EnD iS ThE BeGiNniNg..... HoW CoMe, hOw lOnG?...... tElLiNg ridDLeS In tHe dArK...... SpeEdInG Up tO SlOw dOwN..... rEaChInG fOr a hAnD ThAt cAn uNdErStAnD, sOmEoNe WhO FeELs ThE SaMe....... LoVeS&LiVeS - SoMEoNe oWeZ GeT HuRt iN It...

MuTiArA HiKmAh...

DuNiA TEmPaT KiTa mEnYeMaI
AkHiRaT NaNtI TeMpAt kItA MenUai
beRiBaDaHLAh bagAi KiTa aKaN MaTi eSoK HaRi.
kEraNa iTuLaH MaTLAmAt kItA DiJaDiKaN.
dariNYA kIta dAtAnG kepadaNYA kItA PaStI PuLaNg
NaMuN BeKeRjAlAh sEoLaH-OlAh kItA KaN HiDuP SeRiBu tAhUn lAgI
DeMi kEcEmErLaNgAn dIrI DaN PeWaRiS GeNeRaSi naNtI
tAbUrLaH BaKtI SebaNyAk-bAnYaKNyA KpD InSaN
kErAnA GaNjArAn kEbAiKaN PeNuH KeMaNiSaN