Social Icons

Friday, October 8, 2010

(Bab 3) کرنامو نورول عين


Bab 3

‘Ustazah, tengok Haikal, dia kacau saya, jerit Muhammad’.
Nurul Ain yang ketika itu sedang menulis sesuatu di papan putih berpaling ke arah Muhammad. Dia kemudiannya berjalan menuju ke tempat Haikal yang berada di sebelah Muhammad. Nurul Ain membisikkan sesuatu kepada Haikal. Tanpa semena-mena wajah Haikal pucat dan terus menyalin nota Agama Islam di papan putih. Muhammad yang berada di sebelah Haikal kehairanan melihat wajah pucat Haikal, malah seluruh pelajar kelas darjah 5 Ibnu Sina turut berpandangan antara satu sama lain. Nurul Ain cuma tesenyum, dia kemudiannya ke hadapan menghabiskan nota yang ditulisnya di papan putih. Selesai pelajarnya habis menyalin nota, Nurul Ain membuat satu pengumuman di hadapan kelas.

‘Hari ni Haikal nak mengucapkan sesuatu pada kita semua. Silakan Haikal, umum Nurul Ain di hadapan kelas’.

Haikal tunduk. Lama masa yang diambilnya untuk bangun.

‘Haikal…. Haikal… Muhammad Haikal, ulang Nurul Ain’.

Perlahan Haikal bangun. Dia menghadapkan badannya ke arah Muhammad sambil menghulurkan tangannya.

‘Aku… Aku.. Aku mintak maaf Muhammad. Aku tak akan ganggu kau lagi. Maafkan aku, kata Haikal dan didengari oleh seluruh kelas darjah 5 Ibnu Sina. Muhammad yang sememangnya seorang murid yang baik dan pemaaf menyambut huluran tangan kemaafan dari Haikal. Serentak dengan itu seluruh kelas bertepuk tangan di atas situasi tadi, seolah-olah meraikan kemenangan 2 musuh yang tidak jadi berperang. Nurul Ain tersenyum. ‘Alhamdulillah, bisiknya perlahan di dalam hati’.

Krriiiinnnnggggg… Loceng waktu rehat berbunyi… Setelah memberi salam Nurul Ain keluar disusuli oleh pelajarnya dengan tujuan suci bagi melaksanakan tuntutan perut iaitu makan tengahari…

‘Apa ustazah Nurul bisik kat engkau tadi, tanya Muhammad sewaktu mereka duduk di tepi padang sambil makan bekalan masing-masing’.
‘Haah.. Apa Ustazah Nurul kata tadi?, ulang Faris.
Rakan-rakan sekelasnya yang lain turut mengiyakan pertanyaan 2 orang sahabatnya tadi. Wajah Haikal berubah. Dia menghabiskan makanan yang berada di dalam mulutnya. Kawan-kawan yang berada di sekelilingnya setia menanti butir bicara dari Haikal.
‘Ustazah kata, Allah memakbulkan doa orang yang di zalimi. Tadi aku dah kira menzalimi Muhammad. Ustazah kata nanti engkau doakan aku tak dapat nombor satu masa peperiksaan nanti. Kalau kau doa macam tu, nanti aku tak dapatlah ‘Play station’ dari ayah aku. Ayah aku janji nak bagi ‘Play Station’ pada aku, kalau aku dapat nombor satu’.
‘Hah!!.. Betul ke? Alamak!! aku selalu buat jahat kat adik aku. Kira aku dah menzalimi
dialah. Habis lah aku, kata Faris tiba-tiba’.
‘Jadi kenalah mintak maaf cepat, sampuk Nurul Ain dari belakang’.
Semua pelajarnya terkejut dengan kedatangan Nurul Ain. Nurul Ain cuma tersenyum.
Semua pelajarnya tersengih menyambut kedatangan Nurul Ain di situ.
‘Jika buat salah, kenalah mintak maaf. Kalau tiba-tiba kita meninggal dunia tanpa sempat mintak maaf, dan orang itu tak maafkan kita sampai kiamat, kita dikira berdosa. Sama juga dengan menzalimi orang lain. Allah tak suka perbuatan itu. Nabi Muhammad pernah berpesan ‘Dan takutlah engkau dengan doa-doa orang yang dizalimi, sebab antara doa itu dengan Allah tidak ada hijab yang menghalang, (Riwayat Bukhari dan Muslim), terang Nurul Ain panjang lebar’.
Kesemua pelajarnya terdiam. Mereka seolah-olah sedang menghadam setiap butir bicara dari Nurul Ain.
‘Tapi sungguhpun Allah memakbulkan doa orang yang di zalimi, jangan pula bila kita dizalimi kita mendoakan yang bukan-bukan untuk orang yang menzalimi kita. Lebih baik kita maafkan, Allah akan sayang, sepertimana firman Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 132 ‘Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan, sambung Nurul Ain lagi’.
‘Jadi kenapa Ustazah kata Muhammad doakan yang saya tidak akan dapat nombor satu, aju Haikal tiba-tiba’.
Nurul Ain tersenyum.
‘Sebab cikgu kenal Muhammad. Dia seorang yang pemaaf. Jadi cikgu sengaja ugut Haikal begitu, balas Nurul Ain’.
‘Betul kau tak doakan aku tak dapat nombor satu tadi?, tanya Haikal’.
Muhammad cuma mengangguk kecil.
‘Mana Ustazah tahu ayah saya nak bagi saya ‘Play Station’ kalau saya dapat nombor satu, tanya Haikal kehairanan’.
‘Ibu awak yang beritahu Ustazah. Ustazah pernah berbual dengan ibu awak, terang Nurul Ain’.
Haikal tunduk sambil tersenyum malu. Kawan-kawannya yang lain turut ketawa kecil melihat telatah Haikal.

0 comments:

Post a Comment

 

MuTiArA HiKMaH..

BiLa 2 dIrI MeNcinTai iLaHi
BeRgAbUnGLAh jiwA BeRsAtULAh hAti.
2 jiwA SaTu cinTa
2 jAsAd sAtU MaTlAmAt
biLA CiNtA KeRaNa ALLAH
bErPiSaHnYa tDk gELisAh
biLA RinDu kErNa yG SaTu
BeRtEmUnYa pAsTi tAk jEmU
UkHUWaH ItU InDaH BiLa bErTeMu&BeRpisAh kErAnA ALLAH

QUITE MOMENT

KiNdNeSs iS A LaNgUaGe tHe dUmB CaN SpEAk AnD ThE DeAf cAn hEaR AnD UnDeRstaNd......... No oNe's painT ThEiR DrEaMS On mE........ sOmEWhErE sOmEoNe'S iS DrEaMiNg....... tHeRe's a lYiNg iN YoUr siLeNcE...... tHe bEgInNiNg iS ThE EnD iS ThE BeGiNniNg..... HoW CoMe, hOw lOnG?...... tElLiNg ridDLeS In tHe dArK...... SpeEdInG Up tO SlOw dOwN..... rEaChInG fOr a hAnD ThAt cAn uNdErStAnD, sOmEoNe WhO FeELs ThE SaMe....... LoVeS&LiVeS - SoMEoNe oWeZ GeT HuRt iN It...

MuTiArA HiKmAh...

DuNiA TEmPaT KiTa mEnYeMaI
AkHiRaT NaNtI TeMpAt kItA MenUai
beRiBaDaHLAh bagAi KiTa aKaN MaTi eSoK HaRi.
kEraNa iTuLaH MaTLAmAt kItA DiJaDiKaN.
dariNYA kIta dAtAnG kepadaNYA kItA PaStI PuLaNg
NaMuN BeKeRjAlAh sEoLaH-OlAh kItA KaN HiDuP SeRiBu tAhUn lAgI
DeMi kEcEmErLaNgAn dIrI DaN PeWaRiS GeNeRaSi naNtI
tAbUrLaH BaKtI SebaNyAk-bAnYaKNyA KpD InSaN
kErAnA GaNjArAn kEbAiKaN PeNuH KeMaNiSaN