Social Icons

Monday, October 11, 2010

کرنامو نورول عين (Bab Akhir)


Bab Akhir

‘Aku terima nikahnya Nurul Ain binti Munif dengan mas kahwinnya Senaskah Al-Quran tunai’…

Malam itu usai berkemas Nurul Ain masuk ke bilik pengantin. Dia membawa air susu bercampur madu buat suaminya. Walaupun agak kekok namun Nurul Ain gagahi juga untuk masuk ke biliknya. Nurul Ain mengetuk pintu biliknya dengan ucapan salam. Pintu itu dikuaknya sedikit. Suaminya yang duduk di birai katil tersenyum melihat kedatangan Nurul Ain. Nurul Ain cuma tunduk malu. Hatinya sedikit bergetar.
‘Sayang, duduk sini sekejap, pinta suaminya’.
Terharu dengan panggilan baru buat dirinya dia lantas meletakkan air susu yang dibawanya di meja kecil sebelah katil. Dia menuruti perintah suaminya itu. Selepas itu suaminya menghulurkan sampul surat bewarna coklat kepadanya. Nurul Ain yang kehairanan memerhatikan suaminya minta kepastian.
‘Bukalah, aju suaminya’.
Perlahan Nurul Ain membuka sampul surat bewarna coklat itu. Di dalamnya terdapat 3 keping surat. Surat yang pertama mengandungi lirik nasyid Maher Zain ‘For The Rest of My Life’. Kemudian perlahan dia menyelak isi surat kedua. Matanya dibulatkan. Itu merupakan surat Mohammad Suhaimie yang dikenalinya di ruang chat room satu ketika dahulu. Tanpa semena-mena air mata Nurul Ain jatuh ke pipinya. Dia begitu terharu dengan apa yang Allah telah tetapkan buatnya. Nurul Ain memandang suaminya itu dengan pandangan berkaca. Muhammad Suhaimie cuma tersenyum. Tanpa diminta, dia menerangkan segala-galanya.
‘Masa sayang kata bercouple itu salah, abang terima dengan redho. Lalu surat yang terakhir itu abang nukilkan untuk sayang. Masa tu abang betul-betul mahu memperisterikan sayang, tapi bak kata sayang masa tu kita masih belajar. Kita perlu kejar cita-cita. Sejak itu abang tekadkan hati. Di samping itu abang upah sepupu abang sendiri Adziah. Sayang kenal dia kan? kawan sekuliah sayang, untuk ambik data tentang sayang. Usai alamat rumah sayang abang perolehi, abang simpan. Selepas abang habis belajar, alhamdulillah abang dapat pekerjaan yang baik. Tekad abang untuk miliki sayang makin kuat. Berbekalkan alamat yang diberi adziah dulu abang cari kampung sayang. Abang bertemu dengan ummi sayang tanpa pengetahuan sayang. Abang ceritakan semuanya pada ummi sayang dan tekad abang untuk memperisterikan sayang. Selain itu, melalui ummi sayang abang dapat tahu sayang mengajar di Selangor. Ummi sayang sendiri yang beri alamat tempat sayang tinggal dan sekolah sayang mengajar. Mungkin sudah aturan Allah, tempat sayang mengajar merupakan sekolah anak buah abang iaitu Muhammad, sayang kenal kan? Anak murid sayang. Apabila abang dah cukup duit untuk meminang sayang dan telah bersedia untuk membimbing sayang dan ulama(anak) kita ke arah jalan yang lurus, insya-Allah, abang upah pula Muhammad letakkan sampul surat yang mengandungi lirik-lirik nasyid pada sayang. Lepas kita bertunang hari tu, abang tak hantar lagi lirik nasyid pada sayang sebab sebahagian daripada sayang telah abang miliki, terang suaminya panjang lebar’.
Nurul Ain yang mendengar penjelasan suaminya itu terkedu. Dia tidak sangka, insan di hadapannya kini merupakan Muhammad Suhaimie yang pernah dikenalinya dahulu.
‘Oh yea, sekejap yea?, ucap suaminya’.
Suaminya mendail sesuatu di handphonenya. Dengan menggunakan video call kelihatan Muhammad anak muridnya di talian.
‘Assalamualaikum ya Ustazah, ucap Muhammad’.
Nurul Ain yang terkejut melihat Muhammad di talian tersenyum.
‘Waalaikumussalam Muhammad, balas Nurul Ain’.
‘Sudah2... pak usu dengan mak usu nak tidur. Pak usu dah tunaikan janji Muhammad kan? tiba-tiba Muhammad Suhaimie menyampuk’.
Nurul Ain yang masih terkejut, tersenyum dengan usikan suaminya itu.
‘Alah pak usu ni.. kejam. Tak mahu kawan pak usu dah. Nak cakap dengan ustazah kesayangan abang pun tak boleh, balas Muhammad’.
‘Mana boleh. Ni isteri kesayangan pak usu seorang je, usik Muhammad Suhaimie lagi’.
Nurul Ain cuma tersenyum melihat telatah suaminya dan Muhammad. Selang beberapa minit barulah talian dimatikan.
‘Sayang tak nampak pun Muhammad siang tadi, ucap Nurul Ain tiba-tiba’.
‘Dia kena demam campak sebenarnya. Dia memang tak dapat datang. Pada mulanya dia merajuk sangat sebab tak dapat datang tengok kita kahwin. Tapi bila abang kata nanti kesian kat ustazah kena jangkit demam campak, terus dia tak mahu ikut. Sayang betul Muhammad pada sayang tau. Tapi abang lagi berganda-ganda sayangnya pada sayang. Ingat tu…, balas suaminya dengan panjang lebar’.
Muhammad Suhaimie memegang tangan Nurul Ain seeratnya. Perlahan dia mengatur bicaranya…
‘Sayang… Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Ibn Umar r.a. daripada Nabi S.A.W, Baginda bersabda: Maksudnya, setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap orang daripada kamu akan diminta bertanggungjawab atas kepimpinannya. Seorang amir adalah pemimpin. Seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Seorang isteri adalah pemimpin dalam rumah tangga suaminya dan bagi anak-anaknya. Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap orang daripada kamu pasti akan dimintai tanggungjawab atas kepimpinannya’
(Riwayat al-Bukhari no.5200 dan Muslim no.1829)

Jadi abang harap kita sama-sama jadi pemimpin dalam bahtera rumah tangga kita dalam usaha membentuk rumah tangga yang diberkati Allah, insya-Allah, bisik suaminya’.
Nurul Ain mengangguk kecil. Tangan suaminya dikucup perlahan. Hatinya memanjat kesyukuran yang tak terhingga kerana dipertemukan dengan Muhammad Suhaimie, walaupun perjalanan perhubungan dia dan suaminya tidak diketahui di mana kesudahannya, tapi dia akan cuba membuat yang terbaik agar rumah tangga mereka sentiasa di bawah redho Ilahi.

کرنامو نورول عين (Bab 8 & Bab 9)


Bab 8

Hujung minggu itu dia dan abang longnya pulang ke kampung. Sepanjang perjalanan hatinya berasa tenang. Hatinya kini benar-benar telah diserah sepenuhnya kepada Allah. Nama Muhammad Suhaimie tidak lagi mengganggu mindanya. Hatinya benar-benar pasrah. Jika risikan itu datangnya dari lelaki yang baik, hatinya tidak akan lagi teragak-agak dalam menerimanya. Sesampai di kampung umminya menyambut kepulangan mereka dengan gembira sekali. Nurul Ain merasa senang hati melihat umminya yang sentiasa kuat dan sihat.
Malam itu selesai solat isyak berjemaah mereka makan bersama-sama.
‘Rindunya kakak dekat masakan ummi, kata Nurul Ain’.
‘Amin pun rindu jugak, sampuk Amin’.
‘Sibuk je… balas Nurul Ain sambil mencebik pada anak buahnya itu’.
‘Haah.. windu kat masakan nenek ni. Chedap… sambung angah pula’.
Nurul Ain yang kebetulan duduk di sebelah angah menarik pipi angah tanda geram.
Hampir kesemua yang berada di situ ketawa dengan telatah Nurul Ain. Nurul Ain tidak mengendahkan semua itu. Sememangnya dia seorang anak yang manja.
Selesai mengemas meja makan Nurul Ain masuk ke bilik umminya, manakala yang lain sibuk menonton tv di ruang tamu. Jika pulang ke kampung sememangnya Nurul Ain akan tidur bersama dengan umminya walaupun dia mempunyai biliknya sendiri. Semasa sedang membaca buku, umminya masuk ke bilik. Nurul Ain Cuma tersenyum melihat umminya.
‘Kakak dah sedia? tanya umminya memulakan perbualan’.
‘Sedia apa ummi? tanya Nurul Ain kembali’.
‘Sedia jadi isteri dan ummi solehah, terang umminya’.
Nurul Ain cuma tersenyum. Tiada jawapan untuk soalan umminya itu. Nurul Ain melabuhkan kepalanya pada peha umminya. Umminya cuma membiarkan saja tindakan Nurul Ain. Perlahan umminya mengusap rambut Nurul Ain.
‘Kakak, ummi yakiN kakak dah sedia. Lelaki yang bakal datang esok memang ummi kenal agamanya. Dia sendiri datang jumpa ummi minta kakak dari ummi, kata umminya’.
Nurul Ain bangun dari pembaringannya. Tangan umminya dipegang erat.
‘Ummi, kakak redho. Baik buat ummi, baik juga buat kakak. Usai terima berita dari ummi tempoh hari, istikharah telah kakak lakukan dan mimpi baik menemani kakak, terang Nurul Ain sambil tersenyum manja’.
Umminya tersenyum. Air matanya jatuh. Hatinya sejuk menerima anak gadis seperti Nurul Ain. Ubun kepala Nurul Ain di ciumnya. Malam itu Nurul Ain dan umminya tidur sambil berpelukan.
Esoknya, rumah umminya sedikit riuh. Pak long dan Mak ngahnya bertandang ke rumah bagi menerima risikan untuk Nurul Ain. Hampir tengah hari baru rombongan itu sampai. Nurul Ain cuma duduk diam di dalam biliknya. Apa yang dibincangkan di luar tidak berapa didengarinya. Selang beberapa ketika masuk umminya dan beberapa orang wanita asing yang sebaya umminya. Setelah bersalaman, umminya memulakan bicara.
‘Kakak, pihak lelaki minta terus ditunangkan kakak, kata umminya sambil tersenyum’.
Nurul Ain mengangguk kecil, walaupun sedikit terkejut dengan perancangan itu.
Selepas itu salah seorang wanita tadi yang merupakan bakal mentuanya menyarungkan cincin di jari Nurul Ain. Selesai menyalami wanita-wanita itu mereka keluar semula ke ruang tamu. Hampir jam 4 petang baru semuanya selesai. Melalui perbincangan dengan pihak lelaki, selang 2 minggu dari sekarang dia bakal mendirikan rumah tangga. Hatinya berdebar dengan perancangan Allah buat dirinya. Lelaki yang merupakan tunangannya itu tidak lansung dikenalinya, malah nama tunangnya sendiri tidak diketahuinya. Nurul Ain juga tidak tahu sama ada lelaki itu pernah melihatnya atau tidak. Umminya tidak menceritakan apa-apa lansung padanya. Semuanya seolah-olah misteri. Namun Nurul Ain diamkan sahaja hal itu. Dia pasrah dengan ketentuan yang diatur buat dirinya.
Esoknya dia dan keluarga abang longnya pulang semula ke Selangor memandangkan ada 2 minggu lagi hari persekolahan sebelum cuti sekolah bermula.

Bab 9

Hampir 4 hari persekolahan sudah berlansung. Dan selama 4 hari itu jugalah tiada sampul surat coklat diterima olehnya lagi. Nurul Ain memanjatkan kesyukuran kerana dia tidak lagi diganggu dengan lirik nasyid dari orang misteri yang sentiasa menjadi tanda tanya dimindanya. Hatinya merasa tenang kini. Sejak bergelar tunangan orang, Nurul Ain dan kakak iparnya sibuk mencari barang-barang hantaran buat dirinya. Segala persiapan lain diurus umminya di kampung. Sebelah malamnya pula Nurul Ain menyibukkan dirinya dengan membaca buku sebanyak mungkin tentang alam rumah tangga. Buku ‘Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul’ menjadi buku kesukaannya. Walaupun buku itu telah habis dibacanya, namun dia masih rindukan ilmu yang ada di dalam buku itu. Saat membacanya dia merasa cukup terharu. Acap kali air matanya jatuh dengan kisah Qani’ah. Nurul Ain sedar, dirinya tidak mampu menjadi seperti Qani’ah, namun baginya selagi ada niat dan mahu berusaha ke arah kebaikan, insya-Allah, dia pasti dengan pertolongan Allah.
‘Kuatkan hati ini untuk menjadi seperti Qani’ah Ya Allah. Ameen Ya Rabbal Alamin, bisik hatinya’.

کرنامو نورول عين (Bab 6 & Bab 7)


Bab 6

Nurul Ain membelek sampul surat bewarna coklat yang tertera namanya. Sejak akhir-akhir ini sampul surat yang tidak bersetem itu kerap hadir di atas mejanya. Bila ditanya pada guru-guru lain samaada terserempak dengan orang yang meletak sampul surat itu di atas mejanya, pasti mereka mengatakan tidak pernah terlihat. Nurul Ain buntu. Perlahan sampul surat itu dibukanya. Dia pasti kali ini isinya sama seperti surat-surat sebelumnya iaitu mengandungi lirik-lirik nasyid. Lirik-lirik itu semuanya berkisar tentang kekasih dan perkahwinan. Tekaan Nurul Ain tepat.

‘Kamar hatiku sekian lama
Suram dan sepi kekosongan
Aku mencari insan sejati
Tuk menemani hidupku
Adama dan Hawa dicptakanNYA
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati
Ku harap hanya keikhlasan
Dan kurindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan berkekalan berpanjangan
Mengasihimu Dikasihi
Menyayangimu Disayangi
Merindui dan Dirindui
Saling mengerti dihati
Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah didadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan!!!
Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan ditentu Allah Yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku
Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama harungi
Demi Cinta yang Hakiki



Kali ini lagu ‘Kasihku Abadi’ dendangan kumpulan In Team yang diterima olehnya. Hatinya kembali dirundang resah. Nurul Ain hanya mampu bertawakal kepada Allah agar dirinya dilindungi sentiasa. Surat itu dilipat dan dimasukkannya semula ke dalam sampul. Malas memikirkan hal itu Al-Quran di tepi mejanya dibuka. Air wuduknya yang diambil tadi masih belum terbatal. Sementara menunggu kakak iparnya habis mengajar dia ingin membaca surah Yassin bagi mendapat sedikit ketenangan.
Bismillahhirrahmannirrahim…. Yaaaaasssiiinnnn….

Bab 7

‘Kakak, petang tadi ummi telefon Abang long. Ummi suruh kita pulang hujung minggu ni. Ada orang nak masuk merisik kakak kata ummi, ucap abang longnya sewaktu mereka selesai solat isyak berjemaah.
Nurul Ain terkedu dengan info yang baru diterimanya sebentar tadi. Gembira, sedih, terharu, atau teruja, dia sendiri tidak dapat memberi gambaran sebenar hatinya tika berita itu disampaikan kepadanya. Lantas keliru dia mohon diri masuk ke biliknya. Nurul Ain menuju ke meja belajarnya yang terletak di satu sudut bilik. Entah kenapa nama Muhammad Suhaimie menerjah ke mindanya. Dia sendiri keliru dengan perasaan hatinya. Laptopnya yang terbuka sejak dari petang tadi dipandang lesu.
Tok…Tok… Tok… terdengar ketukan dari luar pintu biliknya.
Perlahan Nurul Ain bangun membuka pintu biliknya. Di hadapannya terpacul angah anak buahnya.
‘Ismahli a’la hazal ‘iz’aj. (Maafkan saya kerana mengganggu). Hal anti masyghulun al-aan? (Adakah awak sibuk sekarang?), sambung angah yang berusia 5 tahun dengan pelat.
Hati Nurul Ain dicuit kelucuan melihat telatah anak buahnya. Lantas pipi anak buahnya menjadi sasaran melepaskan geram. Hatinya terasa tenang seketika.
‘Naam ya ustaz Angah. Tafaddal, balas Nurul Ain’.
Dengan senang hati, angah meluru masuk ke biliknya. Nurul Ain tersenyum. Dia lantas ke meja belajarnya semula. Melihat hal itu angah turut mengekorinya dari belakang. Paparan wallpaper di laptopnya menjadi perhatian anak buahnya.
‘Mak cek apa maksud dia?, tanya angah sambil tangan chomelnya menunjukkan perkataan yang ada pada wallpaper di laptopnya.
Nurul Ain tersenyum.
‘Kenapa angah nak tahu?, duga Nurul Ain’.
‘Sebab angah kisahlah, jawabnya pendek’.
Nurul Ain yang mendengar jawapan itu ketawa kecil. Hatinya benar-benar terhibur dengan telatah angah. Terlupa dia seketika pada hal tadi.
‘Love for Allah, maksudnya Cinta adalah untuk Allah, jawab Nurul Ain’.
Angah Cuma mengangguk kecil.
‘Mak cek cinta Allah? Macam mana Mak cek cinta Allah?, tanya angah kembali’.
Nurul Ain terkedu dengan soalan dari angah sebentar tadi. Dia tidak menyangka soalan itu keluar dari mulut kanak-kanak sebesar angah. Sewaku dia sebesar angah dahulu pun soalan itu tidak pernah ada dalam sereberum dan serebelum mindanya.
‘Subahanallah, ucap Nurul Ain perlahan’.
Tiba-tiba pintu diketuk dari luar. Terpacul kakak iparnya di muka pintu.
‘Angah, mari tidur. Esok sekolah, kata kakak iparnya’.
Angah mengangguk kecil. Tangan Nurul Ain dicapainya.
‘Selamat malam Mak cek, Assalamualaikum, kata Angah perlahan’.
‘Waalaikumussalam, balas Nurul Ain’.
Sesudah mereka keluar, Nurul Ain kembali ke meja belajarnya. Persoalan angah sebentar tadi bermain-main di hati dan mindanya.
Love For Allah… Allahu Akbar, bisiknya perlahan’.
Kerana persoalan angah hatinya kembali tenang. Tidak sepatutnya dia mengingati Muhammad Suhaimie. Cinta harus diberikan pada Allah, tidak pada lelaki ajnabi yang tidak halal buatnya.
[i]‘Astaghfirullahadzim, Ampunkan hambamu ini ya Allah, doa Nurul Ain di dalam hatinya’.
Mushaf Al-Quran yang berada di atas mejanya dibuka perlahan. Dia mencari surah Yassin, sesudahnya disusuli dengan surah Rahman dan diakhirinya dengan surah Al-Mulk. Usai peroleh ketenangan, Nurul Ain bangun menuju je bilik air bagi memperbaharui wuduknya. Dia ingin melakukan solat taubat, istikharah dan solat hajat. Tiba-tiba menerjah kerinduan dirinya pada Kholik…….

کرنامو نورول عين (Bab 4 & Bab 5)


Bab 4

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh
Pertama kali menatap surat Nurul tu, mie rasa sebak sangat hingga akhirnya tak mampu menahan air mata dari mengalir membasahi pipi. Jatuhnya air mata itu bukan kerana sedih tetapi kerana gembira dan terharu. Pernah terdetik dalam hati kecil mie suatu ketika dahulu semoga Allah temukan mie dengan seorang perempuan solehah yang hatinya masih berpegang teguh pada agama dan adab. Walaupun itu hanya sekadar bisikan dari hati kecil ini, barangkali itu juga adalah secebis doa yang telah Allah makbulkan untuk mie, siapa tahu kan???
Dalam keadaan sebak dengan air mata yang menitis mie tak boleh nak berkata – kata, namun hati masih mampu dan tak putus–putus mengucapkan syukur pada Allah kerana dipertemukan dengan Nurul, rasa terharu sangat dengan apa yang telah Allah tetapkan untuk mie.
Sebelum mie pergi lebih jauh lagi terlebih dahulu jutaan kemaafan mie pohonkan dari Nurul seandainya kehadiran mie selama ini telah menimbulkan pelbagai keresahan dan ketakutan di hati Nurul, tidak pernah terlintas di hati mie untuk menimbulkan perasaan demikian di hati Nurul namun apa yang berlaku sukar untuk mie tepis.
Nurul…
Terlebih dahulu mie nak ucapkan terima kasih pada Nurul kerana sedikit sebanyak telah mendidik mie untuk lebih memahami apa itu sebenarnya cinta dan kasih sayang yang halal. Pertama kali mengenali Nurul membuatkan hati mie rasa berdebar–debar, mie dapat rasakan hamba Allah yang bernama Nurul Ain ini adalah seorang gadis yang solehah dan masih berpegang teguh pada adab dan agama, ini membuatkan mie ingin lebih mengenali Nurul.
Nurul..
Walaupun lepas ni kita tidak lagi berhubung seperti biasa tapi itu bukan halangan buat mie, mie takkan lupa untuk sentiasa berdoa agar dipermudahkan jodoh antara kita serta dijauhi dari dugaan, semoga Allah memberkati ukhuwah yang terjalin ni dan diakhiri dengan satu ikatan yang sah. Jika Nurul fikir cara ini adalah yang terbaik untuk ukhuwah kita mie sedia untuk mengikutinya, apa yang mie lakukan ini adalah semata–mata kerana mie inginkan keberkatan dalam ukhuwah ini semoga ianya direstui Allah swt.
Mie akan sentiasa berdoa agar Allah tidak membolak balikkan hati mie dari mengingati Nurul, mie akan setia menanti hingga terbuka pintu hati Nurul untuk terima mie, sama2 la kita berdoa ye.. jangan lupa untuk solat hajat, ishtikharah semoga Allah beri petunjuk pada kita dan mie dah pun buat semua tu, insyaAllah mie akan sentiasa lakukan itu semua dalam usaha untuk memohon kerahmatanNya semoga dipertemukan jodoh antara kita. Mie bersyukur pada Allah kerana dipertemukan dengan Nurul Ain yang banyak membimbing Mie dalam mengenal erti sebenar cinta. InsyaAllah mie takkan lupakan segala nasihat yang Nurul berikan tu, semua itu amat bermakna buat mie.
Akhir kata jaga diri, jaga iman dan jaga hati, cukuplah zina hati yang berlaku setakat ni, tak perlu mie ulangi kesilapan yang sama kan. Maafkan mie jika ada kata - kata atau tulisan mie yang menguris hati dan perasaan Nurul. Mie akhiri coretan ni dengan secebis doa yang tak pernah lekang dari mulut mie setiap kali lepas solat, semoga doa ini juga sentiasa bermain di bibir Nurul juga setiap kali menunaikan kewajipan 5 waktu, semoga kita sentiasa berada dibawah naunganNya, insyaAllah…

“ Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatan ku untuk menyintaiMu

Ya Muahaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh
hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar
tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta nafsu

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku
padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu”

Insan kerdil
Muhammad Suhaimie



Untuk kesekian kalinya Nurul Ain membaca surat berbentuk Microsoft word yang diterimanya dari insan bernama Muhammad Suhaimie. Surat itu dihantar melalui emelnya. Lelaki itu dikenalinya di ruang chat room semasa dia masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir satu ketika dahulu. Lelaki itu meminati dirinya. Tidak pernah lelaki itu meminta untuk melihat dirinya. Sebaliknya lelaki itu terus-menerus mahu mengenal hati budi dan pegangan agama yang dimiliki oleh Nurul Ain terlebih dahulu. Tetapi tatkala Lelaki itu menyuarakan hasrat hatinya terhadap Nurul Ain, Nurul Ain tegas menyatakan bercouple bagi lelaki dan perempuan yang belum berkahwin adalah salah di sisi islam dan Nurul Ain meminta lelaki itu melupakan dirinya kerana khuatir tercetus zina hati di hati lelaki itu terhadap dirinya. Bukan Nurul Ain mahu menolak lelaki itu, cuma masa itu mereka masih menuntut di Universiti. Jika boleh Nurul Ain mahu menumpukan sepenuh perhatian pada pelajarannya terlebih dahulu. Pesan ustazah sewaktu dia di bangku Sekolah sentiasa menjadi pegangan hidupnya “Jangan hati kamu diberikan kepada insan yang tidak halal untukmu, kerana takut maksiat yang bakal tercipta, berikan hatimu pada insan yang halal untukmu kelak keberkahan Ilahi menjadi madah saluran kebahagianmu dunia dan akhirat, insyaallah”. Sepertimana Firman Allah dalam surah Al-Isra’:32, Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk’.

Hasil penolakan hubungan itu, surat terakhir dari Muhammad Suhaimie diterimanya. Serentak dengan itu juga, Muhammad Suhaimie menghilangkan dirinya sehingga sekarang.
‘Ya Allah, Seandainya benar dia milikku, maka satukanlah hatinya dengan hatiku. Jika tidak Ya Allah, redhokanlah hatiku, kerana sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang tidak aku ketahui, Amin Ya Rabbal Alamin, Doa Nurul Iman dalam hatinya’.

Bab 5

‘Mak cek, Amin nak pergi kedai buku tu sekejap boleh tak?, tanya Amin kepada Nurul Ain setelah mereka berdua duduk di bangku di dalam pusat membeli belah tersebut’.
‘Boleh, tapi kalau ada orang tak kenal cuba pegang Amin, Amin terus lari dekat Mak cek yea. Mak cek tunggu Amin dekat sini. Jangan lama-lama tau, jawab Nurul Ain sambil tersenyum’.
‘Naaaaaaammmmmm… jawab Amin panjang sambil berlari ke arah kedai buku di hadapannya’.
Nurul Ain cuma tersenyum memerhatikan gelagat anak buahnya itu.
Tiba-tiba datang seorang anak kecil didalam lingkungan 10 tahun mendekatinya, “Assalamualaikum kak, sapa anak kecil itu”.
“Waalaikumussalam, balas Nurul Ain sambil menghadiahkan sebuah senyuman kepada anak kecil dihadapannya itu”.
“Kak, akak nak beli kismis ni tak? Murah je kak, satu seringgit, bicara anak kecil itu”.
Petahnya dia bercakap, Nurul Ain terharu melihatkan keadaan anak kecil itu, timbul rasa kasihan yang amat sangat. Nurul Ain mengeluarkan not RM10 dan menghulurkan kepada anak kecil itu.
“Akak nak beli berapa ni? 10 kotak ke kak?, tanya anak kecil itu sambil menunjukkan kotak-kotak kismis yang berada didalam beg galasnya”.
“Tidak. Akak tak nak kismis tu, akak ikhlas bagi duit ni, ambillah, bicara Nurul Ain sambil tersenyum”.
Tanpa mengucapkan terima kasih anak kecil itu terus berlalu begitu sahaja, Nurul Ain memerhatikannya sehinggalah anak kecil itu keluar di kaki lima pusat membeli belah tersebut. Tanpa disangka anak kecil itu memberikan duit tersebut kepada peminta sedekah yang berada di situ. Nurul Ain begitu terkejut dengan tindakan tersebut, tapi dia diamkan sahaja mungkin itu ayahnya. Nurul Ain cuma tersenyum memerhatikan gelagat anak kecil itu.
‘Mak cek pandang siapa tu? tanya Amin tiba-tiba’.
Hampir terlepas buku yang berada di tangan Nurul Ain kerana terkejut dengan kedatangan Amin yang secara mengejut di sisinya. Pipi Amin ditariknya lembut.
‘Terkejut Mak cek tau. Lain kali bagi salam dulu. Kalau Mak cek pengsan tadi macam mana?, jawab Nurul Ain’.
Amin Cuma menjilirkan lidahnya.
‘Sowie… balas Amin pendek’.
Nurul Ain ketawa kecil melihat muka anak buahnya yang comel itu. Mereka kemudiannya bangun untuk pulang ke rumah. Semasa di tempat meletak kereta, Nurul Ain melihat anak kecil yang menjual kismis duduk di bangku yang berada di situ dengan muka sedih. Perlahan Nurul Ain menghampiri anak kecil itu.
“Banyak dah dapat jual? tanya Nurul Ain sambil menghadiahkan sebuah senyuman kepada anak kecil itu”.
“Baru 2 kotak kak. Adik cuma ada RM2 je kat tangan ni, balas anak kecil itu perlahan”.
“Duit yang akak bagi tadi kan ada?, Jadi sepuluh ringgit tambah dengan dua ringgit semuanya dua belas ringgitlah. Tak gitu? balas Nurul Ain kembali”.
“Oh! Itu saya dah sedekahkan pada pakcik tu, balasnya sambil menunjukkan kepada pak cik peminta sedekah yang berada tidak jauh dari mereka”.
“Pakcik?? terkejut Nurul Ain mendengar jawapan tersebut”.
“Jadi dia bukan ayah adik ke?, tanya Nurul Ain ingin tahu”.
“Bukanlah kak, ayah saya dah lama meninggal dunia, balasnya sambil tersenyum”.
“Habis kenapa adik bagi duit tu pada pakcik tadi, akak bagi kat adik, tanya Nurul Ain meminta kepastian”.
“Maaflah kak. Akak bukan beli kismis saya. Mak saya pesan kalau orang bagi sedekah jangan ambil, dia kata saya kuat lagi, saya bukan cacat macam pakcik tu. Nanti mak marah bila dia lihat saya ada duit RM10, tapi kismis ni tak habis pun dijual. Tapi akak jangan risau sebab saya kata kat pakcik tu tadi yang akak bagi sedekah pada dia. Jadi, Insyaallah, kalau akak ikhlas, pasti Allah bagi akak ganjarannya di akhirat sana, terang anak kecil itu panjang lebar”.
YA ALLAH!!, terkejut Nurul Ain mendengar ucapan yang panjang lebar dari anak sekecil itu. Tanpa semena-mena air mata Nurul Ain mengalir dan tanpa disangka dipeluknya anak kecil dihadapannya itu.
‘Kak, apa ni kak?, bicara anak kecil itu yang terkejut dengan tindakan Nurul Ain yang tiba-tiba memeluknya tanpa dia mengetahui sebabnya’.
‘Maafkan akak ye dik, menyedari tindakannya yang secara spontan itu, segera Nurul Ain meleraikan pelukannya’.
‘Baiklah berapa kotak kismis yang adik ada lagi?, sambung Nurul Ain’.
‘Ada 20 kotak lagi kak, jawabnya’.
‘Bungkuskan semua akak nak, balas Nurul Ain’.
‘Betul ke ni kak? Dan dengan senyuman yang lebar segera dia membungkuskan kismis tersebut ke dalam plastik dan memberikannya pada Nurul Ain’.
Kali ini Nurul Ain menerima ucapan terima kasih daripada anak kecil tersebut.
Amin yang memerhatikan dari tadi turut menitiskan air mata, tapi cepat-cepat dikesatnya. Betapa dia jugak kagum dengan anak kecil seperti itu.
Sepanjang perjalanan Nurul Ain asyik memikirkan anak kecil itu, siapalah ibunya? Pandai mendidik dan mengatur jiwa muda sekecil itu, walaupun baru berusia 10 tahun tapi begitu teguh pada pesanan ibunya.

Ya Allah, andai diri ini berkahwin kelak dan dikurniakan ulama(anak) biarlah ia jadi seperti anak kecil tadi yang patuh pada pesanan dan ajaran ibunya serta pada-MU YA ALLAH, doa Nurul Ain didalam hatinya’.

Friday, October 8, 2010

(Bab 3) کرنامو نورول عين


Bab 3

‘Ustazah, tengok Haikal, dia kacau saya, jerit Muhammad’.
Nurul Ain yang ketika itu sedang menulis sesuatu di papan putih berpaling ke arah Muhammad. Dia kemudiannya berjalan menuju ke tempat Haikal yang berada di sebelah Muhammad. Nurul Ain membisikkan sesuatu kepada Haikal. Tanpa semena-mena wajah Haikal pucat dan terus menyalin nota Agama Islam di papan putih. Muhammad yang berada di sebelah Haikal kehairanan melihat wajah pucat Haikal, malah seluruh pelajar kelas darjah 5 Ibnu Sina turut berpandangan antara satu sama lain. Nurul Ain cuma tesenyum, dia kemudiannya ke hadapan menghabiskan nota yang ditulisnya di papan putih. Selesai pelajarnya habis menyalin nota, Nurul Ain membuat satu pengumuman di hadapan kelas.

‘Hari ni Haikal nak mengucapkan sesuatu pada kita semua. Silakan Haikal, umum Nurul Ain di hadapan kelas’.

Haikal tunduk. Lama masa yang diambilnya untuk bangun.

‘Haikal…. Haikal… Muhammad Haikal, ulang Nurul Ain’.

Perlahan Haikal bangun. Dia menghadapkan badannya ke arah Muhammad sambil menghulurkan tangannya.

‘Aku… Aku.. Aku mintak maaf Muhammad. Aku tak akan ganggu kau lagi. Maafkan aku, kata Haikal dan didengari oleh seluruh kelas darjah 5 Ibnu Sina. Muhammad yang sememangnya seorang murid yang baik dan pemaaf menyambut huluran tangan kemaafan dari Haikal. Serentak dengan itu seluruh kelas bertepuk tangan di atas situasi tadi, seolah-olah meraikan kemenangan 2 musuh yang tidak jadi berperang. Nurul Ain tersenyum. ‘Alhamdulillah, bisiknya perlahan di dalam hati’.

Krriiiinnnnggggg… Loceng waktu rehat berbunyi… Setelah memberi salam Nurul Ain keluar disusuli oleh pelajarnya dengan tujuan suci bagi melaksanakan tuntutan perut iaitu makan tengahari…

‘Apa ustazah Nurul bisik kat engkau tadi, tanya Muhammad sewaktu mereka duduk di tepi padang sambil makan bekalan masing-masing’.
‘Haah.. Apa Ustazah Nurul kata tadi?, ulang Faris.
Rakan-rakan sekelasnya yang lain turut mengiyakan pertanyaan 2 orang sahabatnya tadi. Wajah Haikal berubah. Dia menghabiskan makanan yang berada di dalam mulutnya. Kawan-kawan yang berada di sekelilingnya setia menanti butir bicara dari Haikal.
‘Ustazah kata, Allah memakbulkan doa orang yang di zalimi. Tadi aku dah kira menzalimi Muhammad. Ustazah kata nanti engkau doakan aku tak dapat nombor satu masa peperiksaan nanti. Kalau kau doa macam tu, nanti aku tak dapatlah ‘Play station’ dari ayah aku. Ayah aku janji nak bagi ‘Play Station’ pada aku, kalau aku dapat nombor satu’.
‘Hah!!.. Betul ke? Alamak!! aku selalu buat jahat kat adik aku. Kira aku dah menzalimi
dialah. Habis lah aku, kata Faris tiba-tiba’.
‘Jadi kenalah mintak maaf cepat, sampuk Nurul Ain dari belakang’.
Semua pelajarnya terkejut dengan kedatangan Nurul Ain. Nurul Ain cuma tersenyum.
Semua pelajarnya tersengih menyambut kedatangan Nurul Ain di situ.
‘Jika buat salah, kenalah mintak maaf. Kalau tiba-tiba kita meninggal dunia tanpa sempat mintak maaf, dan orang itu tak maafkan kita sampai kiamat, kita dikira berdosa. Sama juga dengan menzalimi orang lain. Allah tak suka perbuatan itu. Nabi Muhammad pernah berpesan ‘Dan takutlah engkau dengan doa-doa orang yang dizalimi, sebab antara doa itu dengan Allah tidak ada hijab yang menghalang, (Riwayat Bukhari dan Muslim), terang Nurul Ain panjang lebar’.
Kesemua pelajarnya terdiam. Mereka seolah-olah sedang menghadam setiap butir bicara dari Nurul Ain.
‘Tapi sungguhpun Allah memakbulkan doa orang yang di zalimi, jangan pula bila kita dizalimi kita mendoakan yang bukan-bukan untuk orang yang menzalimi kita. Lebih baik kita maafkan, Allah akan sayang, sepertimana firman Allah dalam Surah Ali Imran, ayat 132 ‘Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan, sambung Nurul Ain lagi’.
‘Jadi kenapa Ustazah kata Muhammad doakan yang saya tidak akan dapat nombor satu, aju Haikal tiba-tiba’.
Nurul Ain tersenyum.
‘Sebab cikgu kenal Muhammad. Dia seorang yang pemaaf. Jadi cikgu sengaja ugut Haikal begitu, balas Nurul Ain’.
‘Betul kau tak doakan aku tak dapat nombor satu tadi?, tanya Haikal’.
Muhammad cuma mengangguk kecil.
‘Mana Ustazah tahu ayah saya nak bagi saya ‘Play Station’ kalau saya dapat nombor satu, tanya Haikal kehairanan’.
‘Ibu awak yang beritahu Ustazah. Ustazah pernah berbual dengan ibu awak, terang Nurul Ain’.
Haikal tunduk sambil tersenyum malu. Kawan-kawannya yang lain turut ketawa kecil melihat telatah Haikal.

(Bab 2) کرنامو نورول عين



Bab 2

Allahu Akbar…. Allahu Akbar…

Laungan azan di masjid berdekatan mematikan lamunan Nurul Ain.
Nurul Ain beristighfar perlahan. Selesai azan berkumandang dia berselawat ke atas Nabi hingga selawat Ibrahimiyyah (selawat ke atas nabi Ibrahim seperti di dalam tahiyat akhir). Memang itu menjadi amalan Nurul Ain. Pesan abang longnya tersemat di hatinya. Kata abang longnya Sunnah itu jika diamalkan, Allah akan berselawat dan mendoakan kesejahteraan ke atasnya sebanyak sepuluh kali. Maksud Allah berselawat ke atasnya adalah memujinya di kalangan para Malaikat. Setelah itu, dia lantas menuju ke bilik air. Dia perlu menyiapkan diri. Sebentar lagi dia perlu ke bilik solat. Selalunya hujung minggu sebegitu abang longnya akan mengimamkan solat maghrib di rumah. Berbeza dengan hari biasa, abang longnya akan ke surau membawa anak-anak lelakinya solat berjemaah di sana. Selesai maghrib abang longnya menyampaikan sedikit tazkirah sehinggalah azan Isyak berkumandang. Selesai solat isyak berjemaah, Nurul Ain masuk ke biliknya semula. Sudah sebulan dia tinggal di rumah Abang longnya itu. Jika bukan kerana mendapat tawaran menjadi Guru Ganti di Sekolah Rendah tempat kakak iparnya mengajar, tidak mungkin dia akan tinggal di rumah abang longnya itu. Nurul Ain lebih selesa berada di kampung, menemani umminya. Sejak ayahnya meninggal umminya tinggal seorang diri di sana. Nurul Ain manja dengan umminya. Namun tuntutan hidup membuatkan dia akur. Hampir setahun dia menganggur setelah dia menamatkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar, Mesir. Walaupun bidang yang diceburinya berlainan dengan pekerjaannya sekarang tapi kata-kata umminya sentiasa menjadi pendorong dan penawar dihatinya. Masih dia ingat lagi peristiwa sebelum dia terpaksa ke rumah abang longnya di Selangor.

‘Ada apa-apa yang tinggal lagi, sapa Umminya.
Nurul Ain tidak menjawab. Hatinya merajuk kerana umminya memaksa dia ke rumah abang longnya untuk menerima tawaran menjadi Guru Ganti. Sememangnya Nurul Ain tidak berminat untuk menjadi seorang Guru. Umminya Cuma tersenyum melihat perihal Nurul Ain. Sedikitpun umminya tidak terasa dengan protes dari Nurul Ain. Umminya mengatur bicaranya lagi.
‘Ingat ummi masa kakak kecil dulu. Arwah ayah selalu kata, kakak ada bakat jadi guru, sambung umminya bagi menarik perhatian Nurul Ain’.
‘Ummi.., balas Nurul Ain perlahan’.
Puan Jamaliah cuma tersenyum. Dia sendiri sukar melepaskan anak tunggal perempuannya itu untuk bekerja berjauhan darinya. Namun dia sedar Nurul Ain perlu berdikari, perlu kenal erti hidup, dan perlu belajar erti pengalaman. Puan Jamaliah menyambung semula bicaranya.
‘Jangan begini kakak. Tak ingat pesan Rasulullah, ‘Orang yang mengajar orang lain akan mendapat kebaikan, seluruh makhluk Allah termasuk ikan di laut memohon keampunan Allah untukknya (Dilaporkan oleh Said Bin Jubait). Kakak tak mahu dapat kebaikan itu?, terang umminya lembut’.
Nurul Ain memeluk umminya dengan erat. Air matanya megalir lebat. Bagi Nurul Ain, umminya memang pandai memujuk qalbunya. Kata-kata umminya penuh hikmah dan sentiasa menjadi penyejuk hatinya. Sejak dari dia kecil, umminya tidak pernah meninggikan suara terhadap dia dan adik-beradiknya. Nakal mana pun, umminya cuma tersenyum sambil berbicara lembut untuk membetulkan kenakalan mereka adik-beradik. Nurul Ain syukuri nikmat Allah padanya kerana dikurniakan seorang ummi seperti Puan Jamaliah.


Malam itu Nurul Ain tidur bertemankan kerinduan pada umminya di kampung. Kain batik umminya menjadi selimut pengubat rindu dihatinya…

Thursday, October 7, 2010

(Bab 1) کرنامو نورول عين



Bab 1

‘Asyik-asyik abang je yang kena marah, rungut Amin seorang diri’.

Nurul Ain yang kebetulan ada di situ tersenyum mendengar rungutan anak buahnya yang berusia 12 tahun itu. Perlahan Nurul Ain datang mendekati Amin yang sedang duduk di ruang tamu. Nurul Ain duduk di sebelah anak sulung abang longnya itu.

Nurul Ain memulakan bicaranya, ‘Amin tahu Nabi Muhammad berpesan:
‘Bukan dari kalangan umatku yang sempurna, orang yang tidak mengasihi yang kecil dari kalangan kami dan tidak mengenal kemuliaan orang yang lebih tua di kalangan kami.
(Direkodkan oleh Abu Daud dan Tirmizi)


‘Amin tak faham. Boleh mak cek terangkan? tanya Amin kepada Nurul Ain’.
Nurul Ain tersenyum. Dia berjaya menarik perhatian Amin. Amin memang begitu. Mindanya selalu terbuka ingin belajar ilmu yang baru.
‘Maksudnya Rasulullah suruh kita menyayangi orang yang lebih muda dari kita dan menghormati orang yang lebih tua dari kita, terang Nurul Ain’.
‘Jadi?, soal Amin’.
‘Perkara yang abang rungutkan tadi. Tak ingat?, soal Nurul Ain menduga’.
‘Tapi salah angah, bukan salah abang. Sebab angah, abang kena marah dengan ummi’.
‘Jadinya… Boleh abang kaitkan apa yang mak cek katakan tadi’, balas Nurul Ain lembut’.
‘Pesanan Rasulullah???, soalnya’.
Nurul Ain cuma tersenyum. Dia tahu Amin sedang cuba menggabungkan ilmu yang diterimanya dengan sikapnya terhadap angah sebentar tadi. Setelah lama terdiam baru Amin bersuara semula.
‘Perlu kasihi angah…, ucapnya perlahan’.
‘Anta Syatir…, balas Nurul Ain’.
Amin cuma tersengih mendengar pujian dari mak ceknya itu. Amin kemudian bangun dari tempat duduknya.
‘Nak ke mana tu?, tanya Nurul Ain’.
‘Nak Minta maaf pada angah, bisiknya perlahan’.
Nurul Ain cuma menghantar Amin dengan pandangan matanya sahaja. Hatinya berasa kagum dengan anak buahnya yang seorang itu. Cepat dan mudah menerima orangnya.

‘Mungkin inilah kesan ulama(anak) hasil didikan Al-Quran. Ya Allah, andai kelak diri ini dikurniakan ulama, Moga dia menjadi ulama yang soleh dan solehah, Amin ya Rabbal Alamin, bisik hati kecil Nurul Ain’.
 

MuTiArA HiKMaH..

BiLa 2 dIrI MeNcinTai iLaHi
BeRgAbUnGLAh jiwA BeRsAtULAh hAti.
2 jiwA SaTu cinTa
2 jAsAd sAtU MaTlAmAt
biLA CiNtA KeRaNa ALLAH
bErPiSaHnYa tDk gELisAh
biLA RinDu kErNa yG SaTu
BeRtEmUnYa pAsTi tAk jEmU
UkHUWaH ItU InDaH BiLa bErTeMu&BeRpisAh kErAnA ALLAH

QUITE MOMENT

KiNdNeSs iS A LaNgUaGe tHe dUmB CaN SpEAk AnD ThE DeAf cAn hEaR AnD UnDeRstaNd......... No oNe's painT ThEiR DrEaMS On mE........ sOmEWhErE sOmEoNe'S iS DrEaMiNg....... tHeRe's a lYiNg iN YoUr siLeNcE...... tHe bEgInNiNg iS ThE EnD iS ThE BeGiNniNg..... HoW CoMe, hOw lOnG?...... tElLiNg ridDLeS In tHe dArK...... SpeEdInG Up tO SlOw dOwN..... rEaChInG fOr a hAnD ThAt cAn uNdErStAnD, sOmEoNe WhO FeELs ThE SaMe....... LoVeS&LiVeS - SoMEoNe oWeZ GeT HuRt iN It...

MuTiArA HiKmAh...

DuNiA TEmPaT KiTa mEnYeMaI
AkHiRaT NaNtI TeMpAt kItA MenUai
beRiBaDaHLAh bagAi KiTa aKaN MaTi eSoK HaRi.
kEraNa iTuLaH MaTLAmAt kItA DiJaDiKaN.
dariNYA kIta dAtAnG kepadaNYA kItA PaStI PuLaNg
NaMuN BeKeRjAlAh sEoLaH-OlAh kItA KaN HiDuP SeRiBu tAhUn lAgI
DeMi kEcEmErLaNgAn dIrI DaN PeWaRiS GeNeRaSi naNtI
tAbUrLaH BaKtI SebaNyAk-bAnYaKNyA KpD InSaN
kErAnA GaNjArAn kEbAiKaN PeNuH KeMaNiSaN