Social Icons

Friday, June 25, 2010

سورت سايڠ دري الله


Saat kau bangun pagi, AKU memandangmu, dan berharap engkau akan berbicara kepadaKU, walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau bersyukur kepadaKU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kelmarin……Tetapi aku melihatmu begitu sibuk mempersiapkan diri untuk bekerja…..

AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU tahu akan ada sedikit masa waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu sibuk……. Di satu tempat, engkau duduk di sebuah kerusi selama lima belas minit tanpa melakukan apa-apa. Kemudian AKU melihat engkau menggerak-gerakkan kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara kepadaKU tetapi engkau berlari ke telefon dan menghubugi seorang teman untuk mendengarkan khabar terbarunya. AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu AKU berfkir engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU.

Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu. Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut sebelum menyantap rezeki yang AKU berikan, tetapi engkau tidak melakukannya……..masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau akan berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau pulang kerumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau kerjakan.

Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan tv, engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari didepannya, tanpa memikirkan apa-apapun dan hanya menikmati acara yang ditampilkan. Kembali AKU menati dengan sabar saat engkau menonton tv dan menikmati makananmu, tetapi kembali kau tidak berbicara kepadaKU……. Saat tidur, KU fakir kau merasa terlalu lelah. Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ketempat tidur dan tertidur tanpa sepatahpun namaKU kau sebut. Engkau menyedari bahawa AKU selalu hadir untukmu. AKu telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari. AKU bahkan ingin mengajarmu bagaimana berrsabar terhadap orang lain. AKU sangat menyayangimu, Setiap hari aku menanti sepatah kata, do’a fikiran atau syukur dari hatimu.

Keesokan harinya……..engkau bangun kembali dan kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahawa hari ini kau akan memberikan sedikit waktu untuk menyapaKU…….
TAPI YANG KU TUNGGU……..tak kunjung tiba…….tak juga kau menyapaKU. Subuh…zuhur…asar….maghrib….isya’…dan subuh…rasa, tak ada harapan dan keinginan bagimu untuk kau sujud kepadaKU….. APA SALAHKU PADAMU…….WAHAI HAMBAKU?????? Rezeki yang KUlimpahkan , kesihatan yang KU berikan, harta yang KUrelakan, makanan yang KU hidangkan, anak-anak yang KU rahmatkan, apakah hal itu tidak membuatkan ingat kepadaKU…….!!!!!!!!PERCAYALAH….AKU selalu mengasihimu, dan AKU tetap berharap suatu saat engkau akan menyapaKU, memohon perlindunganKU, bersujud menghadapKU……..Yang selalu menyertaimu setiap saat……NOTE: apakah kita memiliki ckup waktu untuk mengirimkan surat ini kepada orang-orang yang kita sayang????? Untuk semata………….dan bersyukurlah kita kepadaNYA, SELAGI PINTU KASIH INI MASIH TERBUKA………

Tuesday, June 22, 2010

بولن-بولن اسلام

رجب بولن منابور بنيه.
شا\ءابن بولن مڽيرام تانمن.
رمضان بولن منواي.

رجب مڽوچيکان بادنڽ.
شا\ءابن مڽوچيکان هاتيڽ.
رمضان مڽوچيکان روحڽ.

رجب بولن توبة.
شا\ءابن بولن موهيببه.
رمضان دليمڤاهي ڤاهلا عمالن.

تذکرة دري سأورڠ صحابة


Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia, ia telalu mulia. Kalau begitu, adakah cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru, bukankah mereka ini semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!

WARKAH BUAT HAWA...
HAWA , andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA, andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu, ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

HAWA, lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya, lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki, tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya, lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA, cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki.. TUNDUKKAN PANDANGANMU… WASSALAM WBT…
 

MuTiArA HiKMaH..

BiLa 2 dIrI MeNcinTai iLaHi
BeRgAbUnGLAh jiwA BeRsAtULAh hAti.
2 jiwA SaTu cinTa
2 jAsAd sAtU MaTlAmAt
biLA CiNtA KeRaNa ALLAH
bErPiSaHnYa tDk gELisAh
biLA RinDu kErNa yG SaTu
BeRtEmUnYa pAsTi tAk jEmU
UkHUWaH ItU InDaH BiLa bErTeMu&BeRpisAh kErAnA ALLAH

QUITE MOMENT

KiNdNeSs iS A LaNgUaGe tHe dUmB CaN SpEAk AnD ThE DeAf cAn hEaR AnD UnDeRstaNd......... No oNe's painT ThEiR DrEaMS On mE........ sOmEWhErE sOmEoNe'S iS DrEaMiNg....... tHeRe's a lYiNg iN YoUr siLeNcE...... tHe bEgInNiNg iS ThE EnD iS ThE BeGiNniNg..... HoW CoMe, hOw lOnG?...... tElLiNg ridDLeS In tHe dArK...... SpeEdInG Up tO SlOw dOwN..... rEaChInG fOr a hAnD ThAt cAn uNdErStAnD, sOmEoNe WhO FeELs ThE SaMe....... LoVeS&LiVeS - SoMEoNe oWeZ GeT HuRt iN It...

MuTiArA HiKmAh...

DuNiA TEmPaT KiTa mEnYeMaI
AkHiRaT NaNtI TeMpAt kItA MenUai
beRiBaDaHLAh bagAi KiTa aKaN MaTi eSoK HaRi.
kEraNa iTuLaH MaTLAmAt kItA DiJaDiKaN.
dariNYA kIta dAtAnG kepadaNYA kItA PaStI PuLaNg
NaMuN BeKeRjAlAh sEoLaH-OlAh kItA KaN HiDuP SeRiBu tAhUn lAgI
DeMi kEcEmErLaNgAn dIrI DaN PeWaRiS GeNeRaSi naNtI
tAbUrLaH BaKtI SebaNyAk-bAnYaKNyA KpD InSaN
kErAnA GaNjArAn kEbAiKaN PeNuH KeMaNiSaN