Social Icons

Friday, August 3, 2012

Ketika Hidupku Tertekan
Mengaburi Pedoman
Kepada-Nya Akan Ku Pergi
Untuk Mencari Bimbingan
Ku Serah Takdir di Tangan-Nya
Mengukir Perjalanan
Walau Ujian Hidup Melanda
Ku tabah Menerima Kerana
Walaupun Tak DiKurnia Kemasyuran
Walaupun Tak DiLimpah Kemewahan
Hatiku Tetap Akan Memuji
Namu Mu Selalu Ya Rabbi
Walaupun Tak Diberi Kemakmuran
Akan ku Memanjangkan Kesabaran
Ku tetap syukur Pada Ilahi
Kerana Mengurniakan Nyawa Ini
Ku Serah Takdir di Tangan-Nya
Mengukir Perjalanan
Walau Ujian Hidup Melanda
Ku tabah Menerima Kerana
Dia Di Hati Selalu
Memberikanku Petunjuk
Apabila Pemandagan Samar
Biarpun Hidup Digoda
Ujian dan Pancaroba
Pasti Ada Hikmah Di Akhirnya
Walaupun Tak DiKurnia Kemasyuran
Walaupun Tak DiLimpah Kemewahan
Hatiku Tetap Akan Memuji
Namu Mu Selalu Ya Rabbi
Walaupun Tak Diberi Kemakmuran
Akan ku Memanjangkan Kesabaran
Ku tetap syukur Pada Ilahi
Kerana Mengurniakan Nyawa Ini

Mohammad Iman yang berumur 10 tahun itu khusyuk menghayati setiap baris lirik ‘Ujian Hidup’ oleh Imam Muda di laptop maksunya. Hatinya merasa terkesan dengan lirik yang tertera di skrin video lagu tersebut…

‘Assalamualaikum, sapa Nurul Iman dari belakang’.

Mohammad Iman yang sedikit terkejut sekadar tersenyum sambil menjawab salam maksunya perlahan.

‘Waalaikumussalam’….

Nurul Iman duduk bersebelahan anak buahnya itu. Dia kembali menanda buku latihan pelajarnya. Sementara Mohammad Iman masih lagi khusyuk mendengar lagu Imam Muda tersebut. Berkali dia mengulang semula lagu itu supaya sentiasa bermain di ‘real Player’. Nurul Iman sekadar tersenyum melihat telatah anak sulung abanglongnya itu. 

‘Mak su macam mana kita nak sentiasa berada dalam Mujahadah?, aju Mohammad Iman tiba-tiba’.

Nurul Iman terkesima dengan soalan yang lahir dari mulut anak buahnya itu. Dia terkedu kerana tidak menyangka soalan itu telah ada dalam sereberum anak semuda Mohammad Iman. 

‘Subahanallah.. ucap Nurul Iman dalam hatinya sebagai tanda kekagumannya kepada Allah yang memberi ilham dari akal sejengkal itu kepada Mohammad Iman.

‘Mana Iman belajar perkataan Mujahadah ni? Iman tahu apa maksud Mujahadah, aju Nurul Iman tanpa terlebih dahulu menjawab soalan anak buahnya itu.

‘Di Masjid… Ustaz yang beri tazkirah setiap kami selesai solat tu yang selalu bercakap tentang Mujahadah maksu. Maksud dia Iman tak tahu.. Tapi Ustaz selalu kata marilah kita bermujahadah, jawab Mohammad Iman jujur’.

Nurul Iman sekadar tersenyum..

‘Mujahadah berasal daripada perkataan jihad. Ertinya berjuang bersungguh-sungguh dengan penuh kegigihan atau kata lain ialah Jalan Menuju Allah. Soal bagaimana untuk kita sentiasa berada dalam Mujahadah bukanlah sesuatu yang mudah.. Iman terpaksa berperang dengan musuh yang sentiasa berada dalam diri Iman sendiri, terang Nurul Iman lembut’.
‘Musuh??? Siapa musuh Iman maksu?, aju Mohammad Iman kehairanan’.

‘Bukan musuh Iman sahaja, tapi musuh semua orang iaitu Syaitan, sepertimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan mempengaruhi lintasan hati anak Adam dan malaikat juga mempunyai pengaruh. Pengaruh syaitan ialah mengilhamkan manusia supaya melakukan kejahatan dan membantah kebenaran. Adapun lintasan malaikat ialah mengilhamkannya melakukan kebajikan dan membenarkan kebenaran.” (Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Al-Nasa’I dan Ibnu Hibban) dan hawa nafsu, yang mana diriwayatkan melalui Imam Shâdiq bahwa Rasulullah saw bersabda: “Waspadalah terhadap hawa nafsu kalian sebagaimana kamu sekalian waspada terhadap musuh. Tiada yang lebih pantang bagi manusia daripada mengikuti hawa, nafsu dan ketergelinciran lidah yang tak bertulang. Imam Shâdiq as juga berkata: “Janganlah kalian biarkan jiwa bersanding bersama hawa nafsu. Kerana, hawa nafsu pasti (membawa) kehinaan bagi jiwamu, sambung Nurul Iman’.

‘Iman rasa Iman mampu tak untuk pergi bermujahadah?, duga Nurul Iman’.

‘Insyaallah, maksu… Tapi maksu boleh bantu Iman kan? Jawab Mohammad Iman’.

Nurul Iman sekadar mengangguk kecil sambil tersenyum. 

‘Bantu kami agar sentiasa Istiqamah dijalan-MU ya Allah, doa Nurul Iman dalam hatinya’.

0 comments:

Post a Comment

 

MuTiArA HiKMaH..

BiLa 2 dIrI MeNcinTai iLaHi
BeRgAbUnGLAh jiwA BeRsAtULAh hAti.
2 jiwA SaTu cinTa
2 jAsAd sAtU MaTlAmAt
biLA CiNtA KeRaNa ALLAH
bErPiSaHnYa tDk gELisAh
biLA RinDu kErNa yG SaTu
BeRtEmUnYa pAsTi tAk jEmU
UkHUWaH ItU InDaH BiLa bErTeMu&BeRpisAh kErAnA ALLAH

QUITE MOMENT

KiNdNeSs iS A LaNgUaGe tHe dUmB CaN SpEAk AnD ThE DeAf cAn hEaR AnD UnDeRstaNd......... No oNe's painT ThEiR DrEaMS On mE........ sOmEWhErE sOmEoNe'S iS DrEaMiNg....... tHeRe's a lYiNg iN YoUr siLeNcE...... tHe bEgInNiNg iS ThE EnD iS ThE BeGiNniNg..... HoW CoMe, hOw lOnG?...... tElLiNg ridDLeS In tHe dArK...... SpeEdInG Up tO SlOw dOwN..... rEaChInG fOr a hAnD ThAt cAn uNdErStAnD, sOmEoNe WhO FeELs ThE SaMe....... LoVeS&LiVeS - SoMEoNe oWeZ GeT HuRt iN It...

MuTiArA HiKmAh...

DuNiA TEmPaT KiTa mEnYeMaI
AkHiRaT NaNtI TeMpAt kItA MenUai
beRiBaDaHLAh bagAi KiTa aKaN MaTi eSoK HaRi.
kEraNa iTuLaH MaTLAmAt kItA DiJaDiKaN.
dariNYA kIta dAtAnG kepadaNYA kItA PaStI PuLaNg
NaMuN BeKeRjAlAh sEoLaH-OlAh kItA KaN HiDuP SeRiBu tAhUn lAgI
DeMi kEcEmErLaNgAn dIrI DaN PeWaRiS GeNeRaSi naNtI
tAbUrLaH BaKtI SebaNyAk-bAnYaKNyA KpD InSaN
kErAnA GaNjArAn kEbAiKaN PeNuH KeMaNiSaN