Social Icons

Saturday, January 7, 2012

جاڠن ممبذير



Nurul Iman seronok melihat dua orang anak buahnya itu berselera makan ayam goreng yang dimasaknya tadi. Memang itulah kegemaran mereka dua beradik. Nurul Iman sekadar tersenyum. Dia kemudiannya bangun untuk membasuh pinggan di sinki.

Tiba-tiba ayam Aman jatuh ke lantai. Aman tidak mempedulikan ayam yang jatuh itu. Dia lantas mengambil ayam baru yang berada di hadapannya. Melihatkan hal itu, Amin selaku abang long mengutip ayam yang jatuh, meniupnya semula dan meletakkan di pinggan miliknya.

‘Eeee.. ayam dah kotor lah. Mana boleh ambil balik, ucap Aman kepada abang longnya itu’.

‘Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Bermaksud, Jika makanan salah seorang daripada kamu jatuh (ke atas tanah), Maka kutiplah makanan itu, bersihkan dan makanlah makanan itu. Tiada yang tahu di mana keberkatan itu, ucap Amin selamba sambil meneruskan makan’.

Nurul Iman yang mendengar hal itu tersenyum.

‘Aman tahu, Rasulullah menjelaskan kepada kita, terdapat keberkatan pada cebisan makanan yang jatuh daripada makana kita. Nak dengar cerita tak?, aju Nurul Iman’.

‘Nak, jawab keduanya serentak’.

‘Pernah satu ketika Baginda Nabi Muhammad S.A.W masuk ke rumah Aisyah R.A. Baginda terlihat sisa roti di atas lantai. Lalu baginda kutipnya, menyapu dan memakannya. Baginda berkata kepada Aisyah, Peliharalah nikmat kerana apabila dia keluar dia takkan masuk. Dan dalam surah Al Isra’ 17:27 Allah S.W.T berfirman, maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, terang Nurul Iman sambil tersenyum’.

Aman dan Amin turut sama tersenyum.

‘Lepas ni Aman janji takkan membazir lagi, ucap Aman perlahan’.

‘Hari tu kan Mak Lang, cikgu sains abang ajar, kalau lalat jatuh dan mati dalam makanan kita yang berkuah.. kita mesti rendam balik lalat tu sebab sebelah sayap lalat itu adalah racun tapi sebelah lagi ialah penawarnya. Ini terbukti dalam sains sebab mikroorganisma yang ada pada bahagian ketiga dari tubuh lalat, iaitu pada bahagian perut dan ke bawah. Sebab itulah kita kena rendam balik lalat tadi sebab mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan inilah yang dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini tadi dan sekaligus menjadi penawar semula. Jadi lepas ni janganlah panik kalau lalat masuk dalam makanan kita, terang Amin dengan panjang lebar’.

‘Abang tahu sebenarnya hal itu dah lama diberitahu oleh Rasulullah. Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat. Macam mana, hebat tak Rasulullah?, tak payah susah payah buat eksperimen kan? balas Nurul Iman sambil tersenyum’.

‘Subahanallah, ucap kedua-dua anak buahnya itu sebagai tanda kagum dengan akal yang dikurniakan oleh Allah kepada Nabi Muhammad’.

0 comments:

Post a Comment

 

MuTiArA HiKMaH..

BiLa 2 dIrI MeNcinTai iLaHi
BeRgAbUnGLAh jiwA BeRsAtULAh hAti.
2 jiwA SaTu cinTa
2 jAsAd sAtU MaTlAmAt
biLA CiNtA KeRaNa ALLAH
bErPiSaHnYa tDk gELisAh
biLA RinDu kErNa yG SaTu
BeRtEmUnYa pAsTi tAk jEmU
UkHUWaH ItU InDaH BiLa bErTeMu&BeRpisAh kErAnA ALLAH

QUITE MOMENT

KiNdNeSs iS A LaNgUaGe tHe dUmB CaN SpEAk AnD ThE DeAf cAn hEaR AnD UnDeRstaNd......... No oNe's painT ThEiR DrEaMS On mE........ sOmEWhErE sOmEoNe'S iS DrEaMiNg....... tHeRe's a lYiNg iN YoUr siLeNcE...... tHe bEgInNiNg iS ThE EnD iS ThE BeGiNniNg..... HoW CoMe, hOw lOnG?...... tElLiNg ridDLeS In tHe dArK...... SpeEdInG Up tO SlOw dOwN..... rEaChInG fOr a hAnD ThAt cAn uNdErStAnD, sOmEoNe WhO FeELs ThE SaMe....... LoVeS&LiVeS - SoMEoNe oWeZ GeT HuRt iN It...

MuTiArA HiKmAh...

DuNiA TEmPaT KiTa mEnYeMaI
AkHiRaT NaNtI TeMpAt kItA MenUai
beRiBaDaHLAh bagAi KiTa aKaN MaTi eSoK HaRi.
kEraNa iTuLaH MaTLAmAt kItA DiJaDiKaN.
dariNYA kIta dAtAnG kepadaNYA kItA PaStI PuLaNg
NaMuN BeKeRjAlAh sEoLaH-OlAh kItA KaN HiDuP SeRiBu tAhUn lAgI
DeMi kEcEmErLaNgAn dIrI DaN PeWaRiS GeNeRaSi naNtI
tAbUrLaH BaKtI SebaNyAk-bAnYaKNyA KpD InSaN
kErAnA GaNjArAn kEbAiKaN PeNuH KeMaNiSaN