Social Icons

Saturday, May 22, 2010

Dugaan حکمه د سباليق




Malam itu selesai membaca surah yassin dengan anak-anak buah ana kami menunaikan solat isyak bersama-sama tanpa berjemaah, memandangkan anak-anak buah ana belum akil baligh jadi kami solat berasingan. Selesai solat isyak kami makan berjemaah bersama-sama. Rasa seronok bila lakukan semuanya secara berjemaah.
Malam itu anak-anak buah ana masuk ke bilik ana. Ketika itu ana sedang mendengar lagu nasyid. Anak-anak buah ana mendekati ana. Tiba-tiba aiman anak buah ana yang nombor 2 bersuara, 'Mak lang malam ni takde cerita islami lagi ke?, kami nak dengar'. Ana tersenyum mendengar permintaannya. Ana lantas bangun menuju ke katil dan diikuti oleh anak-anak buah ana.
Dengan lafaz basmalah ana memulakan cerita islami untuk didengar oleh mereka, amin, aiman dan aini. Mereka dengan penuh khusyuk menanti dengan sabar cerita yang bakal keluar dari mulut ana. Hari ni mak lang nak cerita pasal seorang pemuda yang sabar dalam menghadapi dugaan. Ana menarik nafas perlahan sebelum memulakan bicara seterusnya.
Suatu hari ada seorang pemuda yang berasa sangat lapar sedang duduk di bawah sepohon pokok di tepi sebatang sungai. Dalam keadaan sangat lapar hatinya berdoa agar dia bertemu dengan sesuatu yang boleh dijadikan makanannya pada hari itu. Dengan izin Allah, tiba-tiba ada sebiji buah jambu yang terapung-apung di dalam sungai tersebut. Tanpa melengahkan masa dia mencari kayu untuk memudahkannya mengambil buah jambu itu. Alhamdulillah, pemuda itu berjaya mendapatkannya. Dengan lafaz Basmalah dia makan buah jambu itu. Setelah habis, baru dia terfikir bahawa dia belum lagi meminta izin dari tuan punya buah jambu itu sebelum memakannya. Tanpa melengahkan masa dia berjalan menyusuri sungai untuk mencari pokok jambu yang telah menjatuhkan buahnya di dalam sungai itu. Alhamdulillah tidak lama dia berjalan dia menemukan sebatang pokok jambu. Pemuda itu seterusnya menanti tuan punya pokok jambu itu. Tidak lama kemudian datang seorang pakcik melalui kawasan tersebut. Dia menanyakan kenapa pemuda tersebut berada di situ. Pemuda itu pun menyatakan hasrat hatinya untuk bertemu dengan pemilik pokok jambu di sisinya. Pak cik itu tersenyum sambil menyatakan dialah tuan punya pokok jambu itu. Pemuda itu berasa lega, lalu dia menceritakan hal yang sebenarnya, Dia meminta pak cik tersebut menghalalkan buah jambu yang dimakannya tadi. Pak cik itu terdiam. Kemudian dia bersuara 'Baik, saya boleh halalkan tapi dengan satu syarat'. Pemuda itu dengan sabar menanti bicara seterusnya dari pak cik tersebut. 'Syaratnya, kamu kena kerja dengan pak cik tanpa gaji selama 10 tahun'. Pemuda itu terdiam, namun kerana takut buah jambu yang dimakannya tumbuh sebagai daging haram dalam tubuhnya dia bersetuju dengan syarat pak cik itu. Maka bekerjalah si pemuda selama 10 tahun tanpa gaji sehinggalah tiba waktu yang telah dijanjikan. 'Pak cik, hari ni sudah genap tempoh 10 tahun itu, boleh pak cik halalkan buah jambu yang saya makan dulu'. Pak cik tersenyum 'Baiklah aku akan halalkan tapi dengan syarat kamu perlu berkahwin dengan anakku yang buta matanya, yang pekak telingannya dan cacat kedua belah kaki dan tangannya'. Pemuda itu terkedu tidak dia sangka hanya kerana kesilapannya memakan sebiji buah jambu hidupnya ditimpa musibah yang sebegitu rupa. Lama pemuda itu terdiam, tatkala itu muncul di benak hatinya mungkin ini ujian yang Allah turunkan kepadaku, Aku perlu Redho, pasti ada hikmahnya. Kemudian pemuda itu pun bersetuju dengan syarat pak cik tersebut. Maka malam itu dia diijabkabulkan. Setelah diijabkabulkan, pemuda itu datang untuk menemui isterinya tadi. Pemuda tadi masuk ke bilik isterinya, tapi tidak lama selepas itu, pemuda itu keluar semula sambil menjerit memanggil pak cik yang kini menjadi ayah mertuanya. 'Ayah, siapa wanita cantik dalam bilik itu, itu bukan isteri saya, kata pemuda itu cemas'. Ayahnya hanya tersenyum, 'anakku itu lah isterimu yang sah. Aku katakan dia bisu kerana dia tidak pernah mengumpat, aku katakan dia pekak kerana dia tidak pernah dengar benda yang lagho, aku katakan dia cacat kedua kaki dan tangannya kerana dia tidak pernah pergi ke tempat maksiat ataupun berbuat maksiat'. Maka fahamlah pemuda itu kini sambil berkata dalam hatinya 'mungkin inilah hikmah yang Allah janjikan kepada hambanya yang redho dengan ujianNYA'. The End..
Ana tersenyum sambil memandang satu-persatu wajah anak buah ana. 'Macam tu kalau amin kena uji, amin nak redho jugaklah, nanti ada hikmah'. Tiba-tiba anak buah ana yang sulung bersuara. Diikuti adik-adiknya 'Aiman pun, Adik(Aini) juga'. Ana tersenyum mendengarnya.... Amin, bicara ana mengaminkan kata-kata anak buah ana tadi....

0 comments:

Post a Comment

 

MuTiArA HiKMaH..

BiLa 2 dIrI MeNcinTai iLaHi
BeRgAbUnGLAh jiwA BeRsAtULAh hAti.
2 jiwA SaTu cinTa
2 jAsAd sAtU MaTlAmAt
biLA CiNtA KeRaNa ALLAH
bErPiSaHnYa tDk gELisAh
biLA RinDu kErNa yG SaTu
BeRtEmUnYa pAsTi tAk jEmU
UkHUWaH ItU InDaH BiLa bErTeMu&BeRpisAh kErAnA ALLAH

QUITE MOMENT

KiNdNeSs iS A LaNgUaGe tHe dUmB CaN SpEAk AnD ThE DeAf cAn hEaR AnD UnDeRstaNd......... No oNe's painT ThEiR DrEaMS On mE........ sOmEWhErE sOmEoNe'S iS DrEaMiNg....... tHeRe's a lYiNg iN YoUr siLeNcE...... tHe bEgInNiNg iS ThE EnD iS ThE BeGiNniNg..... HoW CoMe, hOw lOnG?...... tElLiNg ridDLeS In tHe dArK...... SpeEdInG Up tO SlOw dOwN..... rEaChInG fOr a hAnD ThAt cAn uNdErStAnD, sOmEoNe WhO FeELs ThE SaMe....... LoVeS&LiVeS - SoMEoNe oWeZ GeT HuRt iN It...

MuTiArA HiKmAh...

DuNiA TEmPaT KiTa mEnYeMaI
AkHiRaT NaNtI TeMpAt kItA MenUai
beRiBaDaHLAh bagAi KiTa aKaN MaTi eSoK HaRi.
kEraNa iTuLaH MaTLAmAt kItA DiJaDiKaN.
dariNYA kIta dAtAnG kepadaNYA kItA PaStI PuLaNg
NaMuN BeKeRjAlAh sEoLaH-OlAh kItA KaN HiDuP SeRiBu tAhUn lAgI
DeMi kEcEmErLaNgAn dIrI DaN PeWaRiS GeNeRaSi naNtI
tAbUrLaH BaKtI SebaNyAk-bAnYaKNyA KpD InSaN
kErAnA GaNjArAn kEbAiKaN PeNuH KeMaNiSaN