'Huaaaarrrrrgggghhhhhhhhhhhhhhhh... ngantuknya', kata Haikal sambil menutup mulutnya'.
Nurul Iman tersenyum melihat telatah adik bongsunya yang sedang meningkat remaja itu.
'Maaflah kak lang. Ngantuk sangat dah mata Uda ni, terang Haikal bila dia menyedari tindakannya menguap tadi diperhatikan oleh kakak kesayangannya itu'.
Nurul Iman cuma tersenyum mendengarnya.
'Haikal tahu? Menguap boleh jadi Wajib, boleh juga jadi Haram, sunat Makruh atau Harus tau, ucap Nurul Iman sambil tersenyum'.
'Hah?? Macam mana pulak tu kak lang?, tanya Haikal ingin tahu'.
'Yang pertama, menguap jadi Wajib kalau kita tahan, ianya akan datangkan mudarat pada kita contohnya dalam satu majlis kita malu sangat nak menguap jadi kita tahan sehinggakan mudaratkan diri kita contohnya boleh pengsan atau sakit kepala. Wajib ertinya, perlu menguap dan kita akan diberi pahala, dan sekiranya tidak menguap ia jatuh dosa',, terang Nurul Iman'.
'Kalau Haram pulak kak lang?, tanya Haikal dengan penuh minat'.
'Haram, jika kita pura-pura menguap untuk sakitkan hati orang lain. Contohnya masa dengar ceramah, kita bosan dan benci pada penceramah jadi kita buat-buat menguap dengan isyarat mahu beritahu penceramah supaya cepat habiskan ceramahnya yang bosan itu. Jika kita buat yang ini kita berdosa tapi jika kita tinggalkan ia berpahala, sambung Nurul Iman'.
'Kalau Sunat pula Haikal, duga Nurul Iman'.
'Kalau Sunat.. Mmmm.. Haa.. kalau Sunat jika kita ikut menguap cara Rasulullah. Yakni dengan menutup mulut dan membaca ta'awwuz. Hal ini disukai Allah, dan ianya sangat digalakkan dan diberi pahala, jawab Haikal'.
'Anta syatir(Awak bijak) ya akhun, puji Nurul Iman'.
Haikal cuma tersenyum sambil melafazkan Alhamdulillah.
'Kalau Harus dan Makruh pula kak lang?, aju Haikal penuh minat'.
'Kalau Harus maksudnya harus menguap dalam mana-mana posisi badan samaada berdiri, duduk atau berbaring. Sementara Makruh pula, jika kita menguap dengan membuka mulut lebar-lebar tanpa menutupnya, hingga dengan itu kelihatan begitu buruk dan cela dipandang orang. Allah tidak suka cara menguap begitu, terang Nurul Iman panjang lebar'.
'Wah! pandainya kak lang. Mana kak lang tahu ilmu ni?, aju Haikal'.
'Dari majalah kesayangan kak lang lah. Apa lagi kalau bukan SOLUSI, balas Nurul Iman sambil tersenyum panjang'.
Haikal turut tersenyum melihat telatah kakaknya yang manja itu......
'SOLUSI, Panduan Hidup Bersyariat. Syukran Jazilan, ucap Haikal didalam hatinya'.
0 comments:
Post a Comment