Bab 9
Nurul Iman termenung sendiri. Dia buntu. Shifwah menjauhkan diri darinya. Dia tahu Shifwah benar-benar insaf di atas apa yang telah terjadi. Dia ingat lagi bagaimana Shifwah menangis teresak-esak menceritakan segalanya semasa kepulangannya tempoh hari ke Sabah. Dia tidak menyalahkan Shifwah di atas apa yang telah terjadi. Dia menerima segalanya dengan tenang. Tidak wujud sekelumit perasaan marah atau benci terhadap Shifwah. Bagi Nurul Iman itu semua penyakit hati. Dia tidak mahu hatinya terganggu hanya perkara sekecil itu. Kini, dia terpaksa meninggalkan Shifwah. Surat berhenti sekolah, dokumen kelulusan dari Kementerian beserta surat akuan Doktor berada di tangannya. Esok dia akan membawanya kepada pengetua. Segala urusan di Kementerian Pendidikan untuk perletakan jawatannya sebagai guru telah diuruskan di Putrajaya semasa kepulangannya ke kampung tempoh hari. Penyakit yang dihidapinya menuntun dirinya untuk berhenti kerja awal.
‘Assalamualaikum, kedengaran salam dari luar tiba-tiba seterusnya mematikan lamunan Nurul Iman’.
‘Waalaikumussalam, jawab Nurul Iman dari dalam’.
Nurul Iman kemudiannya bangun membukakan pintu untuk Shifwah. Nurul Iman tersenyum menyambut kepulangan Shifwah di muka pintu. Shifwah tersenyum lemah. Shifwah masih terasa segan berada di hadapan Nurul Iman. Sejak akhir-akhir ini dia sebolehnya ingin mengelakkan diri dari Nurul Iman namun sering gagal kerana Nurul Iman tetap melayan dirinya seperti biasa.
‘Shifwah, panggil Nurul Iman apabila shifwah cuba mengelakkan dirinya dari Nurul Iman’.
Shifwah memandang Nurul Iman sambil tersenyum kelat. Dia tidak mampu mengeluarkan kata-kata pada Nurul Iman sejak dia menceritakan segalanya pada Nurul Iman. Melihat Shifwah Cuma diam membisu, Nurul Iman bersuara semula.
‘Kak Nurul akan berhenti Sekolah. Hari Ahad ni Akak Nurul akan berangkat pulang ke Semenanjung, bicara Nurul Iman perlahan’.
‘Kenapa’ Kak Nurul dah benci dekat Shifwah ke’, balas Shifwah’. Ada getar dalam suaranya. Air matanya mula mengalir.
Nurul Iman merapatkan dirinya pada Shifwah. Dia memeluk Shifwah seeratnya. Hatinya pilu mendengar esakan Shifwah. Perlahan dia memujuk Shifwah. Malam itu Shifwah tidur di sebelahnya. Dia tahu Shifwah terkejut dengan berita perletakan jawatannya. Nurul Iman menyelimutkan Shifwah. Hatinya sebak melihat Shifwah. Perlahan Nurul Iman bangun. Dia mahu menunaikan Solat Sunat Hajat, Cuma Allah tempat pengaduanNYA.
‘Ya Allah berikan kekuatan pada sahabatku Shifwah dalam menghadapi UjianMU, doa Nurul Iman di akhir solatnya’. Amin Ya Rabbal Alamin’.
0 comments:
Post a Comment