Sunday, May 23, 2010
دهشتڽ قيامولايل
Qiamullail
Pertama kali ana buat qiamullail waktu ana sekolah menengah dahulu. Ingat lagi masa tu semua pelajar SPM&PMR wajib menyertai khemah ibadah yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Dalam khemah ibadah itu ana dan kawan-kawan akan melakukan Qiamullail secara berjemaah yang dipimpin oleh ustaz di sekolah ana. Masa tu yang ana tahu tujuan diadakan Qiamullail adalah untuk memohon keberkatan dari Allah supaya diberi kemudahan dan dikurniakan kejayaan dalam peperiksaan SPM&PMR yang bakal tiba. Seingat ana malam itu kami mulakan dengan melakukan solat tahajud, solat taubat, solat tasbih, solat hajat dan diakhiri dengan solat witir.. Lantaran tidak biasa melakukannya ana tidak mendapat kekhusyukan daripadanya. Ramai kawan-kawan ana yang berada di saf belakang berhenti melakukannya tanpa disedari oleh guru dan ustaz di hadapan. Jika ketika itu ana tidak dididik erti takut pasti ana akan turut serta berhenti dari melakukannya. Namun ana gagahi juga cuma ana tidak rasa ana khusyuk walaupun ana tahu ana sedang mengadap Rabbul Jalil ketika itu. 'Astaghfirullah hal adzim, teruknya ana ketika itu jika ana imbas kembali kenangan Qiamullail ana yang pertama.
Selepas itu, Alhamdulillah ana dapat masuk Universiti dalam jurusan pendidikan. Masih juga benda yang sama ana lakukan, ketika hendak menghadapi final exam baru ana buat Qiamulail mohon keberkatan dari yang Esa, itupun cuma satu malam ana lakukan.
Namun Syukur kepada Allah, Tuhan pencipta langit dan bumi, Masih ada rezeki buat ana disisi Tuhan, Alhamdulillah, sekarang ana dah berjaya bergelar warga pendidik. Ana tak tahu kenapa tapi sejak bergelar warga pendidik ana jadi taksub kepada buku-buku agama. Asal ada yang menarik minat ana pasti akan beli. Hendak dijadikan cerita satu hari ketika melewati laman web www.pts.com.my ana tertarik dengan satu buku tulisan Mahmudin Abdullah bertajuk 'Dahsyatnya Qiamullail'
Ketika dan saat itu baru ana faham tentang Qiamullail... Hati ana terharu, betapa besar nilai Qiamullail di sisi Allah. Nabi berkata seperti yang dilaporkan oleh Ibnu Mas'ud:
Ketika tiba sepertiga terakhir dari malam, Allah turun ke langit dunia. Pintu-pintu langit pada saat itu terbuka. Tuhan membentangkan tangannya dan berkata: Wujudkan orang yang meminta? Tentu diberikan permintaannya. Tuhan kekal begitu hingga fajar menampakkan sinarnya.
Subahanallah, sungguh ana tidak tahu Allah turun ketika itu. Kalau lah ana tahu lebih awal pasti ana berasa malu kerana tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh dulu. Dahsyatnya Qiamullail benar-benar beri kesan dan menyerap di relung hati ana. 'Ya Allah, kuatkan diri hambamu serta umatmu yang lain untuk bangun mengerjakan Qiamullail. Moga ia menjadi sebahagian dalam rutin kehidupan kami,
Amin Ya Rabbal Alamin....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment