Saturday, May 22, 2010
السلام عليکم ورحمة الله هيوبرکاته
Love 4 Allah
Suatu petang anak buah ana yang berumur 4 tahun datang menghampiri ana yang ketika itu sedang mengupload wallpaper untuk desktop komputer ana. Anak buah ana perhatikan ana dengan penuh minat. Kemudian secara tiba-tiba dia tanya ana 'mak lang apa dia kata tu?, sambil tangan comelnya menunjukkan ke arah perkataan 'Love 4 Allah'. Ana tersenyum. Ana cuba bertanya untuk menguji dirinya 'Kenapa aiman nak tahu?' Dia cuma tersenyum sambil berkata 'sebab aiman kisah'. Ana tertawa mendengar jawapan itu darinya.
Selepas itu ana menerangkan kepadanya, maksud perkataan itu ialah cinta untuk Allah.Dia senyap mendengar jawapan ana. Kemudian dia bertanya lagi kepada ana, 'mak lang cinta Allah tak?' Macam mana mak lang cinta Allah?' Ana terkedu dengan 2 persoalan itu, bukan ana tidak tahu jawapan kepada soalan itu cuma ana terkedu kanak-kanak kecil seperti itu boleh menyoal ana soalan yang tak mungkin ada dalam sereberum dan serebellum kanak-kanak semudanya.Ana malu sendiri, mungkin ketika ana sebayanya ana tidak terfikir soalan-soalan sebegitu. Subahanallah, mungkin inilah berkat anak yang dilahirkan dengan acuan Al-Quran.Dalam diam ana bertekad di dalam hati, kelak jika ana mempunyai anak,akan ana didik hati dan fikirannya mengenal Allah dan Rasul..InsyaALLAH...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment