Social Icons

Sunday, April 17, 2011

نورول ايمان- باب 4




Bab 4

‘Ingin aku singkap kembali
Kenangan lalu agar bersemi
Ingin ku ulangi kisah manis
Agar terus bersemadi’



Lagu ‘sahabat’ dendangan Amar di Radio ikim.fm membawa Nurul Iman melayari kembali zaman persekolahannya. Dia begitu merindui sahabat-sahabatnya ketika mereka sama-sama menuntut di Sekolah Menengah Maahad Ahmadi satu ketika dahulu. Saat itu muncul wajah Aishah, Suriana, dan Adziah di benak fikirannya. Kebenaran kata-kata ‘Indahnya berukhuwah kerana Allah’ dirasakan kini oleh Nurul Iman. Kemanisan itu akan disimpan menjadi memori terindah dalam kamus hidupnya. Walaupun sebenarnya ukhuwah itu adalah sesuatu yang sukar ditafsir, namun kata-kata Saidina Ali dipegangnya. Katanya ‘Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat, dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari’. Nurul Iman bersyukur kerana walaupun telah lama meninggalkan zaman persekolahannya namun ukhuwahnya antara Aishah, Suriana dan Adziah masih kekal sehingga kini. Walaupun tidak selalu bertemu mata, namun cukuplah sekadar sms dan emel pengganti diri bertanyakan khabar sesama mereka.

Allahu akbar’. Allahu Akbar’.

Laungan azan Isyak mematikan lamunan Nurul Iman. ‘Astaghfirullah hal azim’, istighfar Nurul Iman dalam hatinya’. Dia lantas bangun dan duduk diatas kerusi kerana dia tidak mahu kelak mayatnya berat jika dia berbaring ketika laungan azan berkumandang. Selesai sahaja azan, dia bingkas bangun menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk. Hari ini dia tidak ke surau sekolah kerana kerja pembaikpulihan surau sedang berjalan. Para pelajar cuma bersolat di dorm masing-masing buat sementara waktu. Selesai solat Nurul Iman lantas mencapai surah Yassin untuk dibaca, sejak akhir-akhir ini dia terlalu sibuk sehingga meninggalkan rutin hariannya membaca surah yassin. Tambahan pula sekolahnya sedang sibuk membuat persiapan kerana menjadi tuan rumah bagi acara sukan diantara seluruh sekolah agama sekitar Sabah. Sudah menjadi rutin setiap tahun sekolah-sekolah agama sekitar Sabah akan mengadakan acara sukan diantara mereka selama 2 hari. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah acara padang, pertandingan nasyid, acara ilmiah seperti kuiz agama, tulisan khat dan sebagainya. Nurul Iman terlibat dalam menguruskan penginapan pelajar perempuan dan juga hadiah. Mujur beberapa pelajar perempuan membantunya jadi beban tekanan dapat dikurangkan.
‘Assalamualaikum’’. Kedengaran orang memberi salam dari luar. Namun Nurul Iman tetap meneruskan bacaannya, dia tahu diluar sana adalah rakan sebiliknya iaitu Shifwah yang baru sahaja pulang. Kedengaran bunyi orang membuka pintu. Shifwah mendengar suara Nurul Iman sedang membaca surah yassin, lantas dia duduk seketika di ruang depan untuk merehatkan dirinya sebelum masuk ke bilik.Selesai membaca surah yassin, dia melipat sejadah dan telekungnya dan digantung didalam almari. Selepas itu dia keluar di ruang tamu untuk melihat sahabatnya itu.

‘Lambat balik hari ni, tak habis lagi mesyuarat tu, sapa Nurul Iman lembut’.
‘Huhuhuhu’ penat tau hari ni. Hampir nak siap, cuma tinggal senarai hakim je lagi, balas Shifwah’.
‘Jap yea, nanti kita sambung balik, kita nak mandi dulu lepas tu nak solat, tambah Shifwah lagi’.

Shifwah bangun dari tempat duduknya dan menuju ke bilik. Nurul Iman menemani Shifwah dengan pandangan matanya sahaja. Dia membiarkan sahabatnya itu menunaikan tanggungjawab dan amanahnya kepada Rabbul Jalil terlebih dahulu sebelum mereka boleh berbual panjang. Nurul Iman menuju ke meja tulis yang terletak di ruang tamu. Disitulah dia dan Shifwah akan melakukan kerja mereka seperti menanda buku nota dan sebagainya. Di atas meja Nurul Iman tersusun rapi buku nota Pendidikan Islam milik pelajar tingkatan 4 Ibnu Sina yang ingin ditandanya. Di tepi mejanya ada sebuah radio kecil. Dia menekan butang yang bertanda ‘on’ dan ianya terbuka. Kedengaran suara Ustaz Irwan dj bagi Radio ikim.fm ke udara. Memang itulah siaran radio kegemaran Nurul Iman. Dia tidak pernah menukar ke siaran radio yang lain, mujur Shifwah jugak mempunyai citarasa sepertinya. Jadi, tidak ada masalah untuknya mendengar siaran radio tersebut setiap hari di bilik mereka.

Nurul Iman mula menyemak dan menanda nota pelajarnya. Setelah solat Shifwah ke ruang tamu melihat Nurul Iman. Namun selepas itu dia meminta izin untuk masuk tidur dahulu kerana dia merasa begitu penat sekali. Nurul Iman hanya tersenyum. Dia kembali menyambung menandakan Buku Nota pelajarnya. Jam sudah menujukkan jam 11.30 malam. Radio ikim.fm masih lagi keudara. Kadang-kadang Nurul Iman tersenyum sendiri mendengar coloteh Ustaz Irwan yang menghiburkan hatinya. Keesokkannya, ramai guru yang tiada dan meyebabkan Nurul Iman dan guru yang ada terpaksa menggantikan guru yang tiada. Nurul Iman sahaja mendapat 4 kelas untuk diganti pada hari ini. Namun dia sedikit pun tidak merungut. Semasa menanda buku guru ganti di pejabat tadi dia ditegur Ustaz Suhaimi yang selalu menyakatnya.

‘Uishh’ dapat 4 kelas ganti pun senyum lagi Ustazah, hebat betul Ustazah ni, sapa Ustaz Suhaimi dari belakang’.

Nurul Iman yang tidak menyedari kehadiran Ustaz Suhaimi hampir melepaskan buku yang sedang ditandatanganinya. Dia amat terkejut mendengar suara Ustaz Suhaimi dari arah belakang.

‘Maafkan saya, terkejut pulak yea’. Kussss’ semangat, kata Ustaz Suhaimi sambil tergelak’.

Nurul Iman mengurut dadanya, namun dia tetap tersenyum. Dia tahu Ustaz Suhaimi tidak berniat hendak mengejutkannya. Dia tidak membalas gurauan Ustaz Suhaimi tersebut. Dia cuma tersenyum sahaja sambil meminta izin untuk keluar dari pejabat tersebut. Ustaz Suhaimi hanya menghantar Nurul Iman dengan pandangannya. Didalam hatinya dia kagum dengan sifat pemalu yang dimiliki oleh Nurul Iman. Cuma tinggal satu hari sahaja lagi acara sukan akan bermula.Bagi pelajar yang tidak terlibat mereka akan dibenarkan pulang pada hari jumaat nanti. Ini kerana asrama akan digunakan bagi penginapan pelajar-pelajar dari sekolah lain. Cuma separuh pelajar sahaja yang tinggal iaitu peserta, ajk dan beberapa orang penyokong sekolah.

Petang itu mereka menunggu ketibaan pelajar dari sekolah agama yang lain. Seramai 12 buah sekolah Agama sekitar negeri sembilan sahaja yang akan terlibat dalam pertandingan sukan kali ini. Petang itu Nurul Imanlah yang agak sibuk kerana beliau yang menguruskan ketibaan pelajar dan mengambil kedatangan mereka serta menguruskan penginapan bagi pelajar perempuan manakala Ustaz Safwan pula menguruskan penginapan bagi pelajar Lelaki. Mujur mereka dibantu oleh beberapa orang ajk yang terlibat dalam acara tersebut.

‘Assalamualaikum’., sapa Shifwah dari belakang’.

Nurul Iman terkejut kerana tiba-tiba sahaja Shifwah memeluknya dari belakang. Tanpa semena-mena Shifwah menerima satu cubitan kasih sayang daripada Nurul Iman.

‘Aduh ! sakitlah kak, adu Shifwah’.
‘Padan muka,. terkejut akak, kalau akak ada lemah jantung mesti akak dah jadi arwah tau, marah Nurul Iman sambil tersenyum’.
‘Ye ke’ Iman ada lemah jantung, biar betul awak ni Iman. Muda-muda lagi dah kena serangan sakit jantung, sampuk Ustaz Amir tiba-tiba’.

Nurul Iman merasa malu yang amat sangat, dia tidak menyangka yang Ustaz Amir mendengar perbualannya dengan Shifwah. Nurul Iman cepat-cepat berdiri dibelakang Shifwah sambil memandang kebawah. Shifwah yang memahami akan perangai Nurul Iman bertindak menjawab bagi pihak Nurul Iman.

‘Alah dia bergurau je dengan saya Ustaz Amir. Kak Nurul ni sihat lagi. Saja dia berseloroh dengan saya tadi, balas Shifwah sambil tersenyum’.

Ustaz Amir hanya tersenyum mendengar jawapan dari Shifwah. Dia juga hanya sekadar bergurau. Ustaz Amir kemudiannya mengajak Shifwah ke meja yang lain kerana ingin membuat sedikit perbincangan berkenaan juri yang bakal menghakimi dalam pertandingan yang dipertandingkan esok. Sekitar jam 7.00 barulah semuanya selesai. Peserta dibenarkan membersihkan diri sebelum turun ke surau untuk solat Maghrib berjemaah dan seterusnya menikmati makan malam. Selepas solat Isyak semua peserta berkumpul didewan sekolah untuk taklimat bagi acara pagi esok. Hampir jam 12 barulah Nurul Iman dan Shifwah pulang ke bilik mereka.

Saturday, April 16, 2011

نورول ايمان- باب 3


Bab 3

Hujung minggu itu Nurul Iman dan Shifwah berpindah ke asrama aspuri. Mujur mereka dibantu oleh pelajar-pelajar aspura dengan kebenaran dari Ustaz Amir dan Ustaz Safwan yang merupakan warden bagi pelajar aspura. Ustaz Amir dan Ustaz Safwan membawa beberapa orang pelajar aspura ke rumah sewa Nurul Iman dan Shifwah. Hampir tengahari baru mereka selesai mengangkut barang. Setelah mengucapkan terima kasih kepada mereka Nurul Iman dan Shifwah mula mengemas barang. Mujur beberapa orang pelajar aspuri turut membantu mereka.
‘Terima kasih semua, kata Nurul Iman dan Shifwah kepada beberapa orang pelajar aspuri’.
‘Sama-sama ustazah, jawab mereka serentak’.
Nurul Iman dan Shifwah kemudiannya masuk ke bilik masing-masing untuk berehat. Malam itu mereka tidur dengan nyenyak kerana kepenatan’’.


Nurul Iman merasa tenang. Dia syukuri nikmat Allah kerana masih dapat melakukan solat secara berjemaah dengan pelajar aspura dan aspuri. Hari ini genaplah setahun dia dan Shifwah menjadi warden asrama. Qalbunya merasa syahdu dengan rutin harian di asrama, iaitu solat secara berjemaah. Terngia-ngia kata abang longnya ketika abang longnya menyampaikan tazkirah setiap kali mereka solat berjemaah di kampung.
Kelebihan solat berjemaah sebagimana yang disabdakan oleh Rasulullah saw,
Abdullah bin Umar r.a menceritakan bahawa beliau dengar Rasulullah saw bersabda, " Solat dengan berjemaah adalah dua puluh tujuh kali baik mutunya daripada solat bersendirian"
- (Riwayat Malik Wal Bukhar i Wa Muslim Wattarmizi)
Dalam satu hadis yang lain abu hurairah r.a menceritakan bahawa beliau dengar Nabi Muhammad saw bersabda, "Solat dengan berjemaah adala 25 kali lebih utama dari solat di rumah atau di kedai. ini adalah kerana apabila seorang hendak solat maka setiap langkah yang dilangkahinya mendapat pahala dan menghapuskan satu dosa. Kalau dia ber'iktikaf pula dalam masjid degan ada wudhu selepas selesai solat, para malaikat berdoa ke hadrat Allah swt memohon ampun untuknya. Dan selagi dia ber'iktikaf menunggu solat, dia terus menerus mendapat pahala seolah-olah dia itu sibuk bersolat."
(Riwayat Al Bukahri, Muslim, Abu Daud , Tarmizi,Ibn Majah)
‘Ya Allah, terima kasih untuk nikmat ketenangan ini, bisik hati kecilnya’.
‘Ustazah’ panggil Wahidah selaku presiden asrama aspuri’. Nurul Iman yang ketika itu sedang menuruni anak tangga surau sekolah terhenti. Dia menunggu wahidah datang kepadanya.
‘Ustazah,malam ni ustazah nak bagi tazkirah kat mana’ Dalam dorm (Bilik yang dihuni sekurang-kurangnya 10 orang pelajar) ke ustazah, terang Wahidah lagi’.
‘Nasib baik Wahidah ingatkan ustazah tadi, Terima kasih yea. Kalau macam tu nanti dalam pukul 9.15 suruh semua berkumpul di dorm wahidah yea. Nanti Ustazah datang, balas Nurul Iman’.
‘Baik Ustazah, jawab Wahidah’.

Nurul Iman bersiap untuk ke dorm Wahidah yang terletak disebelah biliknya. Sememangnya pada hari sabtu setiap warden perlu memberikan tazkirah kepada pelajar. Kalau bagi asrama aspuri dirinya dan Shifwah yang akan berikan tazkirah tersebut, manakala pelajar aspura pula Ustaz Amir atau Ustaz Safwan yang akan memberikan tazkirah. Namun malam itu cuma dia seorang sahaja kerana Shifwah mengikuti kursus bagi guru-guru pendidikan islam. Nurul Iman tidak sedikit pun mengeluh kerana sememangnya dia sudah biasa, lagipun dia sememangnya rapat dengan pelajar-pelajar tersebut.

‘Assalamualaikum’, kata Nurul Iman sebelum masuk ke dorm Wahidah’.
‘Waalaikumussalam, jawab pelajar aspuri serentak’.Dilihatnya bilik itu telah penuh. Tahulah dirinya bahawa mereka semua telah ada dan bersedia untuk mendengar tazkirah darinya. Nurul Iman melangkah masuk dan menuju ke satu sudut kosong yang sememangnya telah dikhaskan untuknya. Dia duduk bersimpuh di sebelah Wahidah.

‘Semua dah masuk ke wahidah, tanya Nurul Iman lembut’.
‘Dah ustazah, balas Wahidah sambil tersenyum’.
‘Baiklah semua kita mulakan majlis kita malam ini dengan Umul Kitab, Al-Fatihah, ucap Nurul Iman bagi memulakan majlis tazkirah pada malam itu’.

‘Baiklah semua, malam ni ustazah nak ceritakan satu kisah pada kamu semua. Tapi Cerita yang bakal Ustazah ceritakan sebentar lagi ni bukan sekadar untuk didengar tapi ada sesuatu yang ustazah selitkan. Jadi dengar baik-baik apa yang Ustazah nak ceritakan ni, terang Nurul Iman’.

‘Ada sebatang buluh yang indah tumbuh dihalaman rumah seorang petani. Batang bulu ini tumbuh tinggi menjulang diantara batang-batanag buluh yang lainnya. Suatu hari datanglah si petani yang empunya buluh itu. Dia berkat kepada batang buluh ‘Wahai buluh, mahukah engkau kupakai untuk menjadi paip saluran air, yang sangat berguna untuk mengairi sawahku ‘‘. Batang buluh menjawabnya ‘Oh, tentu aku mahu bila dapat berguna bagi engkau tuan. Tapi ceritakan apa yang akan kau lakukan untuk membuatku menjadi paip saluran air itu’. Si petani menjawab ‘Pertama, aku akan menebangmu untuk memisahkan engkau dari rumpunmu yang indah itu, lalu aku akan membuang cabang-cabangmu yang dapat meluakai orang yang memegangmu. Setelah itu aku akan membelah-belah engaku sesuai dengan keperluanku. Terakhir aku akan membuang sekat-sekat yang ada didalam batangmu, supaya air dapat mengalir dengan lancar. Apabila aku sudah selesai dengan pekerjaanku, engkau akan menjadi saluran paip air yang akan mengalirkan air untuk megairi sawahku sehingga padi yang kutanam dapat tumbuh dengan subur’. Mendengar hal ini, batang buluh terdiam agak lama’. Kemudian ia berkata kepada si petani, ‘Tuan, tentu aku akan merasa sangat sakit ketika engkau menebangku. Juga pasti akan sakit ketika engkau membuang cabang-cabangku, bahkan lebih sakit lagi ketika engkau membelah-belah batangku yang indah ini, dan pasti tak tertahankan ketika engkau mengorek-ngorek bahagian dalam tubuhku untuk membuang sekat-sekat pnghalang itu. Apakah aku akan kuat melalui semua prose situ, tuan’. Petani itupun menjawab kerunsingan batang buluh itu, ‘Wahai buluh, engkau pasti kuat melalui semua itu, kerana aku memilihmu kerana engkaulah yang paling kuat dari semua batang pada umpun ini. Jadi bertenanglah’. Akhirnya batang bulu itu menyerah dan redha. ‘Baiklah, tuan. Aku ingin sekali berguna bagimu. Ini aku, tebanglah aku, perbuatlah sesuai dengan yang kau hendaki’. Setelah petani selesai dengan pekerjaannya, batang buluh indah yang dulu menjadi penghias halaman rumah petani, kini telah berubah menjadi paip saluran air yang mengairi sawahnya sehingga padi dapat tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang banyak, cerita Nurul Iman dengan panjang lebar’.

‘Jadi siapa tahu apa makna yang tersurat dan tersirat dalam cerita ustazah tadi, tanya Nurul Iman’.
‘Kita mesti sanggup berbakti kepada tuan kita, jawab Wahidah’.
‘Lagi’ tanya Nurul Iman kembali’.
‘Kita perlu membantu seseorang yang memerlukan bantuan kita, jawab Aishah’.
‘Ada sesiapa lagi nak tambah, tanya Nurul Iman kembali’.

‘Baiklah, apa yang Aishah dengan Wahidah cakap tadi memang betul takde salahnya. Tapi sebenarnya apa yang ustazah nak sampaikan ialah pernah tak kita terfikir bahawa dengan masalah yang datang silih berganti tak habis-habisnya, mungkin ALLAH sedang memposes kita untuk menjadi indah dihadapanNYA’ Sama seperti batang buluh itu, kita sedang ditempa, ALLAH sedang membuat kita menjadi manusia yang berguna. DIA sedang membuang kesombongan dan segala sifat yang tak berkenanan bagiNYA. Tapi jangan khuatir, kita pasti kuat kerana ALLAH tak akan memberikan beban yang tak mampu kita pikul. Jadi mahu tak kita berserah pada kehendak ALLAH, membiarkan DIA melakukan sesuatu didalam diri kita untuk menjadikan kita alat yang berguna kepadaNYA. Seperti batang buluh tadi, mari kita berkata. ‘Ini hambamu Ya ALLAH, perbuatlah sesuai dengan yang kau hendaki. Hamba bersedia menempuhinya’. ‘Jadi mulai hari ini kalau ALLAH uji kita, kita jangan mengeluh, sebab semua itu ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Tapi janganlah kita mengharapkan hikmah tersebut kerana mungkin ALLAH tak bagi kita nampak sekarang, mungkin 2 atau 3 tahun baru kita nampak. Wallahualam’.. terang Nurul Iman sambil tersenyum’.

‘Boleh ke kita jadi macam batang buluh tadi, tanya Nurul Iman’.
‘InsyaALLAH’.. serentak semua pelajar perempuan membalasnya’.
‘Alhamdulillah, jawab Nurul Iman sambil tersenyum’.
‘Ustazah ni memang murah senyuman kan, tiba-tiba ain penolong presiden mencelah’.
Nurul Iman hanya tersenyum mendengar soalan dari ain tersebut. Nurul Iman hanya diam hanya senyuman yang diberi sebagai jawapan bagi soalan dari pelajarnya itu.

‘Ustazah tahu, masa ustazah lalu depan kelas kami hari tu, masa tu Ustaz Safwan sedang mengajar tentang Rasulullah. Dia ceritakan bagaimana Rasulullah murah dengan senyuman. Bila Ustazah dah melepasi kelas kami tiba-tiba Ustaz Safwan kata, tengok macam ustazah Nurul Iman tu, murah senyuman tak kira pada sesiapa pun. Saya suka orang yang murah senyuman ni. Tenang je hati bila kita lihat, betul tak’, kata Ustaz Safwan ustazah, terang Ain dengan panjang lebar sambil mengajuk cara Ustaz Safwan bercakap’.
‘Haah’ ustazah betul kata Ain tu, celah khairunnisa tiba-tiba’.

Nurul Iman hanya tersenyum mendengar cerita dari pelajarnya itu. Dia agak terkejut dengan cerita yang disampaikan oleh Ain sebentar tadi tapi sengaja dia mengkontrolnya takut pelajar-pelajar itu akan memikirkan perkara yang bukan2. Dia tidak mahu jika dirinya dan Ustaz Safwan menjadi bualan kelak.
'Betul apa yang dikatakan oleh Ustaz Safwan itu. Jika kita berwajah manis, orang disekeliling kita akan merasa tenang melihat kita.Bukankah Rasulullah pernah berkata 'Janganlah kamu meremehkan sesuatu kebaikan sedikitpun sekalipun ketika kamu bertemu saudara kamu dengan menunjukkan wajah yang manis. Hal ini direkodkan oleh Muslim, terang Nurul Iman
‘Baiklah, ingat apa yang ustazah cerita tadi yea. Jadikan pedoman buat kita semua. Kita bersurai sampai disini dulu dan ustazah akhiri dengan selawat syifa, sambungnya lagi’.

Dia kemudiannya bingkas bangun sambil sempat memesan pada Wahidah yang lampu mesti ditutup sebelum pukul 11.00. Nurul Iman kemudiannya berlalu pergi.Dia masuk semula kebiliknya. Setelah masuk dia kemeja untuk membuka radio kecil miliknya itu. Kedengaran suara dj ustaz Irwan berceloteh. Nurul Iman membuka tudungnya dan mencapai towel kecil yang tergantung di dinding. Kemudian dia menuju kebilik air untuk menggosok gigi dan mengambil wuduk sebelum tidur. Selesai melaksanakan urusan tersebut Nurul Iman merebahkan dirinya ke katil’ lalu tertidur dengan nyenyak sekali’.

(Cerita Buluh tadi diadaptasi daripada buku 'Blues untuk aku' karya pelukis komik terkenal saudara Aie. Semoga Allah terus memberi ilham kepada beliau untuk terus berkarya)

نورول ايمان- باب 2


Bab 2

"Qiaman’. Assalamualaikum ya Ustazah," ucap ketua kelas tingkatan 4 Saidina Ali.
"Bismillahhirrohmannirrahim, Allahummaftah 'alaina hikmatakawan syur 'alaina min khoza iniroh matikaya arhamarrohimin," serentak semua pelajar kelas tingkatan 4 Saidina Ali mengalunkan doa penerang hati sebelum kelas bermula..

"Khaifa halukum’," tanya Nurul Iman kepada semua pelajar tingkatan 4 Saidina Ali pagi itu sebelum memulakan kelasnya.

‘Alhamdulillah," bikhair, jawab mereka serentak.

Pagi itu Nurul Iman menyambung pelajaran minggu lepas iaitu bab Sembelihan. Pelajar-pelajarnya begitu bersemangat pagi itu. Sememangnya pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Agama Sains ini begitu tekun dalam menuntut ilmu. Nurul Iman begitu gembira dapat mengajar di Sekolah tersebut. Dia masih ingat lagi betapa dia terkejut dengan suasana persekolahan di sekolah itu. Segala-galanya diasingkan. Pelajar lelaki tidak bercampur dengan pelajar perempuan. Ada 2 kelas bagi untuk satu tingkatan, seperti tingkatan 1 lelaki dan tingkatan 1 perempuan.

Seingat dirinya ketika dia bersekolah agama di Maahad Ahmadi dahulu pun tidak begitu pengasingan yang dibuat antara lelaki dan perempuan. Namun di sini Nurul Iman merasa teruja dengan sistem baru seperti itu. Walaupun agak janggal namun Nurul Iman gagahi jugak terutama ketika masuk di kelas lelaki. Pergerakannya agak kaku, mujur pelajar-pelajar di situ dilatih untuk menjaga adab mereka. Mereka begitu bersopan dalam pergaulan. Selesai mengajar Nurul Iman menuju ke kantin sekolahnya. Dia telah berjanji dengan shifwah untuk makan tengahari bersama. Ketika dia berhati-hati dalam menuruni anak tangga, tanpa semena-mena seorang lelaki melanggar tubuhnya dari hadapan. Nurul Iman jatuh terduduk ke belakang.

"Maafkan ana, ana tak perasan. Err’ saudari tak apa-apa’," ucapnya. Lelaki di hadapannya itu serba salah. Nak ditolong membangunkan Nurul Iman, agak sukar kerana dia perlu memegang Nurul Iman.Takut dituduh mengambil kesempatan terpaksa dia menunggu Nurul Iman untuk bangun semula. "Takpe, ana tak apa-apa. Syukran.." balas Nurul Iman. Dia kemudiannya bangun perlahan-lahan sambil tersenyum. Nurul Iman tidak lansung memandang lelaki yang berada di hadapannya. Dia terus berlalu. Bukan Nurul Iman berlagak sombong. Cuma dirinya memang begitu. Malu untuk bertentang mata dengan lelaki yang bukan mahramnya. Lelaki tersebut menghantar Nurul Iman dengan pandangan matanya sahaja. Dia merasa serba salah dengan Nurul Iman.

"Assalamualaikum’ Ustaz Safwan. Dah lama sampai ke’, "tiba-tiba Ustaz Amir menyapa lelaki tadi yang muncul dari belakangnya.

Kedengaran salam dari belakang. Lelaki itu menoleh kebelakang serta merta. Dia tersenyum melihat Ustaz Amir berdiri dibelakangnya.

"Pandang siapa Ustaz’," sambung Ustaz Amir sambil memandang ke arah yang sama.

"Takde apa-apa Ustaz Amir," balas Ustaz Safwan sambil menghulurkan tangannya ke arah Ustaz Amir. Ustaz Amir kemudiannya membawa Ustaz Safwan ke bilik pengetua untuk melapor diri bertugas di Sekolah itu.
Sesampainya di kantin, Nurul Iman terus mendapatkan shifwah. ‘Assalamualaikum, sapa Nurul Iman’. ‘Waalaikumusalam, balas shifwah’. ‘Lambatnya kak Nurul ni, orang dah lapar ni tau, rungut Shifwah sambil memuncungkan bibirnya’. Nurul Iman Cuma tersenyum. Dia tahu Shifwah Cuma bergurau. Peristiwa dia jatuh di tangga tadi, tidak diceritakannya kepada Shifwah. Baginya itu Cuma perkara yang kecil, maka tidak perlulah ianya dihebah-hebahkan. Lagi pulak ada guru lain yang turut sama makan di situ. Jadi segan untuk dia membuka mulut tentang hal tadi.
‘Kak, sekejap lagi pengetua nak jumpa kita berdua, kata Shifwah setelah mereka berdua selesai makan’.
Nurul Iman terkejut. Dia memandang muka Shifwah dan menunggu butiran seterusnya. Memahami bahasa badan Nurul Iman, Shifwah Cuma menggelengkan kepala tanda dia juga tidak tahu tujuan mereka berdua dipanggil. Selesai makan mereka berdua menuju ke bilik pengetua yang terletak di pejabat. Sesampainya di sana, kerani menyuruh mereka duduk sebentar kerana pengetua ada tetamu. Tidak lama selepas itu keluar Ustaz Amir dan Ustaz Safwan dari bilik pengetua.
‘Haa’ ustazah. Ni Ustaz Safwan, cikgu bahasa arab kita yang baru, perkenal ustaz Amir apabila dia melihat Nurul Iman dan Shifwah di situ.
‘Ni Ustazah Nurul dan ini Ustazah Shifwah, sambungnya lagi’.
Ustaz Safwan cuma tersenyum. Matanya tertumpu pada Nurul Iman. Ingin sahaja dia bertanyakan kepada Nurul Iman jika dia mendapat kecederaan semasa insiden tadi. Namun terpotong apabila Ustaz Amir memohon diri kerana mahu membawa Ustaz Safwan ke bilik guru. Nurul Iman dan Shifwah seterusnya masuk ke bilik pengetua setelah pemergian Ustaz Amir dan Ustaz Safwan.
‘Assalamualaikum, Ustaz, sapa Shifwah apabila masuk di dalam bilik pengetua tersebut’.
‘Waalaikumussalam, Haaa.. masuk Ustazah, Silakan duduk, balas pengetua’.
‘Ustazah berdua menyewa di luar kan’, aju pengetua setelah mereka berdua duduk’.
‘Yea, Ustaz, balas Shifwah pendek’.
‘Macam ni Ustazah, Ustazah Fatimah dah nak pindah keluar dari asrama. Dia dah tak mahu jadi warden lagi sebab dia terpaksa pindah ke rumah ibu dia. Ibu dia sakit. Jadi disebabkan Ustazah berdua saje yang masih bujang, maka saya mintak jasa baik Ustazah berdua untuk gantikan tempat Ustazah Fatimah sebagai warden asrama bagi asrama aspuri, terang pengetua mereka’.
Nurul Iman dan Shifwah saling berpandangan antara satu sama lain. Akhirnya Shifwah bersuara. ‘Baik Ustaz, kami setuju’.

نورول ايمان- باب 1


Bab 1

Perlahan-lahan Nurul Iman bangun dari tilamnya. Nurul Iman menyapu kesan-kesan tidur pada muka dengan tangan. Pernah dia terbaca Imam Nawawi dan Imam Ibn Hajar merekodkan, sunat menyapu kesan-kesan tidur yang terlekat pada muka dengan menggunakan tangan apabila bangun daripada tidur.

Ini Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W:

‘Rasulullah S.A.W, bangun daripada tidur lalu beliau duduk sambil menyapu kesan-kesan tidur pada wajahnya’
(Diriwayatkan oleh Muslim)

Nurul Iman memandang disekeliling bilik. Tiba-tiba Nurul Iman teringat sesuatu "Ya Allah, tak solat maghrib lagi", Bisik hati kecilnya. Nurul Iman bingkas bangun. Namun langkahnya terhenti seketika, "Allahu Akbar, kan Allah bagi cuti lagi!!". Nurul Iman kemudiannya menghalakan langkah ke meja belajar di satu sudut bilik. Nurul Iman menekan butang ‘on’ pada laptop yang saban hari setia menjalankan tugasnya seperti yang diprogramkan. Hatinya terdetik "Betapa hebat ilham manusia yang menciptakan laptop tersebut. Namun dia sedari semua kekaguman itu adalah milik mutlak Allah S.W.T, Masya-Allah(Allah yang mengizinkan atau Allah yang menganugerahkan) Tanpa kurniaan dari Allah, tak mungkin manusia mampu berfikir sebegitu. Walaupun satu-satunya makhluk Allah yang berakal adalah manusia, namun tidak semua membuat pemanduan yang betul dengan kurniaan yang satu itu. Bagi yang menggunakan mata hati pasti mengerti tujuan penganugerahan akal itu, namun bagi yang lalai dan terleka, penganugerahan itu pasti digunakan dengan tujuan yang sia-sia. Nurul Iman termenung sendiri. Matanya liar mencari ‘icon real player’ di desktop laptopnya.

Kemudian perlahan lagu di dalam real player miliknya dimainkan. Berkumandang lagu-lagu nasyid kegemaran Nurul Iman. Nurul Iman tersenyum sendiri menghayati lirik lagu ‘Permaisuri Hatiku’ dendangan kumpulan Hijjaz. Nurul Iman ingat lagi bagaimana abang longnya menyanyikan lagu itu dihadapan web cam untuk kakak iparnya yang menyambungkan pelajaran ke Mesir. Hampir nak pecah perut Nurul Iman dan adik-beradik yang lain bila terdengar suara sumbang abang long mereka. (Tak sangka abang long romantik. Muka je nampak garang tapi hati penuh kasih sayang rupanya, bisik hati kecilnya.) Namun Alhamdulillah, dugaan Allah buat mereka dah berakhir. Kini kakak ipar Nurul Iman telah kembali ke Malaysia dan mereka bahagia melayari bahtera rumahtangga di daerah yang lain.

Tiba-tiba hati Nurul Iman rindukan kampung halamannya. Dugaan Allah buatnya terasa berat untuk dipikul. Namun dia sedar, dia tidak harus merungut atas rezeki yang telah ditetapkan untuknya. Terngiang-ngiang pesanan umminya "Kak lang janganlah sedih. Rezeki kak lang Allah tetapkan di sana. Kena redho. Rencana Allah kita tak tahu. Ada hikmahnya. Insyaallah, ikhlaskan hati baru gaji kita berkat. Cuti sekolah kak lang baliklah," pujuk ummi malam sebelum Nurul Iman berangkat ke sabah. "Terima kasih ummi," bicara hati kecilnya. Nurul Iman kemudian menarik helaian kertas kajang di atas meja. Nurul Iman perlu habiskan menyemak ke semua kertas soalan peperiksaan setengah tahun pelajar Nurul Iman. Minggu hadapan semua guru perlu ‘key-in’ markah pelajar dalam sistem markah di Sekolah. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk. Bila daun pintu itu terkuak menyeringgai wajah shifwah teman serumahnya.

"Assalamualaikum, buat apa tu kak’ Busy ke?’," sambungnya lagi.
"Waalaikumussalam, na'am(ya) busy sesangat ni. Kalau shifwah masuk lagi busy jadinya nanti," balas Nurul Iman sambil tersenyum.

"Yelah-yelah, tak ganggu. Nyampah tau," kata Shifwah sambil memuncungkan bibirnya ke depan. Namun dia tetap masuk ke bilik Nurul Iman dan duduk disebelahnya.

‘"Eh! Kata menyampah. Tiba-tiba je mengendeng kat kita ni’ Iskh3’ biasa ni," balas Nurul Iman sambil cuba menahan ketawa.

Tanpa semena-mena satu cubitan manja hinggap di pinggang Nurul Iman.
"Owch!!, aduh Nurul Iman".

Shifwah cuma membuat muka tidak bersalahnya sambil cuba menukar lagu di dalam Real player milik Nurul Iman. Nurul Iman cuma tersenyum dengan gelagat manja shifwah. Sahabatnya itu memang begitu. Namun dia syukuri nikmat persahabatan yang Allah kurniakan kepadanya dan shifwah. Dia sendiri tidak menyangka dia dan shifwah ditakdirkan posting ke sekolah yang sama. Baginya shifwah seorang sahabat yang baik, yang senantiasa mengambil berat pasal dirinya, begitu juga dengan dirinya terhadap shifwah. "Alhamdulillah, terima kasih ya Allah, di atas kurniaan persahabatan ini," bisiknya sendiri.

"Nak kita tolong ke’, kata Shifwah mematikan lamunannya".
"Sanggup’," tanya Nurul Iman menduga.
"Boleh bah kalau kak Nurul, balas Shifwah sambil meniru loghat Sabah".
Berderai ketawa mereka serentak. Hampir dua belas malam baru mereka selesai menandakan kertas jawapan tersebut.

"Terima kasih ye dik," kata Nurul Iman kepada Shifwah sebelum dia masuk ke biliknya untuk tidur.

Shifwah cuma menghadiahkan senyuman kepada Nurul Iman sambil sempat mengusik. "Kak, nanti belanja makan ikan bakar yea."

"No problem," balas Nurul Iman sambil tersenyum lebar.

Selepas itu keduanya melayari dunia tidur yang paling nikmat pemberian Ilahi sementara menantikan hari esok menjengahkan surianya.
 

MuTiArA HiKMaH..

BiLa 2 dIrI MeNcinTai iLaHi
BeRgAbUnGLAh jiwA BeRsAtULAh hAti.
2 jiwA SaTu cinTa
2 jAsAd sAtU MaTlAmAt
biLA CiNtA KeRaNa ALLAH
bErPiSaHnYa tDk gELisAh
biLA RinDu kErNa yG SaTu
BeRtEmUnYa pAsTi tAk jEmU
UkHUWaH ItU InDaH BiLa bErTeMu&BeRpisAh kErAnA ALLAH

QUITE MOMENT

KiNdNeSs iS A LaNgUaGe tHe dUmB CaN SpEAk AnD ThE DeAf cAn hEaR AnD UnDeRstaNd......... No oNe's painT ThEiR DrEaMS On mE........ sOmEWhErE sOmEoNe'S iS DrEaMiNg....... tHeRe's a lYiNg iN YoUr siLeNcE...... tHe bEgInNiNg iS ThE EnD iS ThE BeGiNniNg..... HoW CoMe, hOw lOnG?...... tElLiNg ridDLeS In tHe dArK...... SpeEdInG Up tO SlOw dOwN..... rEaChInG fOr a hAnD ThAt cAn uNdErStAnD, sOmEoNe WhO FeELs ThE SaMe....... LoVeS&LiVeS - SoMEoNe oWeZ GeT HuRt iN It...

MuTiArA HiKmAh...

DuNiA TEmPaT KiTa mEnYeMaI
AkHiRaT NaNtI TeMpAt kItA MenUai
beRiBaDaHLAh bagAi KiTa aKaN MaTi eSoK HaRi.
kEraNa iTuLaH MaTLAmAt kItA DiJaDiKaN.
dariNYA kIta dAtAnG kepadaNYA kItA PaStI PuLaNg
NaMuN BeKeRjAlAh sEoLaH-OlAh kItA KaN HiDuP SeRiBu tAhUn lAgI
DeMi kEcEmErLaNgAn dIrI DaN PeWaRiS GeNeRaSi naNtI
tAbUrLaH BaKtI SebaNyAk-bAnYaKNyA KpD InSaN
kErAnA GaNjArAn kEbAiKaN PeNuH KeMaNiSaN