Social Icons

Friday, October 28, 2011

Kenapa Hidup Tidak Selalu Indah???

‘Hidup tidak selalunya Indah,
Langit tak selalu cerah,
Suram malam tak berbintang,
Itulah lukisan alam,
Begitu aturan Tuhan’
Kedengaran lagu ‘Lukisan Alam’ dari Kumpulan Hijjaz di laptop milik Ibunya. Sereberum Muhammad Nasiruddin yang berumur 10 tahun tangkas mengingati lirik lagu yang sedang berkumandang itu.
‘Seronoknya dia..., sapa Nurul Syifa dari belakang’.
Muhammad Nasiruddin cuma tersenyum. Mulutnya masih setia mengikuti penyanyi Munif mendendangkan lagu itu. Nurul Syifa turut tersenyum melihat telatah anak bongsunya itu. Nurul Syifa duduk bersebelahan Muhammad Nasiruddin. Dia perlu menanda beberapa buku latihan milik pelajarnya. Sesekali matanya mengerling ke arah Muhammad Nasiruddin yang sedang khusyuk mendengar lagu ‘Lukisan Alam’ itu. Dia sendiri tidak pasti apakah anak bongsunya itu benar-benar memahami apa yang didengarnya atau sekadar cuba untuk menyanyikan lagu itu.
‘Ummi.. Kenapa lagu ni kata Hidup tidak selalunya indah? aju Muhammad Nasiruddin tiba-tiba’.
Nurul Syifa memberhentikan tangannya dari menanda buku. Dia memandang Muhammad Nasiruddin sambil tersenyum.
‘Sebab Allah sedang mengajar kita sesuatu dengan menimpakan musibah-musibah kecil dan besar dalam hidup kita, sebab itulah hidup kita tidak akan selalunya indah, sebagaimana Firman Allah swt dalam surah Al-Anbiya (21 ayat 35):Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan dan kepada kamilah kalian kembali, sampuk Muhammad Hakimi’.
Nurul Syifa dan Muhammad Nasiruddin berpaling ke arah belakang. Muhammad Hakimi tersenyum memandang anak dan isterinya yang sedang berdiskusi itu.
‘Apa yang Allah nak ajar kita Walid?, tanya Muhammad Nasiruddin lagi yang masih keliru’.
‘Mmmm.. Haaa.. Ingat tak Adik pernah jatuh sampai lutut Adik berdarah tempoh hari?, sambung Muhammad Hakimi cuba membangkitkan kembali kenangan itu’.
Muhammad Nasiruddin menganggukkan kepalanya. Dia memandang muka walidnya dengan penuh minat sambil menunggu butir bicara yang seterusnya.
‘Agaknya masa Adik jatuh. Adik rasa bahagia ke atau derita?, soal Muhammad Hakimi’.
‘Mestilah Adik rasa derita Walid, Adik rasa sakit juga sebab susah nak mandi. Lutut Adik rasa pedih bila kena air, balasnya jujur’.
‘Di masa itu, ummi ada halang tak Adik supaya jangan berlari, sampuk Nurul Syifa’.
‘Ada.. Tapi Adik tak dengar kata Ummi. Adik terus lari hingga terjatuh, balasnya jujur’.
‘Itulah makna Allah sedang mengajar Adik. Adik terlupa seorang anak patut mendengar nasihat Ummi dan Walidnya. Akibat tak mendengar nasihat Ummilah baru Allah datangkan musibah kecil dengan mendapat luka di lutut Adik dan membuatkan diri Adik tak bahagia waktu itu, terang Muhammad Hakimi panjang lebar’.
Muhammad Nasiruddin cuma mengangguk kecil. Ada kesal pada wajah comel itu. Melihatkan kekesalan yang terpamir dari wajah anaknya, segera Muhammad Hakimi bersuara...
‘Tapi, Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim), sambung Muhammad Hakimi’.
Muhammad Nasiruddin kembali tersenyum..
‘Lepas ini, Insyaallah, adik akan patuh pada pesanan ummi dan walid, ucap Muhammad Nasiruddin kembali ceria’.
‘Dan patuh pada pesanan Allah juga, sampuk Nurul Syifa sambil memeluk anak bongsunya itu’.
‘Alhamdulillah... bisik hati kecil Nurul Syifa dan Muhammad Hakimi’.
Doa Nabi Ibrahim a.s
Mohon agar diri serta zuriat keturunan termasuk dalam golongan yang taat melakukan perintah Allah SWT.
رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
(Surah Ibrahim : Ayat 40)

Monday, June 13, 2011

کمبالي ک سکوله


'Nak Mak Lang tolong?, aju Nurul Iman kepada anak buahnya yang sedang mengemas buku ke dalam beg sekolah'.

'Takpe... Abang Ngah boleh buat sendiri. Syukran Jazilan Mak Lang, balas Aman sambil tersenyum'.

Tidak jauh dari mereka, kelihatan Amin, Abang sulung kepada Aman turut menurut jejak Aman, adiknya. Namun wajah Amin kelihatan kelat.

'Kenapa dengan Abang Long tu. Mak Lang tengok monyok je. Kenapa?, bisik Nurul Iman kepada Aman'.

'Dia sedih sebab esok dah mula sekolah. Jadi esok ummi akan simpan Play Station. Jadi Abang malas nak ke sekolah esok, balas Aman perlahan'.

Mereka berdua kemudiannya tersenyum melihat telatah Amin.

'Aman tahu menuntut ilmu adalah jalan menuju syurga. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Barangsiapa menempuh sebuah jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkannya jalannya menuju surga".(HR. Muslim no : 2699 dari Abi Hurairah). Beliau juga bersabda "Barangsiapa keluar untuk mencari ilmu, maka ia berada di jalan Allah sampai ia kembali".(HR Tirmidzi no : 2323, Ibnu Majah no : 4112 dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Ibnu Majah no : 186 dari Anas), kata Nurul Iman dengan kuat'.

Amin yang mendengar perkara itu berpaling ke arah Mak Langnya.

'Mak Lang tahu. 'Menuntut ilmu wajib atas tiap muslim (Hadis Riwayat Ibnu Majah), sambung Abang Ngah sambil tersenyum'.

Mendengar hal itu, Amin cuma tersenyum. Nurul Iman yang melihat senyuman itu turut lega kerana iman dan akal anak buahnya itu sedang bergabung menerima setuju apa yang dikatakan oleh dia dan adiknya, Aman. Perlahan Nurul Iman bangun menuju ke arah Amin.

'Abang merajuk hati dengan ummi yea. Tak baik macam tu. Ummi cuma melakukan yang terbaik buat Abang. Abang tak sayang pada ummi ke?, aju Nurul Iman'.

Amin cuma tertunduk. Kemudian perlahan dia bersuara.

'Abang sayang pada ummi, jawabnya perlahan'.

'Jadi Abang tak boleh sedih-sedih macam ni. Esok nak pergi tuntut ilmu kan? kalau Abang sedih-sedih, bagaimana Abang nak ikhlaskan hati untuk menuntut ilmu. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda, "Apabila anak cucu Adam meninggal dunia maka terputus semua amalannya kecuali dari tiga hal : shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat, anak shalih yang mendoakannnya"(HR Muslim 1631 dari Abi Hurairah). Abang tak mahu ke bawa ilmu yang bermanfaat bila dah tiada nanti?, terang Nurul Iman'.

Amin tersenyum. Hatinya yang sedih sebentar tadi kembali tenang dengan ingatan dari Mak Lang dan Adiknya sendiri. Kini hatinya bersedia untuk ikhlas menuntut ilmu ke sekolah esok hari..

Wednesday, April 20, 2011

شافق الله

Nasiruddin yang baru balik dari mengaji berjalan lesu menuju ke sofa. Muhammad Nasarullah turut menuruti langkah adiknya itu. Muhammad Nasarullah mencapai remote tv sementara Muhammad Nasiruddin terus melabuhkan badannya ke atas sofa. 

‘Assalamualaikum, sapa Nurul Iman yang datang dari arah dapur’.

‘Waalaikumussalam, jawab kedua orang anak buahnya itu’.

‘Amboi... balik senyap2... Tak dengar pun salam, aju Nurul Iman’.

Kedua orang anak buahnya hanya tersenyum. Nurul Iman turut tersenyum. Dia Cuma memerhatikan kedua orang anak buahnya itu. Namun tatkala pandangannya terarah pada Muhammad Nasarullah, dia dapat merasakan sesuatu ke atas anak buahnya yang seorang itu. Perlahan Nurul Iman menghampiri Muhammad Nasurullah. Tangannya segera diletakkan ke atas dahi Muhammad Nasurullah.

‘Ya Allah Panasnya,, bisik hati kecil Nurul Iman.

‘Abang, pergi ambilkan mak lang ‘coolfever’, arah Nurul Iman’.

Muhammad Nasarullah yang seakan mengerti berlalu pantas menuju ke dapur. Dia teringat pesan Ibunya, jika demam ada ‘coolfever’ di dalam peti untuk diletakkan ke atas dahi. 

Setelah tercari-cari baru dia menjumpainya. Dia segera berlari ke hadapan. Dengan membaca sedikit Ruqyah ‘coolfever’ itu diletakkan ke atas dahi adiknya. ‘Ya Allah! kebahkan panas badan adikku ini’, doa Muhammad Nasiruddin’.
Nurul Iman yang melihat hal itu tersenyum.

‘Pandainya abang, puji Nurul Iman’.

‘Ummi yang ajar. jawab Muhammad Nasiruddin sambil tersenyum.

‘Abang nak dengar satu cerita tak?, aju Nurul Iman’.

‘Cerita apa?, tanyanya kembali’.

‘Ceritanya begini. Imam al-Baihaqi ada meriwayatkan sebuah hadis iaitu daripada Anas r.a. kata: Rasulullah s.a.w menemui Aisyah r.ha. ketika Aisyah terkena penyakit demam panas seraya berkata, ‘Jangan mengeluh kerana ia diperintahkan. Tetapi jika kamu mahu akan aku ajari beberapa bacaan yang jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan sakit itu darimu. ‘Aisyah berkata, ‘Ajarilah aku’. Baginda bersabda, maksudnya: Ya Allah, kasihanilah kulitku yang nipis dan tulangku yang lembut daripada panasnya kebakaran’.

Muhammad Nasiruddin tersenyum mendengar cerita dari mak langnya. Muhammad Nasiruddin seterusnya mengusap rambut adiknya itu. Perlahan dia bersuara.

‘Adik... mari kita zikir, ajaknya lembut’.

Muhammad Nasarullah sekadar mengangguk lemah. Muhammad Nasiruddin mengambil jari adiknya untuk dijadikan sebagai tasbih sebagaimana yang dilakukan oleh umminya sewaktu dia demam. Nurul Iman yang memerhatikan hal itu hampir mahu menangis. Dia kagum dengan kakaknya kerana berjaya mendidik anak sesoleh Muhammad Nasiruddin dan Nasarullah.

‘Ya Allah, jika ana berkahwin kelak, kurniakan ana ulama(anak) yang soleh dan solehah Ya Allah’, doa Nurul Iman dalam hatinya’.

Monday, April 18, 2011

حکوم مڠواڤ.. واجب-حرام- هاروس-سنة-مکروه


'Huaaaarrrrrgggghhhhhhhhhhhhhhhh... ngantuknya', kata Haikal sambil menutup mulutnya'.

Nurul Iman tersenyum melihat telatah adik bongsunya yang sedang meningkat remaja itu.

'Maaflah kak lang. Ngantuk sangat dah mata Uda ni, terang Haikal bila dia menyedari tindakannya menguap tadi diperhatikan oleh kakak kesayangannya itu'.

Nurul Iman cuma tersenyum mendengarnya.

'Haikal tahu? Menguap boleh jadi
Wajib, boleh juga jadi Haram, sunat Makruh atau Harus tau, ucap Nurul Iman sambil tersenyum'.

'Hah?? Macam mana pulak tu kak lang?, tanya Haikal ingin tahu'.

'Yang pertama, menguap jadi
Wajib kalau kita tahan, ianya akan datangkan mudarat pada kita contohnya dalam satu majlis kita malu sangat nak menguap jadi kita tahan sehinggakan mudaratkan diri kita contohnya boleh pengsan atau sakit kepala. Wajib ertinya, perlu menguap dan kita akan diberi pahala, dan sekiranya tidak menguap ia jatuh dosa',, terang Nurul Iman'.

'Kalau
Haram pulak kak lang?, tanya Haikal dengan penuh minat'.

'
Haram, jika kita pura-pura menguap untuk sakitkan hati orang lain. Contohnya masa dengar ceramah, kita bosan dan benci pada penceramah jadi kita buat-buat menguap dengan isyarat mahu beritahu penceramah supaya cepat habiskan ceramahnya yang bosan itu. Jika kita buat yang ini kita berdosa tapi jika kita tinggalkan ia berpahala, sambung Nurul Iman'.

'Kalau
Sunat pula Haikal, duga Nurul Iman'.

'Kalau
Sunat.. Mmmm.. Haa.. kalau Sunat jika kita ikut menguap cara Rasulullah. Yakni dengan menutup mulut dan membaca ta'awwuz. Hal ini disukai Allah, dan ianya sangat digalakkan dan diberi pahala, jawab Haikal'.

'Anta syatir(Awak bijak) ya akhun, puji Nurul Iman'.

Haikal cuma tersenyum sambil melafazkan Alhamdulillah.

'Kalau
Harus dan Makruh pula kak lang?, aju Haikal penuh minat'.

'Kalau
Harus maksudnya harus menguap dalam mana-mana posisi badan samaada berdiri, duduk atau berbaring. Sementara Makruh pula, jika kita menguap dengan membuka mulut lebar-lebar tanpa menutupnya, hingga dengan itu kelihatan begitu buruk dan cela dipandang orang. Allah tidak suka cara menguap begitu, terang Nurul Iman panjang lebar'.

'Wah! pandainya kak lang. Mana kak lang tahu ilmu ni?, aju Haikal'.

'Dari majalah kesayangan kak lang lah. Apa lagi kalau bukan
SOLUSI, balas Nurul Iman sambil tersenyum panjang'.

Haikal turut tersenyum melihat telatah kakaknya yang manja itu......

'
SOLUSI, Panduan Hidup Bersyariat. Syukran Jazilan, ucap Haikal didalam hatinya'.

Sunday, April 17, 2011

نورول ايمان- باب اخير


Bab Akhir

Pagi itu Ustaz Safwan masuk ke bilik Nurul Iman untuk mengejutkan Nurul Iman solat subuh berjemaah. Lampu bilik Nurul Iman dibuka. Matanya meliar mencari Nurul Iman di atas katil, tapi tiada. Kemudian matanya tertumpu pada sekujur tubuh yang masih lengkap bertelekung berbaring di atas tikar sejadah. Perlahan Ustaz Safwan menghampiri Nurul Iman. Dia tahu malam tadi pasti Nurul Iman melakukan solat sunat. Sudah acap kali Nurul Iman tertidur di tikar sejadah. Selalunya dialah yang akan mengejutkan Nurul Iman.
‘Sayang.. sayang.., panggil Ustaz Safwan perlahan’.
Namun tiada reaksi yang Nurul Iman mahu bangun. Tiba-tiba hati Ustaz Safwan berdegup kencang. Dia dapat merasakan sesuatu. Lantas jarinya diletakkan ke hidung Nurul Iman. Tubuh Nurul Iman digerakkan semula. Dia lantas ke bilik air mengambil sedikit air. Ustaz Safwan meruap sedikit air ke wajah Nurul Iman. Sekali lagi nadi Nurul Iman diperiksanya.
Inna lillahi wa inna illa hirajiuuun..ucapnya lemah’.
Shifwah yang kebetulan lalu di situ mendapatkan Ustaz Safwan. Shifwah memeluk erat Nurul Iman yang berada di pangkuan Ustaz Safwan. Ustaz Safwan cuba menenangkan Shifwah. Tubuh Nurul Iman diangkat dan diletakkan di atas katil. Perlahan selimut diangkat menutup wajah Nurul Iman. Ustaz Safwan cuma menabahkan dirinya. Dia telah berjanji tidak akan menangisi kematian Nurul Iman. Perlahan dia mendail nombor Hafiz.

‘Assalamualaikum, ucap Ustaz Safwan’.
‘Waalaikumussalam, balas Hafiz’.
‘Nurul’ Nurul dah tiada Fiz’.
Inna lillahi wa inna illa hirajiuuun, balas Hafiz tenang’.
‘Nanti aku beritahu ummi. Kami akan ke sana. Assalamualaikum, sambung Hafiz’.
Hafiz tenang menerima berita itu. Hatinya tidak putus-putus berdoa. Sememangnya dia telah bersiap sedia dengan hal itu sejak dari dia mengetahui penyakit Nurul Iman. Keluarganya juga begitu, telah lama bersedia menerima saat itu.
'Ya Allah, tempatkan adikku di tempat hamba-hambaMU yang soleh Ya Allah, bisik hati kecilnya’.

Tepat jam 2.00 petang baru jenazah Nurul Iman selamat dikebumikan.

‘Moga kita bertemu di sana sayang, Insyaallah, bicara Ustaz Safwan di dalam hatinya sesudah dia melangkah keluar dari tapak perkuburan’

Dari jauh dia melihat Shifwah yang sedang menunggunya di kereta. 
 
'Shifwah, kau amanah ku di dunia ini, Insyaallah akan abang cuba laksanakan amanah itu sebaik mungkin, bisik hatinya'.

نورول ايمان- باب 13

Bab 13

‘Aku terima nikahnya Shifwah Binti Abdullah dengan mas kahwinya RM80 tunai, lafaz Ustaz Safwan dengan tenang’. Untuk kali kedua lafaz itu keluar dari mulutnya. Namun dia tenang menerima semua itu.

‘Assalamualaikum, ucap Ustaz Safwan’.

‘Waalaikumussalam, balas Nurul Iman lembut’.

Dia memandang suaminya itu dengan kehairanan. Menyedari hal itu dia bersuara.

‘Abang dah mintak izin dari Shifwah. Malam ni abang nak temankan sayang. Abang nampak sayang pucat tadi. Sayang tak sihat kan?, terang Ustaz safwan’.

Nurul Iman bangun mendapatkan suaminya yang duduk di birai katil. Nurul Iman duduk bersebelahan suaminya itu. Tangan suaminya di genggam erat.

‘Insyaallah, tiada apa-apa. Mungkin penat saja. Abang jangan risaukan sayang yea. Pergilah temani Shifwah. Malam ini untuknya. Pergi yea abang, pujuk Nurul Iman’.

Ustaz Safwan memandang Nurul Iman dengan pandangan yang sayu. Dahi Nurul Iman dikucupnya. Nurul Iman dipeluknya dengan erat.

‘Pergilah’ Jangan begini. Abang tak sayang sayang ke?, Abang pergi yea, rayu Nurul Iman".
Kali ini air matanya jatuh.

Melihatkan hal itu Ustaz Safwan mengangguk lemah. Dia tidak sampai hati melihat air mata Nurul Iman gugur. Perlahan Ustaz Safwan bangun. Namun belum sempat Ustaz Safwan melangkah keluar, Nurul Iman memanggilnya. Langkah Ustaz Safwan terhenti dia berpaling. Nurul Iman menarik tangan suaminya dengan lembut. Lalu dikucupnya tangan suaminya itu.

‘Maafkan sayang dunia akhirat yea abang. Halalkan makan minum sayang selama kita bersama. Terima kasih sebab sudi pilih sayang jadi permaisuri di hati abang, ucap Nurul Iman’.

‘Sayang tak pernah salah pada abang. Abang halalkan segalanya buat sayang. Maafkan abang sama yea. Terima kasih juga sebab sudi jadi peneman abang, insyaallah di dunia dan akhirat, balas Ustaz Safwan’.

‘Assalamualaikum, ucap Nurul Iman’.

‘Waalaikumussalam, balas Ustaz Safwan’.

Sejurus suaminya keluar, Nurul Iman menuju ke bilik air. Dia mahu berwuduk dan terus menunaikan solat sunat. Malam itu dia bertafakur pada Allah. Sedar dan tidak dia tertidur di tikar sejadah.

نورول ايمان- باب 12

Bab 12

Hampir 2 bulan Nurul Iman dan Ustaz Safwan melayari bahtera rumahtangga. Terpancar kebahagiaan di wajah Nurul Iman, walaupun badannya selalu lemah kerana barah yang dihidapnya, tapi itu tidak pernah melunturkan semangatnya untuk melakukan tugas sama seperti isteri yang lain. Kini Nurul Iman sedang sibuk menguruskan walimatulurus untuk suaminya sendiri dengan Shifwah. Ustaz Safwan sentiasa menemani Nurul Iman pergi mendapatkan keperluan untuk barang-barang hantaran jika dia tiada urusan kerja. Ustaz Safwan duduk memerhatikan isterinya dan Shifwah yang sedang memilih baju perkahwinan. Selayang ingatannya teringat syarat yang dikenakan oleh Nurul Iman pada dirinya.

‘Itu syarat Nurul Iman Wan. Setelah 2 bulan berkahwin kau perlu berkahwin dengan Shifwah, ucap Hafiz tenang’.

Ustaz Safwan terkedu. Matanya redup memandang ke hadapan. Fikirannya buntu dengan syarat dari Nurul Iman.

‘Tapi kenapa?. Berat benar syarat itu untuk aku laksanakan Fiz, balas Ustaz Safwan tenang’. Ada getar dalam suaranya. Air matanya bergenang.

‘Kau mampu Wan. Jika kau benar-benar ingin membahagiakan adik aku. Kau terimalah syarat dia. bukankah itu yang kau nak buat untukknya, terang Hafiz’.

Ustaz Safwan membisu seribu bahasa. Lama baru dia bersuara semula.

‘Habis Shifwah bagaimana? Dia dah tahu, soalnya lemah’.

‘Alhamdulillah, sudah. Dia juga tidak bersetuju pada mulanya, tapi sebab Nurul dah pujuk baru dia bersetuju. Sekarang keputusan di tangan kau, balas Hafiz’.
‘Abang… Abang…, panggil Nurul Iman’.

Ustaz Safwan terserentak dari lamunanya. Dia tersenyum memandang Nurul Iman.

‘Ada apa sayang?, soalnya lembut’.

‘Giliran abang pula. Ukur baju, balas Nurul Iman sambil tersenyum’.

Ustaz Safwan menangguk lemah. Perlahan dia bangun menuju ke arah tukang jahit yang setia menunggunya di satu sudut kedai tersebut. Jam 2.00 petang baru semuanya selesai.
 

MuTiArA HiKMaH..

BiLa 2 dIrI MeNcinTai iLaHi
BeRgAbUnGLAh jiwA BeRsAtULAh hAti.
2 jiwA SaTu cinTa
2 jAsAd sAtU MaTlAmAt
biLA CiNtA KeRaNa ALLAH
bErPiSaHnYa tDk gELisAh
biLA RinDu kErNa yG SaTu
BeRtEmUnYa pAsTi tAk jEmU
UkHUWaH ItU InDaH BiLa bErTeMu&BeRpisAh kErAnA ALLAH

QUITE MOMENT

KiNdNeSs iS A LaNgUaGe tHe dUmB CaN SpEAk AnD ThE DeAf cAn hEaR AnD UnDeRstaNd......... No oNe's painT ThEiR DrEaMS On mE........ sOmEWhErE sOmEoNe'S iS DrEaMiNg....... tHeRe's a lYiNg iN YoUr siLeNcE...... tHe bEgInNiNg iS ThE EnD iS ThE BeGiNniNg..... HoW CoMe, hOw lOnG?...... tElLiNg ridDLeS In tHe dArK...... SpeEdInG Up tO SlOw dOwN..... rEaChInG fOr a hAnD ThAt cAn uNdErStAnD, sOmEoNe WhO FeELs ThE SaMe....... LoVeS&LiVeS - SoMEoNe oWeZ GeT HuRt iN It...

MuTiArA HiKmAh...

DuNiA TEmPaT KiTa mEnYeMaI
AkHiRaT NaNtI TeMpAt kItA MenUai
beRiBaDaHLAh bagAi KiTa aKaN MaTi eSoK HaRi.
kEraNa iTuLaH MaTLAmAt kItA DiJaDiKaN.
dariNYA kIta dAtAnG kepadaNYA kItA PaStI PuLaNg
NaMuN BeKeRjAlAh sEoLaH-OlAh kItA KaN HiDuP SeRiBu tAhUn lAgI
DeMi kEcEmErLaNgAn dIrI DaN PeWaRiS GeNeRaSi naNtI
tAbUrLaH BaKtI SebaNyAk-bAnYaKNyA KpD InSaN
kErAnA GaNjArAn kEbAiKaN PeNuH KeMaNiSaN