‘Huwaaaaaaaaaaaaa........’
Terkejut dengan tangisan di ruang tamu, segera Nurul keluar melihat apa yang terjadi pada anak bongsunya itu. Kelihatan Nasiruddin yang berumur 10 tahun menangis di atas lantai sambil memegang tapak kakinya, sementara Nasarullah yang berumur 12 tahun berdiri tidak jauh dari adiknya sambil memegang rotan. Nurul segera menghampiri Nasiruddin.
‘Abang pukul, kata Muhammad Nasiruddin tanpa ditanya’.
Nurul mengalihkan pandangan kepada anak sulungnya itu. Seolah-olah faham dengan pandangan tanpa suara dari ibunya.
Nasarullah bersuara.
‘Adik tak mahu solat. Jadi abang pukullah dia. Kan dalam Hadis Riwayat Abu Daud ‘Rasulullah s.a.w bersabda Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Ibu tak ingat?, terang Muhammad Nasarullah panjang lebar’.
‘Lagipun walid kata, kalau walid tiada di rumah abang yang kena ingatkan adik-adik, sambungnya lagi’.
Nurul tersenyum. Tidak disangka pesanan dari suaminya tempoh hari sebelum berangkat menghadiri kursus di Langkawi melekat kemas di kotak fikiran anak sulungnya itu. Dia sedar anak sulungnya itu sedang belajar ilmu tanggungjawab.
‘Alhamdulillah, Terima kasih Ya Allah dengan nikmat ulama(anak) seperti Muhammad Nasarullah, Syukur Nurul dalam hatinya’.
‘Adik tak takut Allah yea? Kenapa malas solat?, pujuk Nurul sambil mengusap tapak kaki anak bongsunya’. Nurul pasti Nasiruddin dirotan di tapak kakinya. Sememangnya Nurul dan suami memukul anak-anaknya di tapak kaki jika mereka nakal, dan kini hal itu sedang dipraktikkan oleh anak sulungnya.
‘Adik tahu, tapi Adik nak tunggu sampai Doraemon habis dulu. Bukan Adik tak mahu solat, balasnya dalam esak’.
‘Solat awal waktu kan lebih afdal.. Tak ingat cerita walid hari tu? Diriwayatkan oleh Ummu Farwah, katanya : Maksudnya : “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya, apakah amalan-amalan yang paling afdhal ? Baginda menjawab : “Sembahyang pada awal waktunya” (Hadits riwayat Abu Daud), balas Nurul lembut’.
Nasiruddin menganggukkan kepalanya. Tangisannya sedikit reda.
‘Pergi salam abang. Mintak maaf dengan abang yea, sayang, arah Nurul sambil mengucup dahi anak bongsunya itu’.
Nasiruddin bangun dan menuju ke arah abangnya. Tangannya disambut baik oleh Nasarullah sambil memeluk Nasiruddin dalam pelukannya. Nurul yang memerhatikan gelagat itu terasa tenang.
0 comments:
Post a Comment