Monday, October 11, 2010
کرنامو نورول عين (Bab 8 & Bab 9)
Bab 8
Hujung minggu itu dia dan abang longnya pulang ke kampung. Sepanjang perjalanan hatinya berasa tenang. Hatinya kini benar-benar telah diserah sepenuhnya kepada Allah. Nama Muhammad Suhaimie tidak lagi mengganggu mindanya. Hatinya benar-benar pasrah. Jika risikan itu datangnya dari lelaki yang baik, hatinya tidak akan lagi teragak-agak dalam menerimanya. Sesampai di kampung umminya menyambut kepulangan mereka dengan gembira sekali. Nurul Ain merasa senang hati melihat umminya yang sentiasa kuat dan sihat.
Malam itu selesai solat isyak berjemaah mereka makan bersama-sama.
‘Rindunya kakak dekat masakan ummi, kata Nurul Ain’.
‘Amin pun rindu jugak, sampuk Amin’.
‘Sibuk je… balas Nurul Ain sambil mencebik pada anak buahnya itu’.
‘Haah.. windu kat masakan nenek ni. Chedap… sambung angah pula’.
Nurul Ain yang kebetulan duduk di sebelah angah menarik pipi angah tanda geram.
Hampir kesemua yang berada di situ ketawa dengan telatah Nurul Ain. Nurul Ain tidak mengendahkan semua itu. Sememangnya dia seorang anak yang manja.
Selesai mengemas meja makan Nurul Ain masuk ke bilik umminya, manakala yang lain sibuk menonton tv di ruang tamu. Jika pulang ke kampung sememangnya Nurul Ain akan tidur bersama dengan umminya walaupun dia mempunyai biliknya sendiri. Semasa sedang membaca buku, umminya masuk ke bilik. Nurul Ain Cuma tersenyum melihat umminya.
‘Kakak dah sedia? tanya umminya memulakan perbualan’.
‘Sedia apa ummi? tanya Nurul Ain kembali’.
‘Sedia jadi isteri dan ummi solehah, terang umminya’.
Nurul Ain cuma tersenyum. Tiada jawapan untuk soalan umminya itu. Nurul Ain melabuhkan kepalanya pada peha umminya. Umminya cuma membiarkan saja tindakan Nurul Ain. Perlahan umminya mengusap rambut Nurul Ain.
‘Kakak, ummi yakiN kakak dah sedia. Lelaki yang bakal datang esok memang ummi kenal agamanya. Dia sendiri datang jumpa ummi minta kakak dari ummi, kata umminya’.
Nurul Ain bangun dari pembaringannya. Tangan umminya dipegang erat.
‘Ummi, kakak redho. Baik buat ummi, baik juga buat kakak. Usai terima berita dari ummi tempoh hari, istikharah telah kakak lakukan dan mimpi baik menemani kakak, terang Nurul Ain sambil tersenyum manja’.
Umminya tersenyum. Air matanya jatuh. Hatinya sejuk menerima anak gadis seperti Nurul Ain. Ubun kepala Nurul Ain di ciumnya. Malam itu Nurul Ain dan umminya tidur sambil berpelukan.
Esoknya, rumah umminya sedikit riuh. Pak long dan Mak ngahnya bertandang ke rumah bagi menerima risikan untuk Nurul Ain. Hampir tengah hari baru rombongan itu sampai. Nurul Ain cuma duduk diam di dalam biliknya. Apa yang dibincangkan di luar tidak berapa didengarinya. Selang beberapa ketika masuk umminya dan beberapa orang wanita asing yang sebaya umminya. Setelah bersalaman, umminya memulakan bicara.
‘Kakak, pihak lelaki minta terus ditunangkan kakak, kata umminya sambil tersenyum’.
Nurul Ain mengangguk kecil, walaupun sedikit terkejut dengan perancangan itu.
Selepas itu salah seorang wanita tadi yang merupakan bakal mentuanya menyarungkan cincin di jari Nurul Ain. Selesai menyalami wanita-wanita itu mereka keluar semula ke ruang tamu. Hampir jam 4 petang baru semuanya selesai. Melalui perbincangan dengan pihak lelaki, selang 2 minggu dari sekarang dia bakal mendirikan rumah tangga. Hatinya berdebar dengan perancangan Allah buat dirinya. Lelaki yang merupakan tunangannya itu tidak lansung dikenalinya, malah nama tunangnya sendiri tidak diketahuinya. Nurul Ain juga tidak tahu sama ada lelaki itu pernah melihatnya atau tidak. Umminya tidak menceritakan apa-apa lansung padanya. Semuanya seolah-olah misteri. Namun Nurul Ain diamkan sahaja hal itu. Dia pasrah dengan ketentuan yang diatur buat dirinya.
Esoknya dia dan keluarga abang longnya pulang semula ke Selangor memandangkan ada 2 minggu lagi hari persekolahan sebelum cuti sekolah bermula.
Bab 9
Hampir 4 hari persekolahan sudah berlansung. Dan selama 4 hari itu jugalah tiada sampul surat coklat diterima olehnya lagi. Nurul Ain memanjatkan kesyukuran kerana dia tidak lagi diganggu dengan lirik nasyid dari orang misteri yang sentiasa menjadi tanda tanya dimindanya. Hatinya merasa tenang kini. Sejak bergelar tunangan orang, Nurul Ain dan kakak iparnya sibuk mencari barang-barang hantaran buat dirinya. Segala persiapan lain diurus umminya di kampung. Sebelah malamnya pula Nurul Ain menyibukkan dirinya dengan membaca buku sebanyak mungkin tentang alam rumah tangga. Buku ‘Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul’ menjadi buku kesukaannya. Walaupun buku itu telah habis dibacanya, namun dia masih rindukan ilmu yang ada di dalam buku itu. Saat membacanya dia merasa cukup terharu. Acap kali air matanya jatuh dengan kisah Qani’ah. Nurul Ain sedar, dirinya tidak mampu menjadi seperti Qani’ah, namun baginya selagi ada niat dan mahu berusaha ke arah kebaikan, insya-Allah, dia pasti dengan pertolongan Allah.
‘Kuatkan hati ini untuk menjadi seperti Qani’ah Ya Allah. Ameen Ya Rabbal Alamin, bisik hatinya’.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment