Social Icons

Saturday, January 7, 2012

حلال


Nurul Iman memanjangkan lehernya. Deretan kedai ayam di pasar itu tak banyak yang dibuka.

‘Abang.. cuba tengok kedai yang nenek kata tu buka tak? Arah Nurul Iman kepada aman yang berusia 10 tahun itu’.

Aman membuka cermin kereta. Dia kemudiannya memanjangkan lehernya ke luar.

‘Tak bukaklah mak lang. Tapi kedai cina jual ayam tu adalah. Tapi ada orang islam lah mak lang kerja kat kedai cina tu, balas Aman’.

‘Kalau macam tu kita turun dululah yea, ujar Nurul Iman sambil tersenyum’.

Setelah mematikan enjin Nurul Iman dan Aman berjalan menuju ke deretan kedai yang menjual ayam itu. Sesampainya di sana turut kelihatan Tuk Imam Ali. Nurul Iman hanya tersenyum. Aman segera menyalami Tuk Imam Ali.

‘Nyonya, Kedai Haji Kassim tutup ke?, aju Tok Imam Ali sambil menunjukkan ke arah kedai Ayam Haji Kassim yang berkunci itu.

‘Haah atuk… Haji bukak pagi tadi. Tapi sulah (sudah) balik. Haji kata ada saudara meniggai (meninggal), balas nyonya cina itu dengan pelat’.

‘Macam tu bagi atuk seekor ayam, minta Tok Imam Ali’.

‘Haiya atuk.. mintak maaf lah atuk. Hari ni Shahril talak (tiada). Dia saja tahu kasi sembelih itu ayam maa… Itu Faiz talak(tidak) tahu sembelih. Dia talak(tidak) tahu baca itu doa. Nanti haram lah atuk, terang nyonya cina itu sambil menunjukkan ke arah seorang pemuda islam yang berada di belakangnya.

‘Kalau macam tu takpelah. Biar atuk sembelih. Boleh ke?, balas Tok Imam Ali’.

‘Boleh atuk. Tiada salah, kata Nyonya cina itu’.

‘Cucu pun nak ayam jugak ko? aju Tuk Imam Ali kepada Nurul Iman’.

‘Yea Tuk nak seekor jugak, balas Nurul Iman sambil tersenyum’.

Tuk Imam Ali seterusnya pergi kebelakang dan menyembelih ayam sebanyak 2 ekor.

Selesai urusan jual beli dan mengucapkan terima kasih kepada Tuk Imam Ali, Nurul Iman dan Aman beredar menuju ke kereta.

‘Bagus kan nyonya tadi tu mak lang. Dia tahu tentang Halal, ucap Aman tiba-tiba’.

Nurul Iman hanya tersenyum. Dia sebenarnya turut kagum dengan hal yang berlaku sebentar tadi.

‘Aman tahu tak, Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 168 bermaksud:

“Wahai manusia, makanlah daripada apa yang kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata.”

‘Aman tengok betapa kepentingan makanan yang halal turut disebut oleh Allah dalam Al Quran yang menjelaskan betapa pentingnya pemakanan halal yang sempurna ni. Malah, mengikut maksud ayat 88, Surah Al-Maidah, Allah menegaskan:

“Dan makanlah dari apa yang telah diberikan Allah kepadamu sebagai rezeki yang halal dan baik dan bertawakkallah kepada Allah yang kamu beriman kepadaNya.”

Aman cuma mengangguk faham. Nurul Iman sekadar menghadiahkan sebuah senyuman kepada Aman.

‘Subahanallah… Andai orang seperti nyonya cina tadi mengambil kira soal sembelihan, malah tahu sembelihan itu perlu dimulakan dengan doa, Apakah umat Islam yang tidak menitikberatkan soal Halal dan Haram dalam pemakanan tidak malu dengan sikap nyonya cina tadi, Allahu Akbar… berilah kami petunjuk dan hidayahMU ya Allah, doa Nurul Iman perlahan’.

Thursday, December 8, 2011

Duhai Ia Yang Bernama ILMU...


‘Mak lang boleh tak adik nak pakai baju ni esok?, aju Quratu Aini sambil menunjukkan seluar jeans dan baju lengan panjang miliknya’.

‘Mmm… Mak Lang rasa, kalau adik pakai baju kurung tentu lagi sopan dan manis dipandang. Kan Aman?, jawab Nurul Iman’.

‘Betul tu adik. Ustaz abang kata, kalau kita selalu pakai seluar jeans nanti kesian jin-jin kat luar sana takde seluar dah nak pakai, seloroh aman sambil mengenyitkan matanya ke arah Nurul Iman’.

‘Hah?? Kesian Jin nanti kan abang ngah, balas Quratu Aini dengan naif’.

Mendengar hal itu Nurul Iman dan Aman ketawa kecil.

‘Adik dah tak sabar nak pergi esok mak lang, ucap Quratu Aini dengan wajah yang berseri-seri’.

‘Kenapa adik rasa tak sabar? tanya Nurul Iman’.

‘Sebab Daripada Anas Bin Malik r.a. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim, Riwayat Ibnu Majah dan Abu Ya’la” , balas Quratu Aini sambil tersenyum’.

‘Pandainya anak buah mak lang ni, puji Nurul Iman sambil mengusap rambut anak buah kesayangannya itu’.

‘Alah, itupun sebab ummi yang selalu pesan pada adik, bila adik malas belajar kan?, sampuk Aman sambil mencebikkan lidahnya pada Quratu Aini’.

Nurul Iman tersenyum melihat telatah kedua-dua anak buahnya yang nakal itu.

‘Mak lang pernah baca tentang keutamaan belajar dalam kitab Mutiara Ihya’ Ulumuddin. Dalam buku itu ada diceritakan yang Fatah al-Maushili rahimahullah berkata: “Bukankah seseorang yang sakit itu apabila tidak makan dan minum dan tidak mengambil ubat, akhirnya akan mati. ‘Kawan-kawanya menjawab: “Ya benar.” Dia berkata lagi: “Demikianlah pula hati, apabila tidak menerima hikmat dan ilmu selama tiga hari, pasti ia akan mati.” Terang Nurul Iman sambil tersenyum”.

‘Dan Barang siapa menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah akan menempuhkan suatu jalan untuknya menuju ke Syurga, Diriwayatkan oleh Muslim, sampuk Nurul Ain dari belakang’.

Nurul Iman, Aman dan Quratu Aini berpaling ke arah belakang. Quratu Aini bangun dan memeluk Umminya.

‘Mari tidur sayang. Esok kena bangun awal. Nanti lewat pulak adik nak ke Kem Generasi Ulul Quran esok, ucap Nurul Ain’.

‘Siapa lewat bangun subuh esok, Mak lang akan tinggalkan dia. Terutama budak ‘Girl’ yang dah siapkan baju kurung dia tu, usik Nurul Iman sambil ketawa kecil’.

Tiba-tiba Quratu Aini terus berlari-lari anak masuk ke biliknya sambil menjerit ‘Adik nak tidur dulu, biar abang ngah kena tinggal esok, padan muka’.

Mereka bertiga yang terkejut dengan tindakan Quratu Aini ketawa serentak.

Aman pun Nak Mujahadah jugak...


Ketika Hidupku Tertekan
Mengaburi Pedoman
Kepada-Nya Akan Ku Pergi
Untuk Mencari Bimbingan

Ku Serah Takdir di Tangan-Nya
Mengukir Perjalanan
Walau Ujian Hidup Melanda
Ku tabah Menerima Kerana

Walaupun Tak DiKurnia Kemasyuran
Walaupun Tak DiLimpah Kemewahan
Hatiku Tetap Akan Memuji
Namu Mu Selalu Ya Rabbi

Walaupun Tak Diberi Kemakmuran
Akan ku Memanjangkan Kesabaran
Ku tetap syukur Pada Ilahi
Kerana Mengurniakan Nyawa Ini

Ku Serah Takdir di Tangan-Nya
Mengukir Perjalanan
Walau Ujian Hidup Melanda
Ku tabah Menerima Kerana

Dia Di Hati Selalu
Memberikanku Petunjuk
Apabila Pemandagan Samar

Biarpun Hidup Digoda
Ujian dan Pancaroba
Pasti Ada Hikmah Di Akhirnya

Walaupun Tak DiKurnia Kemasyuran
Walaupun Tak DiLimpah Kemewahan
Hatiku Tetap Akan Memuji
Namu Mu Selalu Ya Rabbi

Walaupun Tak Diberi Kemakmuran
Akan ku Memanjangkan Kesabaran
Ku tetap syukur Pada Ilahi
Kerana Mengurniakan Nyawa

Aman yang berumur 10 tahun itu khusyuk menghayati setiap baris lirik ‘Ujian Hidup’ oleh Imam Muda di laptop maksunya. Hatinya merasa terkesan dengan lirik yang tertera di skrin video lagu tersebut…

‘Assalamualaikum, sapa Nurul Iman dari belakang’.

Aman yang sedikit terkejut sekadar tersenyum sambil menjawab salam maksunya perlahan.

‘Waalaikumussalam’….

Nurul Iman duduk bersebelahan anak buahnya itu. Dia kembali menanda buku latihan pelajarnya. Sementara Aman masih lagi khusyuk mendengar lagu Imam Muda tersebut. Berkali dia mengulang semula lagu itu supaya sentiasa bermain di ‘real Player’. Nurul Iman sekadar tersenyum melihat telatah anak sulung abang longnya itu.

‘Mak lang macam mana kita nak sentiasa berada dalam Mujahadah?, aju Aman tiba-tiba’.

Nurul Iman terkesima dengan soalan yang lahir dari mulut anak buahnya itu. Dia terkedu kerana tidak menyangka soalan itu telah ada dalam sereberum anak semuda Aman.

‘Subahanallah.. ucap Nurul Iman dalam hatinya sebagai tanda kekagumannya kepada Allah yang memberi ilham dari akal sejengkal itu kepada Aman.

‘Mana Aman belajar perkataan Mujahadah ni? Aman tahu apa maksud Mujahadah, aju Nurul Iman tanpa terlebih dahulu menjawab soalan anak buahnya itu.

‘Di Masjid… Ustaz yang beri tazkirah setiap kami selesai solat tu yang selalu bercakap tentang Mujahadah mak lang. Maksud dia Aman tak tahu.. Tapi Ustaz selalu kata marilah kita bermujahadah, jawab Aman jujur’.

Nurul Iman sekadar tersenyum..

‘Mujahadah berasal daripada perkataan jihad. Ertinya berjuang bersungguh-sungguh dengan penuh kegigihan atau kata lain ialah Jalan Menuju Allah. Soal bagaimana untuk kita sentiasa berada dalam Mujahadah bukanlah sesuatu yang mudah.. Aman terpaksa berperang dengan musuh yang sentiasa berada dalam diri Iman sendiri, terang Nurul Iman lembut’.

‘Musuh??? Siapa musuh Aman mak lang?, aju Aman kehairanan’.

‘Bukan musuh Aman sahaja, tapi musuh semua orang iaitu Syaitan, sepertimana Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya syaitan mempengaruhi lintasan hati anak Adam dan malaikat juga mempunyai pengaruh. Pengaruh syaitan ialah mengilhamkan manusia supaya melakukan kejahatan dan membantah kebenaran. Adapun lintasan malaikat ialah mengilhamkannya melakukan kebajikan dan membenarkan kebenaran.” (Hadis Riwayat Al-Tirmizi, Al-Nasa’I dan Ibnu Hibban) dan hawa nafsu, yang mana diriwayatkan melalui Imam Shâdiq bahwa Rasulullah saw bersabda: “Waspadalah terhadap hawa nafsu kalian sebagaimana kamu sekalian waspada terhadap musuh. Tiada yang lebih pantang bagi manusia daripada mengikuti hawa, nafsu dan ketergelinciran lidah yang tak bertulang. Imam Shâdiq as juga berkata: “Janganlah kalian biarkan jiwa bersanding bersama hawa nafsu. Kerana, hawa nafsu pasti (membawa) kehinaan bagi jiwamu, sambung Nurul Iman’.

‘Aman rasa Aman mampu tak untuk pergi bermujahadah?, duga Nurul Iman’.

‘Insyaallah, mak lang… Tapi mak lang boleh bantu Aman kan? aju Aman’.

Nurul Iman sekadar mengangguk kecil sambil tersenyum.

‘Bantu kami agar sentiasa Istiqamah dijalan-MU ya Allah, doa Nurul Iman dalam hatinya’.

Tuesday, November 1, 2011

As-Sobru Minal-Iman....


‘Qiaman, Assalamualaikum ya Ustazah, ucap ketua tingkatan 5 Fatimah Az Zahra sambil diikuti oleh pelajar-pelajar tingkatan 5 Fatimah Az Zahra yang lain’.
"Bismillahhirrohmannirrahim, Allahummaftah 'alaina hikmatakawan syur 'alaina min khoza iniroh matikaya arhamarrohimin," serentak semua pelajar kelas tingkatan 5 Fatimah Az Zahra mengalunkan doa penerang hati sebelum kelas bermula..

'Waalaikumussalam.. jawab Nurul Iman di dalam hatinya'.
' Hari ini Ustazah Rohayati tak dapat masuk kelas awak semua. Jadi Ustazah ganti Ustazah Rohayati. Awak semua boleh buat kerja sendiri. Mmm.. atau awak semua nak dengar satu cerita dari Ustazah?, aju Nurul Iman sambil tersenyum'.

'Kami setuju Ustazah, jawab Wahidah selaku ketua kelas dan turut diiyakan oleh beberapa pelajar perempuan yang lain'.

'Baiklah.. jika begitu kita mulakan dengan Umul Kitab Al Fatihah.... ucap Nurul Iman sebagai pembuka Majlis'.

‘Baiklah semua,hari ni ustazah nak ceritakan satu kisah pada kamu semua. Tapi... perkara yang bakal Ustazah ceritakan nanti bukan sekadar untuk didengar tapi dihayati dengan aal sejengkal yang Allah berikan kepada kita yang bakal ditafsir oleh hati dan iman awak semua. Jadi dengar baik-baik apa yang Ustazah nak ceritakan ni, terang Nurul Iman’.

‘Ada sebatang buluh yang indah tumbuh dihalaman rumah seorang petani. Batang buluh ini tumbuh tinggi menjulang diantara batang-batang buluh yang lainnya. Suatu hari datanglah si petani yang empunya buluh itu.
‘Ada sebatang buluh yang indah tumbuh dihalaman rumah seorang petani. Batang buluh ini tumbuh tinggi menjulang diantara batang-batang buluh yang lainnya. Suatu hari datanglah si petani yang empunya buluh itu. Dia berkata kepada batang buluh.....

“Wahai buluh, mahukah engkau kupakai untuk menjadi paip saluran air yang sangat berguna untuk mengairi sawahku”.
Batang buluh menjawabnya...

‘Oh, tentu aku mahu bila dapat berguna bagi engkau wahai tuanku. Tapi ceritakan apa yang akan kau lakukan untuk membuatku menjadi paip saluran air itu’.
Si petani menjawab......

“Pertama, aku akan menebangmu untuk memisahkan engkau dari rumpunmu yang indah itu, lalu aku akan membuang cabang-cabangmu yang dapat melukai orang yang akan memegangmu. Setelah itu aku akan membelah-belah engkau sesuai dengan keperluanku. Terakhir aku akan membuang sekat-sekat yang ada didalam batangmu, supaya air dapat mengalir dengan lancar. Apabila aku sudah selesai dengan pekerjaanku, engkau akan menjadi saluran paip air yang akan mengalirkan air untuk mengairi sawahku sehingga padi yang kutanam dapat tumbuh dengan subur’.
Mendengar hal ini, batang buluh terdiam agak lama.
Kemudian ia berkata kepada si petani...

“Tuan, tentu aku akan merasa sangat sakit ketika engkau menebangku. Juga pasti akan sakit ketika engkau membuang cabang-cabangku, bahkan lebih sakit lagi ketika engkau membelah-belah batangku yang indah ini, dan pasti tak tertahankan ketika engkau mengorek-ngorek bahagian dalam tubuhku untuk membuang sekat-sekat pnghalang itu. Apakah aku akan kuat melalui semua prosesi tu, wahai tuanku?”.

Petani itupun menjawab kerunsingan batang buluh itu....

‘Wahai buluh, engkau pasti kuat melalui semua itu. Aku memilihmu kerana engkaulah yang paling kuat dari semua batang pada rumpun ini. Jadi bertenanglah’.

Akhirnya batang buluh itu menyerah dan redha....

‘Baiklah, wahai tuanku. Aku ingin sekali berguna bagimu. Ini aku, tebanglah aku, perbuatlah sesuai dengan yang kau hendaki’.
Setelah petani selesai dengan pekerjaannya, batang buluh indah yang dulu menjadi penghias halaman rumah petani, kini telah berubah menjadi paip saluran air yang mengairi sawahnya sehingga padi dapat tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil yang banyak, cerita Nurul Iman dengan panjang lebar’.

‘Jadi siapa tahu apa makna yang tersurat dan tersirat dalam cerita ustazah tadi, tanya Nurul Iman’.

‘Kita mesti sanggup berbakti kepada tuan kita, jawab Wahidah’.

‘Lagi’ tanya Nurul Iman kembali’.

‘Kita perlu membantu seseorang yang memerlukan bantuan kita, jawab Aishah’.

‘Ada sesiapa lagi nak tambah, tanya Nurul Iman kembali’.

Semua pelajarnya terdiam seketika. Melihatkan hal itu Nurul Iman kembali bersuara.

‘Baiklah, apa yang Aishah dengan Wahidah cakap tadi memang betul takde salahnya. Tapi sebenarnya apa yang ustazah nak sampaikan ialah pernah tak kita terfikir bahawa dengan masalah yang datang silih berganti tak habis-habisnya, mungkin ALLAH sedang memproses kita untuk menjadi indah dihadapanNYA’.Sama seperti batang buluh itu, kita sedang ditempa, ALLAH sedang membuat kita menjadi manusia yang berguna. DIA sedang membuang kesombongan dan segala sifat yang tak berkenan bagiNYA. Tapi jangan khuatir, kita pasti kuat kerana ALLAH tak akan memberikan beban yang tak mampu kita pikul sesuai dengan firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 286, Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya
. Jadi.. mahu tak kita berserah pada kehendak ALLAH, membiarkan DIA melakukan sesuatu didalam diri kita untuk menjadikan kita alat yang berguna kepadaNYA. Seperti batang buluh tadi, mari kita berkata. ‘Ini hambamu Ya ALLAH, perbuatlah sesuai dengan yang kau hendaki. Hamba bersedia menempuhinya’.
Jadi mulai hari ini kalau ALLAH uji kita, kita jangan mengeluh, sebab semua itu ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Tapi janganlah kita mengharapkan hikmah tersebut kerana mungkin ALLAH tak bagi kita nampak sekarang, mungkin 2 atau 3 tahun baru kita Nampak atau mungkin di negeri abadi sana. Wallahualam’.. terang Nurul Iman sambil tersenyum’.

‘Boleh ke kita jadi macam batang buluh tadi?, tanya Nurul Iman’.

‘InsyaALLAH’.. serentak semua pelajar membalasnya’.

‘Alhamdulillah, jawab Nurul Iman sambil tersenyum’.

Krriiiinnnnggggg… Loceng waktu rehat berbunyi…
‘Baiklah, ingat apa yang ustazah cerita tadi yea. Jadikan pedoman buat kita semua. Kita bersurai sampai disini dulu dan ustazah akhiri dengan tasbih kifarah
سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لاله إلانت وأستغفرك وأتوب إليك, Amin…. sambungnya lagi’.

Setelah memberi salam Nurul Ain keluar disusuli oleh pelajarnya dengan tujuan suci lagi murni bagi melaksanakan tuntutan perut iaitu makan tengahari…
 
(p/s- Cerita Buluh tadi diadaptasi daripada buku 'Blues untuk aku' karya pelukis komik terkenal saudara Aie. Semoga Allah terus memberi ilham kepada beliau untuk terus berkarya)

Friday, October 28, 2011

Kenapa Hidup Tidak Selalu Indah???

‘Hidup tidak selalunya Indah,
Langit tak selalu cerah,
Suram malam tak berbintang,
Itulah lukisan alam,
Begitu aturan Tuhan’
Kedengaran lagu ‘Lukisan Alam’ dari Kumpulan Hijjaz di laptop milik Ibunya. Sereberum Muhammad Nasiruddin yang berumur 10 tahun tangkas mengingati lirik lagu yang sedang berkumandang itu.
‘Seronoknya dia..., sapa Nurul Syifa dari belakang’.
Muhammad Nasiruddin cuma tersenyum. Mulutnya masih setia mengikuti penyanyi Munif mendendangkan lagu itu. Nurul Syifa turut tersenyum melihat telatah anak bongsunya itu. Nurul Syifa duduk bersebelahan Muhammad Nasiruddin. Dia perlu menanda beberapa buku latihan milik pelajarnya. Sesekali matanya mengerling ke arah Muhammad Nasiruddin yang sedang khusyuk mendengar lagu ‘Lukisan Alam’ itu. Dia sendiri tidak pasti apakah anak bongsunya itu benar-benar memahami apa yang didengarnya atau sekadar cuba untuk menyanyikan lagu itu.
‘Ummi.. Kenapa lagu ni kata Hidup tidak selalunya indah? aju Muhammad Nasiruddin tiba-tiba’.
Nurul Syifa memberhentikan tangannya dari menanda buku. Dia memandang Muhammad Nasiruddin sambil tersenyum.
‘Sebab Allah sedang mengajar kita sesuatu dengan menimpakan musibah-musibah kecil dan besar dalam hidup kita, sebab itulah hidup kita tidak akan selalunya indah, sebagaimana Firman Allah swt dalam surah Al-Anbiya (21 ayat 35):Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan dan kepada kamilah kalian kembali, sampuk Muhammad Hakimi’.
Nurul Syifa dan Muhammad Nasiruddin berpaling ke arah belakang. Muhammad Hakimi tersenyum memandang anak dan isterinya yang sedang berdiskusi itu.
‘Apa yang Allah nak ajar kita Walid?, tanya Muhammad Nasiruddin lagi yang masih keliru’.
‘Mmmm.. Haaa.. Ingat tak Adik pernah jatuh sampai lutut Adik berdarah tempoh hari?, sambung Muhammad Hakimi cuba membangkitkan kembali kenangan itu’.
Muhammad Nasiruddin menganggukkan kepalanya. Dia memandang muka walidnya dengan penuh minat sambil menunggu butir bicara yang seterusnya.
‘Agaknya masa Adik jatuh. Adik rasa bahagia ke atau derita?, soal Muhammad Hakimi’.
‘Mestilah Adik rasa derita Walid, Adik rasa sakit juga sebab susah nak mandi. Lutut Adik rasa pedih bila kena air, balasnya jujur’.
‘Di masa itu, ummi ada halang tak Adik supaya jangan berlari, sampuk Nurul Syifa’.
‘Ada.. Tapi Adik tak dengar kata Ummi. Adik terus lari hingga terjatuh, balasnya jujur’.
‘Itulah makna Allah sedang mengajar Adik. Adik terlupa seorang anak patut mendengar nasihat Ummi dan Walidnya. Akibat tak mendengar nasihat Ummilah baru Allah datangkan musibah kecil dengan mendapat luka di lutut Adik dan membuatkan diri Adik tak bahagia waktu itu, terang Muhammad Hakimi panjang lebar’.
Muhammad Nasiruddin cuma mengangguk kecil. Ada kesal pada wajah comel itu. Melihatkan kekesalan yang terpamir dari wajah anaknya, segera Muhammad Hakimi bersuara...
‘Tapi, Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah berkata, bahawa Rasulullah bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti atau kesusahan mengingatkan apa yang telah berlaku hinggakan tikaman duri yang mencucuknya, melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya sebahagian daripada dosanya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim), sambung Muhammad Hakimi’.
Muhammad Nasiruddin kembali tersenyum..
‘Lepas ini, Insyaallah, adik akan patuh pada pesanan ummi dan walid, ucap Muhammad Nasiruddin kembali ceria’.
‘Dan patuh pada pesanan Allah juga, sampuk Nurul Syifa sambil memeluk anak bongsunya itu’.
‘Alhamdulillah... bisik hati kecil Nurul Syifa dan Muhammad Hakimi’.
Doa Nabi Ibrahim a.s
Mohon agar diri serta zuriat keturunan termasuk dalam golongan yang taat melakukan perintah Allah SWT.
رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ
“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
(Surah Ibrahim : Ayat 40)

Monday, June 13, 2011

کمبالي ک سکوله


'Nak Mak Lang tolong?, aju Nurul Iman kepada anak buahnya yang sedang mengemas buku ke dalam beg sekolah'.

'Takpe... Abang Ngah boleh buat sendiri. Syukran Jazilan Mak Lang, balas Aman sambil tersenyum'.

Tidak jauh dari mereka, kelihatan Amin, Abang sulung kepada Aman turut menurut jejak Aman, adiknya. Namun wajah Amin kelihatan kelat.

'Kenapa dengan Abang Long tu. Mak Lang tengok monyok je. Kenapa?, bisik Nurul Iman kepada Aman'.

'Dia sedih sebab esok dah mula sekolah. Jadi esok ummi akan simpan Play Station. Jadi Abang malas nak ke sekolah esok, balas Aman perlahan'.

Mereka berdua kemudiannya tersenyum melihat telatah Amin.

'Aman tahu menuntut ilmu adalah jalan menuju syurga. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Barangsiapa menempuh sebuah jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkannya jalannya menuju surga".(HR. Muslim no : 2699 dari Abi Hurairah). Beliau juga bersabda "Barangsiapa keluar untuk mencari ilmu, maka ia berada di jalan Allah sampai ia kembali".(HR Tirmidzi no : 2323, Ibnu Majah no : 4112 dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Ibnu Majah no : 186 dari Anas), kata Nurul Iman dengan kuat'.

Amin yang mendengar perkara itu berpaling ke arah Mak Langnya.

'Mak Lang tahu. 'Menuntut ilmu wajib atas tiap muslim (Hadis Riwayat Ibnu Majah), sambung Abang Ngah sambil tersenyum'.

Mendengar hal itu, Amin cuma tersenyum. Nurul Iman yang melihat senyuman itu turut lega kerana iman dan akal anak buahnya itu sedang bergabung menerima setuju apa yang dikatakan oleh dia dan adiknya, Aman. Perlahan Nurul Iman bangun menuju ke arah Amin.

'Abang merajuk hati dengan ummi yea. Tak baik macam tu. Ummi cuma melakukan yang terbaik buat Abang. Abang tak sayang pada ummi ke?, aju Nurul Iman'.

Amin cuma tertunduk. Kemudian perlahan dia bersuara.

'Abang sayang pada ummi, jawabnya perlahan'.

'Jadi Abang tak boleh sedih-sedih macam ni. Esok nak pergi tuntut ilmu kan? kalau Abang sedih-sedih, bagaimana Abang nak ikhlaskan hati untuk menuntut ilmu. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam juga bersabda, "Apabila anak cucu Adam meninggal dunia maka terputus semua amalannya kecuali dari tiga hal : shadaqah jariyah, ilmu yang bermanfaat, anak shalih yang mendoakannnya"(HR Muslim 1631 dari Abi Hurairah). Abang tak mahu ke bawa ilmu yang bermanfaat bila dah tiada nanti?, terang Nurul Iman'.

Amin tersenyum. Hatinya yang sedih sebentar tadi kembali tenang dengan ingatan dari Mak Lang dan Adiknya sendiri. Kini hatinya bersedia untuk ikhlas menuntut ilmu ke sekolah esok hari..
 

MuTiArA HiKMaH..

BiLa 2 dIrI MeNcinTai iLaHi
BeRgAbUnGLAh jiwA BeRsAtULAh hAti.
2 jiwA SaTu cinTa
2 jAsAd sAtU MaTlAmAt
biLA CiNtA KeRaNa ALLAH
bErPiSaHnYa tDk gELisAh
biLA RinDu kErNa yG SaTu
BeRtEmUnYa pAsTi tAk jEmU
UkHUWaH ItU InDaH BiLa bErTeMu&BeRpisAh kErAnA ALLAH

QUITE MOMENT

KiNdNeSs iS A LaNgUaGe tHe dUmB CaN SpEAk AnD ThE DeAf cAn hEaR AnD UnDeRstaNd......... No oNe's painT ThEiR DrEaMS On mE........ sOmEWhErE sOmEoNe'S iS DrEaMiNg....... tHeRe's a lYiNg iN YoUr siLeNcE...... tHe bEgInNiNg iS ThE EnD iS ThE BeGiNniNg..... HoW CoMe, hOw lOnG?...... tElLiNg ridDLeS In tHe dArK...... SpeEdInG Up tO SlOw dOwN..... rEaChInG fOr a hAnD ThAt cAn uNdErStAnD, sOmEoNe WhO FeELs ThE SaMe....... LoVeS&LiVeS - SoMEoNe oWeZ GeT HuRt iN It...

MuTiArA HiKmAh...

DuNiA TEmPaT KiTa mEnYeMaI
AkHiRaT NaNtI TeMpAt kItA MenUai
beRiBaDaHLAh bagAi KiTa aKaN MaTi eSoK HaRi.
kEraNa iTuLaH MaTLAmAt kItA DiJaDiKaN.
dariNYA kIta dAtAnG kepadaNYA kItA PaStI PuLaNg
NaMuN BeKeRjAlAh sEoLaH-OlAh kItA KaN HiDuP SeRiBu tAhUn lAgI
DeMi kEcEmErLaNgAn dIrI DaN PeWaRiS GeNeRaSi naNtI
tAbUrLaH BaKtI SebaNyAk-bAnYaKNyA KpD InSaN
kErAnA GaNjArAn kEbAiKaN PeNuH KeMaNiSaN