Social Icons

Sunday, May 23, 2010

دهشتڽ قيامولايل




Qiamullail
Pertama kali ana buat qiamullail waktu ana sekolah menengah dahulu. Ingat lagi masa tu semua pelajar SPM&PMR wajib menyertai khemah ibadah yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Dalam khemah ibadah itu ana dan kawan-kawan akan melakukan Qiamullail secara berjemaah yang dipimpin oleh ustaz di sekolah ana. Masa tu yang ana tahu tujuan diadakan Qiamullail adalah untuk memohon keberkatan dari Allah supaya diberi kemudahan dan dikurniakan kejayaan dalam peperiksaan SPM&PMR yang bakal tiba. Seingat ana malam itu kami mulakan dengan melakukan solat tahajud, solat taubat, solat tasbih, solat hajat dan diakhiri dengan solat witir.. Lantaran tidak biasa melakukannya ana tidak mendapat kekhusyukan daripadanya. Ramai kawan-kawan ana yang berada di saf belakang berhenti melakukannya tanpa disedari oleh guru dan ustaz di hadapan. Jika ketika itu ana tidak dididik erti takut pasti ana akan turut serta berhenti dari melakukannya. Namun ana gagahi juga cuma ana tidak rasa ana khusyuk walaupun ana tahu ana sedang mengadap Rabbul Jalil ketika itu. 'Astaghfirullah hal adzim, teruknya ana ketika itu jika ana imbas kembali kenangan Qiamullail ana yang pertama.
Selepas itu, Alhamdulillah ana dapat masuk Universiti dalam jurusan pendidikan. Masih juga benda yang sama ana lakukan, ketika hendak menghadapi final exam baru ana buat Qiamulail mohon keberkatan dari yang Esa, itupun cuma satu malam ana lakukan.
Namun Syukur kepada Allah, Tuhan pencipta langit dan bumi, Masih ada rezeki buat ana disisi Tuhan, Alhamdulillah, sekarang ana dah berjaya bergelar warga pendidik. Ana tak tahu kenapa tapi sejak bergelar warga pendidik ana jadi taksub kepada buku-buku agama. Asal ada yang menarik minat ana pasti akan beli. Hendak dijadikan cerita satu hari ketika melewati laman web www.pts.com.my ana tertarik dengan satu buku tulisan Mahmudin Abdullah bertajuk 'Dahsyatnya Qiamullail'
Ketika dan saat itu baru ana faham tentang Qiamullail... Hati ana terharu, betapa besar nilai Qiamullail di sisi Allah. Nabi berkata seperti yang dilaporkan oleh Ibnu Mas'ud:
Ketika tiba sepertiga terakhir dari malam, Allah turun ke langit dunia. Pintu-pintu langit pada saat itu terbuka. Tuhan membentangkan tangannya dan berkata: Wujudkan orang yang meminta? Tentu diberikan permintaannya. Tuhan kekal begitu hingga fajar menampakkan sinarnya.
Subahanallah, sungguh ana tidak tahu Allah turun ketika itu. Kalau lah ana tahu lebih awal pasti ana berasa malu kerana tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh dulu. Dahsyatnya Qiamullail benar-benar beri kesan dan menyerap di relung hati ana. 'Ya Allah, kuatkan diri hambamu serta umatmu yang lain untuk bangun mengerjakan Qiamullail. Moga ia menjadi sebahagian dalam rutin kehidupan kami,
Amin Ya Rabbal Alamin....

Saturday, May 22, 2010

حياتي قيصهڽ...


Tiba2 datang seorang anak kecil didalam lingkungan 10 tahun mendekatinya, “Assalamualaikum kak, sapa anak kecil itu”.
“Waalaikumussalam, balas Nurul Ain sambil menghadiahkan sebuah senyuman kepada anak kecil dihadapannya itu”.
“Kak, akak nak beli kismis ni tak? Murah je kak, seringgit je, bicaranya petah”.
Petahnya dia bercakap, Nurul Ain terharu melihatkan keadaan anak kecil itu, timbul rasa kasihan yang amat sangat. Nurul Ain mengeluarkan not RM10 dan menghulurkan kepada anak kecil yang berada dihadapannya.
“Akak nak beli berapa ni? 10 kotak ke kak?, tanya anak kecil itu sambil menunjukkan kotak-kotak kismis yang berada didalam beg galasnya”.
“Tidak. Akak tak nak kismis tu, akak bagi duit ni dekat adik untuk belanja, ambillah, bicara Nurul Ain sambil tersenyum”.
Tanpa mengucapkan terima kasih anak kecil itu terus berlalu begitu sahaja, Nurul Ain memerhatikannya sehinnggalah anak kecil itu keluar di kaki lima restaurant tersebut. Tanpa disangka anak kecil itu memberikan duit tersebut kepada peminta sedekah yang ada di kaki lima restaurant itu. Nurul Ain begitu terkejut dengan tindakan tersebut, tapi dia diamkan sahaja mungkin itu ayahnya. Nurul Ain cuma tersenyum memerhatikan gelagat anak kecil itu.

_________________________________________

Selesai mereka makan, mereka pun berangkat keluar dari restaurant tersebut.
“Ziah sekejap yea, Nurul Ain terus mendapatkan anak kecil tadi yang sedang duduk berehat di bangku yang ada di kaki lima”.
“Banyak dah dapat jual? tanya Nurul Ain sambil menghadiahkan sebuah senyuman kepada anak kecil itu”.
“Baru 2 kotak kak. Adik cuma ada RM2 je kat tangan ni, balas anak kecil itu perlahan”.
“Duit yang akak bagi tadi kan ada?, Jadi sepuluh ringgit tambah dengan dua ringgit semuanya dua belas ringgitlah. Tak gitu? balas Nurul Ain kembali”.
“Oh! Itu saya dah sedekahkan pada pakcik tu, balasnya sambil menunjukkan kepada pak cik peminta sedekah yang berada tidak jauh dari mereka”.
“Pakcik?? terkejut Nurul Ain mendengar jawapan tersebut”.
“Jadi dia bukan ayah adik ke?, tanya Nurul Ain ingin tahu”.
“Bukanlah kak, ayah saya dah lama meninggal dunia, balasnya sambil tersenyum”.
“Habis kenapa adik bagi duit tu pada pakcik tadi, akak bagi kat adik, tanya Nurul Ain meminta kepastian”.
“Maaflah kak. Tapi, akak bukan beli kismis tu kat saya, mak saya pesan kalau orang bagi sedekah jangan ambil, dia kata saya kuat lagi, saya bukan cacat macam pakcik tu. Nanti mak marah bila dia lihat saya ada duit RM10, tapi kismis ni tak habis pun dijual. Tapi akak jangan risau sebab saya kata kat pakcik tu tadi yang akak bagi sedekah pada dia. Jadi, Insyaallah, kalau akak ikhlas, pasti Allah bagi akak ganjarannya di akhirat sana, terang anak kecil itu panjang lebar”.
YA ALLAH!!, terkejut Nurul Ain mendengar ucapan yang panjang lebar dari anak sekecil itu. Tanpa semena-mena air mata Nurul Ain mengalir dan tanpa disangka dipeluknya anak kecil tersebut.
‘Kak, apa ni kak?, bicara anak kecil itu yang terkejut dengan tindakan Nurul Ain yang tiba-tiba memeluknya tanpa dia mengetahui sebabnya’.
‘Maafkan akak ye dik, menyedari tindakannya yang secara spontan itu, segera Nurul Ain meleraikan pelukannya’.
‘Baiklah berapa kotak kismis yang adik ada lagi?, sambung Nurul Ain’.
‘Ada 20 kotak lagi kak, jawabnya’.
‘Bungkuskan semua akak nak, balas Nurul Ain’.
‘Betul ke ni kak? Dan dengan senyuman yang lebar segera dia membungkuskan kismis tersebut ke dalam plastik dan memberikannya pada Nurul Ain’.
Kali ini Nurul Ain menerima ucapan terima kasih daripada anak kecil tersebut.
Adziah yang memerhatikan dari tadi turut menitiskan air mata, tapi cepat-cepat dikesatnya. Betapa dia jugak kagum dengan anak kecil seperti itu.

Sepanjang perjalanan Nurul Ain asyik memikirkan anak kecil itu, siapalah ibunya? Pandai mendidik dan mengatur jiwa muda sekecil itu, walaupun baru berusia 10 tahun tapi begitu teguh pada pesanan ibunya.

‘Ya Allah, andai diri ini berkahwin kelak dan dikurniakan anak biarlah ia jadi seperti anak kecil tadi yang patuh pada pesanan dan ajaran ibunya serta pada-MU YA ALLAH, doa Nurul Ain didalam hatinya’.

Dugaan حکمه د سباليق




Malam itu selesai membaca surah yassin dengan anak-anak buah ana kami menunaikan solat isyak bersama-sama tanpa berjemaah, memandangkan anak-anak buah ana belum akil baligh jadi kami solat berasingan. Selesai solat isyak kami makan berjemaah bersama-sama. Rasa seronok bila lakukan semuanya secara berjemaah.
Malam itu anak-anak buah ana masuk ke bilik ana. Ketika itu ana sedang mendengar lagu nasyid. Anak-anak buah ana mendekati ana. Tiba-tiba aiman anak buah ana yang nombor 2 bersuara, 'Mak lang malam ni takde cerita islami lagi ke?, kami nak dengar'. Ana tersenyum mendengar permintaannya. Ana lantas bangun menuju ke katil dan diikuti oleh anak-anak buah ana.
Dengan lafaz basmalah ana memulakan cerita islami untuk didengar oleh mereka, amin, aiman dan aini. Mereka dengan penuh khusyuk menanti dengan sabar cerita yang bakal keluar dari mulut ana. Hari ni mak lang nak cerita pasal seorang pemuda yang sabar dalam menghadapi dugaan. Ana menarik nafas perlahan sebelum memulakan bicara seterusnya.
Suatu hari ada seorang pemuda yang berasa sangat lapar sedang duduk di bawah sepohon pokok di tepi sebatang sungai. Dalam keadaan sangat lapar hatinya berdoa agar dia bertemu dengan sesuatu yang boleh dijadikan makanannya pada hari itu. Dengan izin Allah, tiba-tiba ada sebiji buah jambu yang terapung-apung di dalam sungai tersebut. Tanpa melengahkan masa dia mencari kayu untuk memudahkannya mengambil buah jambu itu. Alhamdulillah, pemuda itu berjaya mendapatkannya. Dengan lafaz Basmalah dia makan buah jambu itu. Setelah habis, baru dia terfikir bahawa dia belum lagi meminta izin dari tuan punya buah jambu itu sebelum memakannya. Tanpa melengahkan masa dia berjalan menyusuri sungai untuk mencari pokok jambu yang telah menjatuhkan buahnya di dalam sungai itu. Alhamdulillah tidak lama dia berjalan dia menemukan sebatang pokok jambu. Pemuda itu seterusnya menanti tuan punya pokok jambu itu. Tidak lama kemudian datang seorang pakcik melalui kawasan tersebut. Dia menanyakan kenapa pemuda tersebut berada di situ. Pemuda itu pun menyatakan hasrat hatinya untuk bertemu dengan pemilik pokok jambu di sisinya. Pak cik itu tersenyum sambil menyatakan dialah tuan punya pokok jambu itu. Pemuda itu berasa lega, lalu dia menceritakan hal yang sebenarnya, Dia meminta pak cik tersebut menghalalkan buah jambu yang dimakannya tadi. Pak cik itu terdiam. Kemudian dia bersuara 'Baik, saya boleh halalkan tapi dengan satu syarat'. Pemuda itu dengan sabar menanti bicara seterusnya dari pak cik tersebut. 'Syaratnya, kamu kena kerja dengan pak cik tanpa gaji selama 10 tahun'. Pemuda itu terdiam, namun kerana takut buah jambu yang dimakannya tumbuh sebagai daging haram dalam tubuhnya dia bersetuju dengan syarat pak cik itu. Maka bekerjalah si pemuda selama 10 tahun tanpa gaji sehinggalah tiba waktu yang telah dijanjikan. 'Pak cik, hari ni sudah genap tempoh 10 tahun itu, boleh pak cik halalkan buah jambu yang saya makan dulu'. Pak cik tersenyum 'Baiklah aku akan halalkan tapi dengan syarat kamu perlu berkahwin dengan anakku yang buta matanya, yang pekak telingannya dan cacat kedua belah kaki dan tangannya'. Pemuda itu terkedu tidak dia sangka hanya kerana kesilapannya memakan sebiji buah jambu hidupnya ditimpa musibah yang sebegitu rupa. Lama pemuda itu terdiam, tatkala itu muncul di benak hatinya mungkin ini ujian yang Allah turunkan kepadaku, Aku perlu Redho, pasti ada hikmahnya. Kemudian pemuda itu pun bersetuju dengan syarat pak cik tersebut. Maka malam itu dia diijabkabulkan. Setelah diijabkabulkan, pemuda itu datang untuk menemui isterinya tadi. Pemuda tadi masuk ke bilik isterinya, tapi tidak lama selepas itu, pemuda itu keluar semula sambil menjerit memanggil pak cik yang kini menjadi ayah mertuanya. 'Ayah, siapa wanita cantik dalam bilik itu, itu bukan isteri saya, kata pemuda itu cemas'. Ayahnya hanya tersenyum, 'anakku itu lah isterimu yang sah. Aku katakan dia bisu kerana dia tidak pernah mengumpat, aku katakan dia pekak kerana dia tidak pernah dengar benda yang lagho, aku katakan dia cacat kedua kaki dan tangannya kerana dia tidak pernah pergi ke tempat maksiat ataupun berbuat maksiat'. Maka fahamlah pemuda itu kini sambil berkata dalam hatinya 'mungkin inilah hikmah yang Allah janjikan kepada hambanya yang redho dengan ujianNYA'. The End..
Ana tersenyum sambil memandang satu-persatu wajah anak buah ana. 'Macam tu kalau amin kena uji, amin nak redho jugaklah, nanti ada hikmah'. Tiba-tiba anak buah ana yang sulung bersuara. Diikuti adik-adiknya 'Aiman pun, Adik(Aini) juga'. Ana tersenyum mendengarnya.... Amin, bicara ana mengaminkan kata-kata anak buah ana tadi....

السلام عليکم ورحمة الله هيوبرکاته



Love 4 Allah

Suatu petang anak buah ana yang berumur 4 tahun datang menghampiri ana yang ketika itu sedang mengupload wallpaper untuk desktop komputer ana. Anak buah ana perhatikan ana dengan penuh minat. Kemudian secara tiba-tiba dia tanya ana 'mak lang apa dia kata tu?, sambil tangan comelnya menunjukkan ke arah perkataan 'Love 4 Allah'. Ana tersenyum. Ana cuba bertanya untuk menguji dirinya 'Kenapa aiman nak tahu?' Dia cuma tersenyum sambil berkata 'sebab aiman kisah'. Ana tertawa mendengar jawapan itu darinya.
Selepas itu ana menerangkan kepadanya, maksud perkataan itu ialah cinta untuk Allah.Dia senyap mendengar jawapan ana. Kemudian dia bertanya lagi kepada ana, 'mak lang cinta Allah tak?' Macam mana mak lang cinta Allah?' Ana terkedu dengan 2 persoalan itu, bukan ana tidak tahu jawapan kepada soalan itu cuma ana terkedu kanak-kanak kecil seperti itu boleh menyoal ana soalan yang tak mungkin ada dalam sereberum dan serebellum kanak-kanak semudanya.Ana malu sendiri, mungkin ketika ana sebayanya ana tidak terfikir soalan-soalan sebegitu. Subahanallah, mungkin inilah berkat anak yang dilahirkan dengan acuan Al-Quran.Dalam diam ana bertekad di dalam hati, kelak jika ana mempunyai anak,akan ana didik hati dan fikirannya mengenal Allah dan Rasul..InsyaALLAH...
 

MuTiArA HiKMaH..

BiLa 2 dIrI MeNcinTai iLaHi
BeRgAbUnGLAh jiwA BeRsAtULAh hAti.
2 jiwA SaTu cinTa
2 jAsAd sAtU MaTlAmAt
biLA CiNtA KeRaNa ALLAH
bErPiSaHnYa tDk gELisAh
biLA RinDu kErNa yG SaTu
BeRtEmUnYa pAsTi tAk jEmU
UkHUWaH ItU InDaH BiLa bErTeMu&BeRpisAh kErAnA ALLAH

QUITE MOMENT

KiNdNeSs iS A LaNgUaGe tHe dUmB CaN SpEAk AnD ThE DeAf cAn hEaR AnD UnDeRstaNd......... No oNe's painT ThEiR DrEaMS On mE........ sOmEWhErE sOmEoNe'S iS DrEaMiNg....... tHeRe's a lYiNg iN YoUr siLeNcE...... tHe bEgInNiNg iS ThE EnD iS ThE BeGiNniNg..... HoW CoMe, hOw lOnG?...... tElLiNg ridDLeS In tHe dArK...... SpeEdInG Up tO SlOw dOwN..... rEaChInG fOr a hAnD ThAt cAn uNdErStAnD, sOmEoNe WhO FeELs ThE SaMe....... LoVeS&LiVeS - SoMEoNe oWeZ GeT HuRt iN It...

MuTiArA HiKmAh...

DuNiA TEmPaT KiTa mEnYeMaI
AkHiRaT NaNtI TeMpAt kItA MenUai
beRiBaDaHLAh bagAi KiTa aKaN MaTi eSoK HaRi.
kEraNa iTuLaH MaTLAmAt kItA DiJaDiKaN.
dariNYA kIta dAtAnG kepadaNYA kItA PaStI PuLaNg
NaMuN BeKeRjAlAh sEoLaH-OlAh kItA KaN HiDuP SeRiBu tAhUn lAgI
DeMi kEcEmErLaNgAn dIrI DaN PeWaRiS GeNeRaSi naNtI
tAbUrLaH BaKtI SebaNyAk-bAnYaKNyA KpD InSaN
kErAnA GaNjArAn kEbAiKaN PeNuH KeMaNiSaN